APA Pun Jadi SOLAT Jangan Tinggal, Solat Penghubung Antara Kita Dengan Allah!

Share

Solat tiang agama. Solat juga mampu menghalang seseorang daripada melakukan perbuatan yang salah dilarang. Oleh itu solat dianggap sebagai tiang agama.

Malah sejak kecil kita diingat berkali-kali, apa pun jadi dalam hidup solat jangan tinggal kerana solat adalh penghubung antara kita dengan Allah.

Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan hadam sebaiknya:

Ramai ustaz, ustazah pesan, “Apa pun jadi solat jangan tinggal. Buatlah walau macam mana pun.”

Betul kawan-kawan. Sungguh sebab daripada solat lah menjadi titik tolak hidup kita akan Tuhan betulkan segalanya.

Solat Itu Penghubung Kita Dengan Allah

Solat itu penghubung antara kita dengan Allah.

Jadi siapa yang tidak menunaikan solat bererti dia telah memutuskan hubungan dengan Allah.

Begitu juga bila kita tidak mendidik anak-anak mengutamakan solat, bermakna kita telah mengajar anak-anak untuk tidak mengutamakan Allah dalam kehidupan.

Berat!

Apa Pun Jadi Solat Jangan Tinggal

Maka ajarlah anak-anak tentang solat sampai anak-anak tahu, faham dan ada rasa pentingnya solat untuk diri dan hidup dia.

Hinggakan kalau kita tak ada pun, anak-anak tahu bila waktu dia kena solat, dan dia sendiri yang akan tunaikan solat.

Baca Juga Di Sini:

Bila Habis Period, Kena Jamak Dan Qada Solat. Jangan Main-Main Bab Fardu Ain

‘Solat Dekat Luar Pun OK, Tak Ada Orang Halau..’ Hebat Teladan Ayah Ini

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Ajar dan perhatikan solat anak kita. Cukupkan solat dia 5 waktu, semuanya di hadapan kita. Luangkan masa kita untuk duduk dan tengok solat anak-anak.

Tengok semua rukun solat. Dengarkan semua bacaan solat dia. Mana yang tak tahu kita ajarkan. Mana yang tak tepat kita betulkan.

Begitulah. Akhirnya pesan juga ke anak pesanan yang sama. Apa pun jadi dalam hidup, solat jangan sekali-kali kita tinggalkan.
Sekian.

Firdaus Mokhtar

Walid.

MW: Sesibuk mana sekali pun, jangan sesekali tinggalkan solat. Tinggalkan solat ibarat mak,ayah putuskan hubungan dengan Allah SWT.

Sumber: Firdaus Mokhtar

Published by
Nur Syazwani Mehat