Diam tak diam, anak-anak pelakon yang kini aktif dalam dunia politik Datin Anne Ngasri dah masuk 5 orang. Abdul Warits, 12, Abdul Wafri, 10 dan Nazharah Afrozah, 8 dari perkahwinannya terdahulu.
Manakala kurniaan Sufi Harraz 5 dan paling bongsu, Nefa Naura, 6 bulan dari perkahwinan Anne bersama Datuk Mohd Sumali Reduan.
Bila mak-mak kesibukan mengurus anak-anak dalam bulan Ramadan ini, tapi dalam masa yang sama tak nak terlepas lakukan solat sunat tarawih, tak perlu pun rasa bersalah jika tak ke masjid.
Boleh saja lakukannya di rumah. Kata Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri di ruangan instagram miliknya, “Mak-mak yang ada anak kecil dan juga mak-mak yang siangnya bekerja, malamnya jadi SUPERMOM. Jom baca cara-cara nak buat solat tarawih di rumah.”
Solat terawih itu sendiri bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’. Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapt ikut tarawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.
● Barangkali kita ibu bekerja yang sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.
● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu… sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.
Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh ikut cara di bawah ye:
● Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.
● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersahabat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
Mudah kan. Tidaklah solat sunat tarawih itu memberi bebanan pada mak-mak. Anne yang bertelekung cantik dari Telekung NUR Arjana Blancheur ini mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Mohd Sumali Reduan pada tahun 2012.
Sumber/Foto : Anne Ngasri