“Apa Salah Saya Jual Nasi Arab? Saya Ikhlas Berniaga Kerana Allah” Mila Jirin

Share

Tersentuh hati dengan pesanan langsung Instagram (DM) dari salah seorang pengikutnya di laman Instagram, penyanyi yang lahir dari rancangan realiti TV, Akademi Fantasia (AF) Mila Jirin menyuarakan luahan hatinya.

Mesej yang tertulis “Kau dah tak laku nyanyi, kau jual nasi arab pula” benar-benar menyinggung perasaan usahawan wanita ini.

Mila Jirin “Saya Iktiar Pastikan Pekerja Kami Kekal Punya Pekerjaan Dan Gaji”

Mila dan suaminya yang mengusahakan perniagaan, Bizmillah Catering dan Services by Mila Jirin juga turut terkesan dek kerana Pandemik Covid-19. Pelbagai usaha dilakukan demi memastikan perniagaannya mampu kekal dan mampu membayar gaji pekerjanya.

Dalam usaha tersebut, Mila berasa sangat sedih apabila ada yang menyindirnya apabila terbaru dia dan suami menjual Nasi Arab. Seperti perkongsianya di akaun Instagramnya Mila rasa bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Yang Maha Esa.

 

“Tengah reply DM…Terselit 1 DM ni.
“Kenapa ada juga MANUSIA yang suka BERKATA KATA tidak baik pada sesama MANUSIA?
“Apa salah saya jual NASI ARAB? Saya IKHLAS berniaga kerana ALLAH.
“Ini IKHTIAR yang kami lakukan dalam kesinambungan kami untuk memastikan PARA PEKERJA KAMI KEKAL PUNYA PEKERJAAN DAN GAJI
“Awak yang menulis…Saya MALAS nak mention nama awak disini.

Akui Sudah Lama Tidak Menyanyi “Bukan Tak Laku, Tapi Allah Tak Izinkan”

“Saya MEMANG DAH LAMA tak menyanyi…Bukan sebab TAK LAKU tapi sebab ALLAH TAK IZINKAN.
“Fahami KONSEP “Sesuatu BERLAKU atas keizinan ALLAH” bukan atas kita MANUSIA…Hatta awak sendiri pun tak ada KUASA nak tentukan apa jua REZEKI AWAK HARI INI….
“Jadi MANUSIA penuh dengan KASIH SAYANG BANTU MEMBANTU sesama kita.. Tak boleh bantu sahabat2 kita secara wang ringgit, bantu secara kudrat…Andai kudrat pun tak mampu…bantu secara sokongan moral…
“Saya BERSYUKUR walaupun tak LAKU dalam dunia seni saya YAKIN…Perancangan ALLAH maha hebat… Ada sebab musabab ianya berlaku ….
“Maaf saya sedikit tersentuh dengan komen awak….Saya cuma FIKIR…apa tujuan awak DM macam tu.

“Saya MAAFKAN awak, mungkin awak NAIF”

Hampir Setahun Allah Uji Kami Insan Insan Yang Berniaga…..Tapi Kami Tak Akan Pernag Putus Harap…Sebab Kami Yakin PERANCANGAN ALLAH MAHA HEBAT,” Tulis Mila.

Baca Disini Juga: 

Lumrah Hati Seorang isteri, Risau & Bimbang, Mila Jirin Menangis Suami Jalani Pembedahan Bahu

Mila Jirin Jual Kek, Inisiatif Pastikan Pekerja Tak Hilang Punca Pendapatan

Banyakkan Bersabar

Sumber/Sumber Foto: Instagram Mila Jirin
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh