Memang sikap kebanyakan perempuan, apa yang disebut biasanya tak sama dengan apa yang tersimpan di hati.
Dan itulah yang berlaku dalam situasi Puan Liyana Nazli dan suaminya kali ini, nak sangat suami hantar tetapi dalam masa yang sama tak nak lah sampai bebankan suami.
Perempuan Bukan Tak Nak Sebut Apa Yang Terbuku Di Hati, Tapi…
Suami pulang dari kerja lewat jam 8 malam. Makan malamnya sudah saya siapkan dan hidang. Malam itu dalam jam 8.30 saya ada liqo’ di rumah sahabat. Jadi mahu cepat-cepat bereskan urusan rumah tangga sebelum keluar. Termasuklah urusan makan minum suami dan anak-anak.
Usai makan saya minta izin pada suami untuk keluar.
“Perlu abang hantar tak? Abang nak kena pergi Brew & Cabin kejap lagi hantar kopi dan keropok.”
“Terpulang mana yang mudahkan abanglah.”
Sedangkan dalam hati saya amat berharap suami akan menghantarkan saya ke liqo’. Terbayang bagaimana lecehnya mahu memandu dengan bayi di waktu malam. Ya, begitulah anehnya perempuan. Apa yang terucap di mulutnya tidak sebenarnya menggambarkan keinginan hati. Aneh, bukan? Kami sendiri tidak faham mengapa begitu.
“Pergi sendiri ya? Bolehkan? Abang ke cafe naik motor jelah.”
“Hmm..okay.”
Ads
Wajah sudah mula mencuka. Kecewa sebab suami tak dapat baca kenginginan hati. Anehkan perempuan? Dia mahu makhluk bernama suami ini boleh membaca fikiran dan detak hatinya.
“Okay, abang pergi dulu ya?”
Apa? Kau boleh biarkan aje isteri kau memandu tengah-tengah malam? Dia dahlah rabun silau. Macam mana kalau si kecil menangis mahu susu tengah jalan? Harus berhenti tengah jalan susukan? Ingat selamat ke nak berhenti tepi jalan malam-malam macam ni? Memang tak ada hati perut, pentingkan diri sendiri!
Perempuan Memang Aneh!
Anehkan perempuan? Babak biasa dalam kehidupan rumahtangga boleh jadi begitu dramatik sekelip mata. Dan yang lebih aneh, segala drama itu hanya berputar di dalam kepalanya. Makhluk bernama suami itu tetaplah selamba wajahnya. Tidak sedar dia sedang memainkan watak seorang lelaki tidak berhati perut dalam drama yang dimainkan di pawagam minda isteri. Sungguh kasihan.
Suami akhirnya berlalu pergi. Rasa kasihan bertimpa-timpa untuk diri sendiri. Oh, kasihannya aku diperlakukan begini. Tergamak sungguh dia. Lalu termenung mengenang nasib walau sudah kelewatan untuk ke liqo’.
Tanpa sedar jam sudah 9.30 malam. Suami yang keluar sekejap ke cafe tadi sudah pulang semula pun. Tekad mahu tunjuk protes. Dengan keras hati angkut anak dan beg dengan bersusah payah dimuatkan dalam kereta. Dalam hati berfikir sendiri “Kau fikir aku tak boleh hidup tanpa kau? Nah sekarang aku buktikan!”
Ads
“Belum pergi lagi, yang?”
Senyap. Mogok tak mahu bercakap. Habis yang di depan kau ini hantu?
“Nah, abang tapau kopi untuk ayang tadi.”
“Tak mahu.”
“Ambillah… abang beli untuk ayang ni.”
Ambil cepat-cepat. Tanpa ucap terima kasih saya terus memandu pergi. Dalam masa 10 minit saya sudah sampai ke rumah sahabat. Ya kawan, rumah sahabat itu hanya 10 minit pemanduan. Ributnya macamlah perlu memandu berjam-jam! ? Sambil memandu saya sedut Hazelnut Latte sejuk yang dibekalkannya. Dinginnya sampai ke perut, menyejukkan hati yang kepanasan perlahan-lahan, sedapnya seperti biasa tak pernah menghampakan. Dalam masa dia ke cafe yang sebentar itu, dia masih ingat minuman kegemaran sang isteri. Bukankah itu timbang rasa? Bukankah itu tanda sayang?
Ads
Begitulah anehnya perempuan.
Pengisian seminar yang saya hadiri pagi tadi membuatkan saya terkenang drama malam itu. Kata penceramah, kita orang perempuan ni memang kaya dengan bermacam-macam perasaan. Perasaan ini boleh bertukar-tukar sekelip mata sampai kadang kita pun terkeliru dengan apa yang kita rasa. Tak salah merasai perasaan negatif seperti marah, sedih dan sebagainya. Dah namanya pun perasaan, bukan diminta-minta ia datang.
Tapi yang salah apabila kita menghakimi orang lain berdasarkan perasaan itu. Seperti saya menghakimi suami saya sebagai tidak bertimbang rasa pada malam itu berdasarkan apa yang saya rasa. Dan yang lebih parah kalau kita menganggap perasaan kita sajalah yang valid, the absolute truth. Kita akan bermati-matian mempertahankan perasaan itu dan meletakkan hukuman pada orang di sekeliling kita yang menyebabkan kita rasa begitu. Sedang kita gagal melihat sesuatu perkara dari sudut pandang orang lain juga.
Apa Perlu Kita Buat?
Beri masa untuk diri sendiri mendalami sesuatu perasaan itu. But don’t dwell on it for too long! Move on! Kalau perasaan itu valid, kita perlu berdepan dan nyatakan dalam keadaan yang kita sendiri sudah bertenang. Memendam hanya menambahkan stress. It requires you a lot of energy to keep a strong feeling to yourself. Lama-lama nanti boleh meletup!
Kita perlu cari hikmah yang tersembunyi dalam setiap apa yang kita rasa. Ada banyak cara untuk kita belajar mencari hikmah. Mungkin dengan kepayahan atau bertemu orang yang lebih sukar diurus emosinya berbanding kita. Jangan sampai Allah uji kita dengan kehilangan. Saat itu nanti kita rindu wajah selamba yang kita fikir tidak pernah mengerti itu. Sedang dalam diam, dialah orang yang penuh pengertian terhadap diri kita yang kompleks ini. Jika tidak masakan dia sanggup berkongsi hidup bertahun-tahun dengan kita. Cuma kita tidak nampak kerana terlalu sibuk melayan perasaan sendiri.
“Sorry ye abang pasal semalam tu?”
“Sorry pasal apa pulak?”
“Alah, sorry jelah pasal apa-apa pun.”
“Ooo okay”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu ini, Azura Baharudin berkongsi kisah membesarkan anak pertama dari perkahwinan pertama. Bukan suatu yang mudah ketika itu, malah terpaksa melalui kesukaran sebaik anak pertamanya dilahirkan.
Sehinggakan selama 6 bulan tidak mampu untuk membeli kan lampin pakai buang. Cuma berkain lampin biasa saja. Mampu tinggal dalam flat satu bilik saja waktu itu.
Namun, akui Azura, anak pertamanya itulah, Batrisyia Nizam Shah yang mengajarnya erti kehidupan. Seorang anak yang cekal tidak merungut dengan kekurangan hidupnya.
Bersama anak pertama dari perkahwinan pertama.
Anak Dari Perkahwinan Pertama
Ya memang benar ini anak pertama Kak Jura hasil dari perkahwinan pertama Kak Jura sebelum ni. Memang tak logik kalau orang ingat anak dengan Abg Zasss sebab Kak Jura nikah dengan Abg Zasss baru nak masuk 8 tahun.
Batrisyia Nizam Shah ni umur 21 tahun dah. Sekarang ambil degree in business lagi setahun setengah nak grad dah.
Anak pertama ni yang banyak ajar Kak Jura erti kehidupan. Zaman membesarkan dia ni dalam keadaan serba kekurangan. Melahirkan dia di hospital besar Melaka tu dan balik rumah lepas bersalin terpaksa minta bantuan jiran ambil sebab kereta tak da masa tu.
