Umum mengetahui hubungan baik yang terjalin di antara pelakon, Datin Anne Ngasri dengan Allahyarham Jaafar Onn sejak drama popular Cili Padi disiarkan di kaca televisyen.
Malah, Datin Anne sudah menganggap Allahyarham Jaafar Onn seperti bapanya sendiri. Panggilan papa sudah cukup sinonim dengan Allahyarham di kalangan para pelakon cilik Cili Padi.
Pemurah & Anggap Seperti Papa Sendiri
Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada jam 11.30 pagi tadi. Berita pemergian Allahyarham turut dikongsi oleh selebriti tanahair dan posting Datin Anne Ngasri turut mencuri tumpuan.
View this post on Instagram
Menurut hantaran Datin Anne Ngasri di laman Instagram miliknya, Allahyarham disifatkan sebagai seorang bapa kepada dirinya memandangkan dirinya membesar di set drama Cili Padi. Anne turut memuatnaik gambar kenangan bersama Allahyarham yang dirakamkan ketika dirinya mengunjungi Allahyarham di hospital baru-baru ini.
“Allahuakbar. Gambar terakhir kita tempoh hari di hospital.’-Anne Ngasri
Ketika ini, Anne Ngasri sedang berada di Mekah untuk menunaikan umrah. Namun begitu, pelakon kecil molek ini sempat menitipkan doa untuk insan yang sudah dianggap seperti bapanya sendiri.
“Harapan nak jumpa Papa balik nanti tidak kesampaian. Allah lebih sayangkan Papa. Pergi mu di bulan baik,” ujar Anne.
Anne turut berkongsi memori indah bersama Allahyarham di mana Anne menyifatkan Allahyarham seperti bapanya sendiri kerana begitu mengambil berat mengenai dirinya.
“Anne membesar di set bersama papa. Anne anggap seperti bapa sendiri. Kalau di set selalu belikan Anne coklat, belikan hadiah, jaga Anne seperti anak sendiri! Masyaallah terlalu banyak kenangan kita.
Setiap tahun tak pernah gagal beraya dengan kek kukus buah tapi tidak kali ini. Anne doakan syurga buat papa. Papa insan seni hebat dan terlalu baik. Anne akan selalu doakan Papa bahagia disisi Pencipta, ” ujar Anne Ngasri melalui posting di Instagram miliknya.
Al Fatihah buat Allahyarham Jaafar Onn.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Adira & Isteri Pertama Failkan Perceraian Serentak, Datuk Red Akui Lalai “Asyik Minta Maaf Banyak Kali”
Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua Terhadap Datuk Red
Berkawan Baik Dengan Madu, Adira Akui Suami Kena Main Peranan Penting Serta Perlu Adil
Datuk Red Pertahankan Rumah Tangga, Masih Sayangkan Perkahwinan Dengan Adira
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI