Antara 567 Rampasan Beg, Ini Rupanya Jenama Bijan Yang Curi Tumpuan

Share

Skandal 1MDB ini sinonim sangat dengan beg. Ketika Pengarah Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh memaklumkan antara 567 rampasan beg terdiri dari 37 beg jenama terkemuka yang dirampas adalah Bijan, Hermes, Prada dan Channel.

Sampai terpinga-pinga wartawan dan jurukamera yang hadir ke sidang media. Sebab masing-masing tak pernah dengar pun nama beg jenama mewah ‘Bijan’. Jika tidak masakan, ada wartawan yang minta Datuk Seri Amar Singh mengejakan jenama itu. Sebabnya tidak lah nanti salah melapor.

Bukan saja wartawan, netizen pun tertanya-tanya sama macam manalah rupa bentuk beg jenama Bijan itu. Punyalah unik nama ‘Bijan’, tapi itu bukan nama makanan tau.

Beg mewah Bijan ini perlu ditempah khas jika seseorang mahu memiliki beg tangan tersebut. Kerana ianya dari jenis buatan sendiri (custom made) dan takkan jumpa pun dalam pasaran. Ini dimaklumkan sendiri oleh Datuk Seri Amar Singh.

 

Butik mewah House of Bijan

 

Beg Bijan Tak Boleh Beli Sesuka Hati, Kena Set Temujanji

Menurut Utusan Online, beg mewah jenama Bijan ini diasaskan oleh seorang ahli perniagaan yang juga pereka terkenal kelahiran Iran bernama Pakzad Bijan yang menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). Koleksi mewah rekaan Bijan Pakzad ini seperti minyak wangi, kasut dan beg tangan yang dijual di butik House of Bijan.

Bukan calang-calang tau pelanggan House of Bijan ini. Koleksinya khusus untuk golongan elit yang mana kalau nak memasuki butik mewah itu pun perlu melalui temujanji sahaja.

Antara pelanggannya adalah bekas Presiden AS, Barack Obama, pewaris takhta diraja Britain, Putera Charles, pengasas Playboy, Hugh Hefner, pelakon terkenal Pierce Brosnan dan Arnold Schwarzenegger serta Raja Monaco, Putera Rainer.

Cerita beg Bijan ini mulai hangat di media sosial, apabila Pengarah Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman ini mendedahkan nilai keseluruhan rampasan di kediaman berkaitan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iailah antara 900 juta ke RM1.1 billion

. Yang mana rampasan beg tangan dari enam lokasi penggeledahan adalah sebanyak RM51.3 juta.

Sumber/Foto : Utusan Online, Mstar, The Malaysian Insight, Berita Harian

 

Published by
Netty Ah Hiyer