Ke mana-mana bawak anak ni jalan naik bas dulu-dulu sementara nak dapat beli kereta kancil tu. Mula-mula 6 bulan pertama Kak Jura tak mampu pakai pampers jadi guna lampin je. Lepas tu Kak Jura start kerja baru mampu beli pampers.
Tapi walau dibesarkan dalam serba kekurangan, duduk pun flat 1 bilik je Kak Jura syukur sangat-sangat kerana dia membesar dengan jayanya. Sihat dan jadi anak yang cerdik pandai. Dia tak pernah merungut, tak pernah mengeluh atau meminta sesuatu yang diluar kemampuan Kak Jura waktu ketika dulu.
Even sekarang pun dia tak pernah minta apa-apa kecuali benda yang penting dan sangat-sangat perlu sahaja sama ada untuk belajar atau keperluan harian.
Rupa fizikal semua memang ikut keterunan bapak dia ada mix india muslim. So tak payah pelik kenapa nampak berbeza dengan Kak Jura.
Dulu Pun Struggle Nak Besarkan Anak
Jadi itu lah sedikit sebanyak kisah anak pertama Kak Jura ni. Kak Jura juga asalnya seorang yang struggle nak besarkan anak. Alhamdulillah sekarang Allah izinkan hidup lebih selesa.
Jadi korang yang sedang struggle di luar sana pun ingat pesana Kak Jura ni jangan lah mudah putus asa. Kalau ada niat nak keluar dari kesusahan hidup sekarang ni maka mula bertindak dan buat betul-betul. Buat sampai berjaya.
Harungi setiap cabaran naik turun tu bisnes tu. Sabar dan usaha sungguh-sungguh InsyaAllah kalau Kak Jura boleh tak mustahil juga korang boleh.
Mingguan Wanita :Seorang ibu akan sanggup buat apa saja demi anak-anaknya.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Rahsia mereka?
Apa yang mereka lakukan?
Ilmu-ilmu yang diamalkan?
Siapa yang susah senang bersama mereka?
Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Kalau diingat balik, cara mak ayah marah dulu memang buat kita sebagai anak sangat takut dan seram. Pantang buat silap sikit, nanti ada la ‘hadiahnya’.
Kadang-kadang tak perlu bagi ‘hadiah’ cubit, rotan bagai, tapi dengan guna isyarat badan pun sudah buat anak-anak takut. Itulah yang mak ayah dulu marah. Cara inilah membuatkan kita patuh, dengar dan jadi ‘orang.
Bukan bermakna sekarang ini, cara mak ayah marah tidak membuatkan anak jadi ‘orang’. Masing-masing ada cara dalam mendidik anak. Cuma apa yang boleh dikatakan cara inilah mmberi kita pengajaran dan ingat sampai ke tua. Betul tak?
Bezanya cara mak ayah dulu marah dengan sekarang. Mak hanya guna bahasa badan, jeling atau celikkan biji mata pun dah cukup. Ayah pula dengan hanya berdehem pun dah buat anak-anak terus bangun dan patut apa yang disuruh.
Inilah cara mak ayah dulu marah, paling terbaik untuk anak-anak. Boleh dikatakan sampai bila-bila kita akan ingat dan jadikan panduan. Perkongsian daripada Mohd Fhais Salim ini betul sangat. Mak ayah dulu guna isyarat saja, tak perlu suara pun.
Tak perlu dan tak payah bersuara pun, dia jeling saja terus semua bangkit buat kerja masing masing.
Bila mak ayah buat kening jadi tajam, Anak mata hitam panah tepat pada muka kita Dari pandangan mata dah nampak aura marah tu Tak pernah ada lesung pipit, boleh terjojol jadi lesung pipit Bibir tebal ke nipis ke, bila dah senget semua takut
Bgitu sekali hebatnya orang dulu-dulu kalau marah. Mungkin sebab itu dulu jarang kita dengar ada anak yang kurang ajar pada mak ayah terang terangan.
Senakal dan sedegil mana pun anak anak dulu, bila mak ayah cakap sekali semua patuh, tunduk dan hormat.
