Makan Taugeh Selalu Boleh Bantu Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri!

Share

Tak sangka rupanya antara khasiat makan taugeh selalu boleh membantu kesuburan suami dan isteri.Jika selama ini, macam-macam usaha yang dilakukan untuk mendapatkan zuriat sendiri, sebenarnya pasangan suami isteri boleh mencuba amalkan makan taugeh selalu.

Ini kerana pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, lebih banyak dan lebih berkualiti. Bagi kaum wanita pula ia dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan telur atau ovum.Nutrisi yang terkandung didalam taugeh tauge terdapat banyak vitamin dan khususnya sangat penting bagi pasangan yang ingin cepat hamil atau berusaha memiliki zuriat .

Ia sangat rendah kalori namun mengandungi banyak nutrisi, termasuk protein, vitamin C, E, B, C, B1, B6, K, A dan kalsium.Protein dan kalsium adalah sangat penting bagi wanita kena untuk membantu pengeluran telur (ovum) menjadi matang.

Kandungan vitamin B (asid folic) pada taugeh, iaitu vitamin yang penting untuk kesihatan darah, sangat diperlukan untuk membantu kehamilan. Kandungan vitamin E pula khususnya vitamin E-alpha adalah anti-oksidan yang dapat melindungi sel-sel telur atau sperma dari kerosakan akibat radikal bebas dan sangat baik untuk kesuburan rahim wanita.

Selain itu, antara 7 khasiat lain taugeh:

1.Protein Lebih Banyak

Taugeh mempunyai dua kali ganda lebih banyak protien berbanding kandungan protien dalam daging ayam dan lembu.

2.Halang Penyakit Berbahaya

Taugeh mengandungi zat di dalamnya yang mampu melumpuhkan punca awal kanser, penyakit usus besar, sakit pankreas dan leukimia.

3.Cegah Osteoporosis

Estrogen dalam taugeh dapat membantu mencegah osteoporosis (penyakit kerapuhan tulang).

4.Kurangkan Risiko Penyakit Wanita

Wanita yang kerap makan taugeh juga mampu mengurangkan risiko kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus dan gangguan akibat menopaus.

5. Singkirkan Lemak Dalam Badan

Mereka yang berisiko menghidap penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak dalam darah yang tinggi digalakkan lebih banyak mengambil taugeh dalam menu harian, kerana ia membantu menyingkirkan lemak-lemak yang tidak baik dalam badan.

6.Awet Muda

Makan taugeh juga merupakan salah satu amalan awet muda kerana ia kaya dengan antioksida.

7.Buang Kotoran Dalam Usus

Taugeh juga dapat membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana ia mengandungi banyak serat dan air. Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi racun dalam kotoran yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang tumbuhnya benih kanser.

Punyalah banyak kelebihan makan taugeh ni. Jadi buat pasangan suami isteri yang merancang untuk mendapat anak, selalulah amalkan makan taugeh ini dan masukkan dalam menu hidangan harian.Begitu juga, buat mak-mak, pastikan taugeh menjadi sayuran wajib dibeli ketika dipasar untuk dijadikan hidangan demi kesihatan keluarga.

Sumber: tipskesuburan & petua tradisional

Published by
Suhaidah Abd Wahab