Antibiotik Semulajadi, Amalkan Masak Nasi Letak BAWANG PUTIH Cukup 2-3 Ulas Sehari

Share

Bawang putih sememangnya mempunyai banyak manfaatnya yang tersendiri. Antara khasiatnya ia mampu menjadi antibiotik semulajadi bagi meningkatkan imunisasi dan sistem ketahanan dalam tubuh. Seeloknya ia dimakan mentah. Namun jika ‘tak tertelan’ rasanya boleh juga cuba cara mudah dengan mengamalkan masak nasi letak sekali 2-3 ulas bawang putih.

Ini cara yang dikongsikan oleh Puan Myra Chaqkey sebagai panduan;

Musim- Musim sekarang boleh la amalkan masak nasi letak bawang putih.Bawang putih tak perlu buang kulit. Basuh bersih-bersih.Agak-Agak Nasi nak kering baru letak bawang putih ( kenapa tak buang kulit untuk elakkan bawang terlalu lembik).

Bawang putih mengandungi antibiotik semulajadi.Pengalaman saya sendiri dulu masa mengandung saya batuk memang teruk. Macam-macam ubat, macam-macam petua saya cuba.Saya ternampak 1 post dekat FB cakap masak nasi letak bawang putih. Alhamdulillah batuk saya beransur pulih.

Tapi hampa jangan makan banyak sangat nanti panas badan tu. Cukup 2-3ulas 1 hari
Anak- Anak saya ambil 1 ulas gaul dalam nasi. Rasa macam ubi rebus.

Semoga memberi manfaat untuk semua take care

Baca Lagi Di Sini:
Ketuk Dulu Bawang Putih, Biar 10 Minit Sebelum Guna, Mujarab Cegah Kanser
Bawang Putih Berkesan, Beri Manfaat TERBAIK Bila Dimakan Mentah

MW: Bawang putih memang elok diamalkan setiap hari dan dimakan mentah. Namun jika ‘tak tertelan’ rasanya yang maung jika dimakan mentah, boleh cuba tip letak sekali dalam periuk ketika masak nasi seperti yang dikongsikan ini. Semoga kita mendapat manfaat antibodi semulajadi dengan amalkan makan bawang putih ini setiap hari.

Sumber:Myra Chaqkey

Published by
Suhaidah Abd Wahab