Anzalna Nasir Bersyukur Afifah Temui Putera Impian. Pelakon Anzalna Nasir yang juga kakak kepada Afifah Nasir berasa sangat bersyukur apabila adik kesayangannya bertemu dengan putera impian.
Pelakon yang kini sudah berhijab, Anzalna mengesahkan Afifah sudah bergelar tunangan kepada Syed Hariz.
Majlis yang berlangsung di kediaman ibu bapanya di Hulu Kelang, Selangor itu diadakan secara sederhana.
“Majlis pertunangan mereka hanya membabitkan ahli keluarga terdekat dan berlangsung secara sederhana tetapi meriah serta cukup bermakna,” kongsi Anzalna seperti mana dilaporkan Kosmo! Online.
Anzalna yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu turut menyatakan kesyukuran kerana adiknya sudah bertemu dengan putera Impian.
“Sebagai kakak saya bersyukur akhirnya adik kesayangan saya menemui putera impian dan selangkah lagi ke gerbang perkahwinan.
“Cuma nak cerita lebih mengenai perkenalan atau bibit percintaan mereka pun tak boleh, lebih baik tanya tuan punya badan.
“Kami semua memang menyenangi keperibadian Hariz yang berbudi bahasa, menghormati orang sekeliling serta pandai menyesuaikan diri.
“Paling utama mereka pasangan serasi dan saling mencintai. Nampak Afifah bahagia sudah cukup menggembirakan kami,” sambungnya yang turut memberitahu pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.
Untuk rekod sebelum ini Afifah berkongsi foto dilamar kekasih hati di atas sebuah pesawat ringan.
Baca Disini : Berhijab, Anzalna Bimbang Sukar Istiqamah. Minta Kukuhkan Hati & Tidak Berbolak Balik
Sumber:KOSMO! ONLINE
Sumber Foto : Instagram Afifah Nasir
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?