Kubis merah adalah sayuran berkhasiat yang sedap dimakan dan amat baik untuk kesihatan serta kecantikan. Dikenali juga dengan nama kubis ungu, sayuran ini termasuk dalam keluarga Brassicaceae dan boleh ditemui di seluruh Eropah Utara, Amerika dan bahagian-bahagian tertentu China.

Menariknya, kubis merah sering digunakan sebagai penunjuk pH disebabkan ia boleh berubah warna bergantung pada keseimbangan pH bahan yang terdapat di dalamnya. Salah satu sebab mengapa kubis merah adalah sayuran popular kerana ia mengandungi fitokimia, antioksidan, zat, vitamin dan mineral.

Bahan-bahan perlu ini termasuklah thiamine, riboflavin, folat, kalsium, mangan, magnesium, besi, potassium, vitamin C, vitamin A, vitamin E, vitamin K, serat pemakanan dan vitamin B.

Kebaikan kubis merah untuk kesihatan tubuh memang banyak

1-Mencegah Risiko Kanser

Satu daripada fungsi penting kubis merah adalah peranannya mencegah kanser. Menurut Dr Jagdish Singh, Dr. A.K Upadhyay, et al, Indian Institute of Vegetable Research, BHU, Varanasi telah menerbitkan satu laporan dalam Scientia Horticulturae Journal, yang menyatakan bahawa tahap tinggi antioksidan termasuklah anthocyanins dan indoles dalam kubis merah menjadikannya ia amat penting sebagai kaedah pencegahan. Menurut National Cancer Institute, indoles dalam sayur cruciferous seperti kubis merah telah dikaitkan dengan mengurangkan kanser payudara wanita.

2-Mengurangkan Berat Badan

Kubis merah amat rendah kalori, tetapi tinggi serat pemakanan dan mempunyai pelbagai vitamin dan mineral penting. Ini bermakna, dengan makan kubis merah anda boleh rasa lebih kenyang dan pada masa sama keperluan zat anda terjaga. Jika anda bercadang untuk mengurangkan berat badan bolehlah memasukkan kubis merah dalam pemakanan seharian.

IKLAN

Antioksidan & Vitamin A Dalam Kubis Merah Baik Untuk Kesihatan Kulit!

3-Sifat Antipenuaan

Terdapat sejumlah aspek-aspek dalam kubis merah yang menjadikan ia sesuai untuk memastikan anda kelihatan lebih muda. Antioksidan bukan setakat melindungi diri daripada kesan radikal bebas tetapi ia juga dikatakan mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan yang muncul berikutan dengan radikal bebas.

Antioksidan memastikan kulit segar, tegang dan fleksibel, mengurangkan kedutan dan bintik-bintik hitam yang biasanya muncul. Kandungan tahap tinggi vitamin A juga amat baik untuk kesihatan kulit, pertumbuhan semula sel-sel kulit, perlindungan daripada kerosakan cahaya matahari dan keanjalan kulit.

4-Penjagaan Mata

Kandungan tinggi vitamin A bukan sahaja baik untuk kulit tetapi juga untuk mata. Vitamin A memastikan penglihatan sihat dan mencegah kemerosotan makular dan pembentukkan katarak. Ia juga boleh ditukarkan kepada beta karotena yang amat penting untuk mengekalkan kesihatan mata apabila diri semakin berusia.

IKLAN

5-Merawat Ulser

Kubis merah mengandungi sejumlah besar asid amino tertentu yang dikenali sebagai glutamine. Asid amino amat baik dalam mengurangkan keradangan dan kesakitan berkaitan dengan ulser dalam sistem gastrousus. Jus kubis merah adalah rawatan terbaik untuk keadaan ini dan telah digunakan sebagai bahan ramuan buatan sendiri sejak dahulu lagi.

6-Merangsang Sistem Imun

Kubis merah kaya dengan vitamin C. Asid askorbik adalah antioksidan penting dan unsur penting dalam sistem imun. Ia dikatakan mampu merangsang aktiviti sel-sel darah putih yang membentuk pertahanan pertama untuk sistem imun. Paling penting, vitamin C penting dalam pembentukan kolagen yang memastikan tubuh dan sel-sel berhubung dengan kukuh.

Antioksidan & Vitamin A Dalam Kubis Merah Baik Untuk Kesihatan Kulit!

IKLAN

7-Melindungi Daripada Penyakit Alzheimer

Dalam kajian tahun 2018 yang telah diterbitkan dalam European Journal of Medicinal Plants telah menunjukkan bukti bahawa kubis merah ada sifat antioksidan dan anticholinesterase. Ini mampu membantu mencegah penyakit Alzheimer.

8-Meningkatkan Ketumpatan Mineral Tulang

Kandungan tinggi bahan-bahan mineral perlu menjadikan kubis merah salah satu sayuran terbaik untuk dimkana bagi memastikan pertumbuhan dan pembentukkan tulang sihat. Seperti sayuran dalam keluarga Brassicaceae lain, kubis merah kaya kalsium, magnesium, mangan, dan bahan-bahan mineral penting yang menyumbang kepada pertumbuhan tulang dan ketumpatan mineral yang melindungi tubuh daripada osteoporosis, arthritis dan pelbagai jenis keradangan.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI