Sempena Tahun Baru Cina, Boleh Cuba Resipi Ini

Share

Tahun Baru Cina bakal menjelma beberapa hari saja lagi. Pasti para penganutnya sedang membuat persiapan untuk meraikannya termasuklah memasak hidangan lazat untuk dinikmati bersama keluarga nanti.

Ikan

Antara hidangan yang wajib ada pada Tahun Baru Cina ialah masakan berasaskan ikan dan ia tidak boleh dipotong dua kerana seolah memberi makna, rezeki yang akan diperoleh juga akan ‘terpotong dua’.

Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa, masakan Cina juga mendapat tempat di hati kaum lain di negara ini. Malah terdapat banyak kafe yang menawarkan makanan Cina yang halal untuk dinikmati. Selain itu, makanan Cina ala Baba Nyonya juga diminati ramai. Anda boleh cuba resipi-resipi ini sendiri di rumah.


Steamed Grouper Fish With Minced Chili & Soya Sauce

Bahan-bahan:
1000 gram kerapu – siang dan bersihkan
30 gram parsli Cina
10 gram Cili padi – hiris
10 gram – bawang putih cencang
10 gram halia cencang
30 gram hirisan halia
30 gram daun bawang – ambil bahagian batang putih
10 gram kicap soya
10 gram kicap soya
5 gram kicap soya hitam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit gula
Sedikit air
Sedikit minyak bijan

Cara Memasak:
1. Buang dan bersihkan segala isi perut ikan. Susun dua batang daun bawang di dalam dulang pengukus dan letakkan ikan di atasnya. Cara ini mewujudkan ruang antara isi ikan dengan permukaan dulang pengukus. Apabila dikukus ikan akan masak lebih sekata.
2. Masukkan dua tiga hirisan halia ke dalam perut ikan dan selebihnya letak di atas ikan.
3. Apabila air mula menggelegak, kukus ikan kira-kira 10 -13 minit bergantung pada saiz ikan. Angkat dan ketepikan.
4. Keluarkan dan asingkan jus ikan di dalam mangkuk lain. Rasa dahulu dan sekiranya tidak hanyir, boleh gunakan untuk membuat sos nanti.
5. Di dalam kuali kecil, masukkan kira-kira 5 sudu jus ikan tadi, halia cencang, bawang putih cencang, serbuk perasa, kicap soya, kicap soya pekat dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masak menggunakan api perlahan sehingga kuah berkurang sedikit.
6. Buang hirisan halia daripada ikan yang dikukus tadi dan panaskan seketika. Tuang kuah ke atas ikan. Letak sedikit minyak bijan, hirisan cili padi dan hidangkan panas. Hias dengan parsli Cina sebelum menghidang.


Ikan Kerapu Kukus Sos Teoh Chew

Bahan-Bahan
1kg ekor ikan kerapu | bersihkan
Air secukupnya

Bahan Sos Teoh Chew:
100 gram sayuran masin | hiris
1 biji tomato | belah enam
30gm cendawan hitam | cencang
2 biji cili padi | hiris
5 gram halia | hiris
1 biji jeruk plum
500 gram sup ayam
60 gram serbuk ayam
20 gram garam
10 gram gula
2 sudu makan minyak masak

Cara Memasak:
1. Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan.
2. Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas.
3. Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
4. Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi. Sedia dinikmati.


Siakap Gerang Asam

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar } bersih dan belah dua tanpa putus
750ml air perahan asam jawa
20 batang kacang bendi – pilihan
2 helai daun limau purut
Sedikit tepung jagung
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Untuk Dikisar:
20 batang cili kering – direndam dalam air
18 biji Bawang merah
10 ulas Bawang putih
5 biji buah keras
0.75cm kunyit hidup
2.5cm lengkuas
4 batang serai
1 1 / 2 sudu teh udang kering

Cara Memasak:
1. Terlebih dahulu, ikan siakap yang telah dibersihkan dan dibelah dua. Lumur sedikit garam dan tepung jagung untuk merangupkan ia. Goreng dalam minyak yang banyak. Ketepikan.
2. Untuk membuat sos ikan: Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan pes yang telah dikisar sehingga wangi.
3. Masukkan air perahan asam jawa dan biarkan mendidih. Reneh selama empat minit dengan api perlahan supaya pes benar-benar masak.
4. Besarkan api dan masukkan daun limau purut, gula dan garam secukup rasa. Masak selama empat minit lagi hingga bau naik.
5. Angkat dan tuangkan sos ke atas ikan yang telah diletakkan di atas pinggan. Hias dengan daun salad, hirisan cili merah, hirisan lobak dan sebiji ceri. Sedia dihidangkan.

Topik Hidangan Tahun Baru Cina telah menjadi pilihan Mingguan Wanita Talkshow hari ini. Jangan lupa saksikan episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 8 malam ini.

#MingguanWanitaTV
#MingguanWanitaTalkShow
#MingguanWanita
#TemanSetiapWanita
#AstroPrima105
#PrimaHD121

Sumber Resipi: Majalah RASA

Published by
Nurul Azwa