Guna Bahasa Tubuh
Rupanya rahsia mereka ada pada Bahasa Tubuh. Patut la.
Bahasa tubuh ini banyak ibrah dalam mendidik anak anak.
1. Kita jadi kurang membebel dan terlepas kata-kata yang tak bermanfaat. Autoriti kita terpelihara.
2. Tak stres dan serabut kepala. Mulut ini ibarat bom emosi. Sekali kita buka, habis semua emosi dalam badan meletup.
3. Anak lebih mudah faham dan terima. Ini kerana bahasa tubuh kita 93 peratus lebih mudah di fahami mereka berbanding kata-kata, 7 peratus je kot.
4. Mudah nak “engage” dengan anak. Bila kita diam dan bagi peluang anak bercakap, banyak kita boleh faham isi hati dia berbanding kita monopoli perbualan tu.
5. Kita dapat jaga “connection” kita dengan anak. Tak ada hati yang terluka dan tak ada mental yang terseksa. Bahayanya lidah ini boleh jadi lebih tajam dari pedang.
Lagipun, bahasa tubuh seperti gerakan muka ni ibarat satu senaman juga. Boleh beri efek awet muda lagi.
Jadi nak kekal muda bergetah banyak buat senaman muka ni. Kurangkan membebel sebab membebal punca hormon stres jadi banyak. Hormon stres buat muka kita nampak tua!
Lagi satu, kata-kata mak ayah kita mungkin dah lupa sekarang ni tapi pandangan mata dan mimik muka mereka tetap kekal di dalam ingatan sampai bila bila.
Wallahu A’lam.
MW: Betul sangat. Inilah yang buat anak-anak ingat sampai bila-bila dan cara inilah buat hormat dan patuh.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Cinta bukan sahaja dimiliki oleh kalangan orang muda, malah juga orang tua. Justeru, kita biasa dengar kisah orang tua dah berumur lebih 60 tahun yang bernikah dengan pilihan hati masing-masing. Begitulah juga dengan orang muda. Kita biasa dengar anak lelaki dan perempuan yang bernikah seawal umur 18 tahun.
Cinta adalah fitrah. Tanpanya jiwa gundah. Kekuatan cinta itulah yang menggerakkan seseorang untuk mengurat, menjelaskan perasaan hingga berjaya ke jinjang pelamin.
Asas Cinta Suci
Cinta adalah seni. Tanpa ilmu seni bercinta, matlamat hidup seseorang itu akan menjadi kabur. Perkara lagho (maksiat) boleh mudah muncul. Jika terjebak noda, akan diselimutilah diri dengan dosa.
Dr Ahmad Kamal
Menurut Dr. Ahmad Kamal Ariffin, pakar Kaunseling Keluarga, cinta juga boleh menjadi buta. Sebaliknya, jika cinta tumbuh dengan kembang boleh dikaitkan dengan hubungan antara lelaki dan perempuan adalah:
Cinta yang dibina dengan niat yang suci akan kekal hingga ke syurga. Sebaliknya, cinta akan gagal dipertahankan hingga ke akhir hayat disebabkan tujuh perkara iaitu:
1.Kecurangan
2. Kemiskinan
3. Kekeliruan
4. Kemarahan
5. Keegoan
6. Kekecewaan
7. Kezaliman
Cinta mudah disebut namun sukar dipertahankan dan diperkukuhkan. Ia memerlukan ilmu, kefahaman dan penghayatan amal. Jika cinta tidak dibina dengan iman dan amal, maka rosaklah akhlak ummah.
Sebab itulah, banyak berlaku kes wanita dianiaya, anak dibuang, kes dera, kes bunuh, lelaki murung dan masalah sosial. Analoginya, cinta tanpa nilai agama mengakibatkan pelbagai penyakit tubuh, berbelanja tanpa beringat menjemput masalah kebajikan asasi keluarga terabai dan hidup tanpa ikut dan laksana perintah Allah mengundang permusuhan sesama pasangan suami isteri. Begitulah pentingnya hidup bersyariat, cinta tumbuh bersemarak seiring kembang tumbuhnya pahala kendiri dan keharmonian rumah tangga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...