Anita Sarawak Sudah Berjaya Dijejaki Mahu Lebih Privasi, Sudah Bersara Selesa Kehidupan Sekarang

Share

Anita Sarawak sudah berjaya dijejaki. Pastinya ramai yang menunggu perkhabaran dari penyanyi tersohor negara, Anita Sarawak, 72 yang menghilangkan diri sejak sekian lama. Sebelum ini usaha untuk menjejaki penyanyi yang juga kakak kepada Noorkumalasari  menumui jalan buntu. Anita tinggalkan Malaysia sekitar 2011.

Terbaru menerusi perkongsian bekas editor hiburan Roslen Fadzil menerusi akaun Instagram, Roslen memaklumkan  perkembangan terbaharu Anita.

Anita Sarawak Sudah Berjaya Dijejaki Mahu Lebih Privasi

Roslen memberitahu dirinya cuba menjejaki Anita atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nita menerusi adik angkatnya iaitu bekas wartawan yang dikenali sebagai Shuib Taib.

“Oktober lalu saya diminta membantu seorang promoter konsert untuk mendapatkan Anita Sarawak yang kini menetap di Amerika Syarikat kerana dia berhasrat menganjurkan sebuah konsert mega tribute buat komposer legenda, Datuk Adnan Abu Hassan di Kuala Lumpur sekitar 2025.

“Anita salah seorang bintang handalan yang tersenarai dalam kertas cadangan untuk beraksi dalam konsert tersebut bersama ramai lagi penghibur yang pernah digilap oleh Adnan.

“Demi mendapatkan Anita, saya meminta bantuan adik angkatnya iaitu Shuib Taib untuk menghubungi Anita dan suaminya, Abang Mahathir di Las Vegas dengan harapan mereka akan bersetuju,” kongsinya.

Amat Hargai Segala Tanda Ingatan

Roslen menerangkan, menerusi bantuan Shuib, akhirnya Anita berjaya dijejaki dan mendapat jawapan balas daripada suaminya.

“Terima kasih kerana sudi menghubungi kami. Apabila saya maklumkan kepada Anita tentang konsert tribute itu, dia berasa begitu sedih mengenangkan waktu yang pernah dikongsikan bersama Adnan yang merupakan salah seorang penerbit terbaik sepanjang zaman. Sampaikan salam kami kepada keluarga Adnan.

“Berhubung undangan persembahan itu, Kak Nita ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas tanda ingatan terhadapnya. Bagaimanapun, seperti yang diketahui, Kak Nita sudah pun bersara dan ke arah kehidupan yang berbeza. Lebih privasi dan selesa dengan situasi sekarang. Jadi mohon sampaikan kemaafan kami kepada pihak penganjur dan kami amat menghargai segala tanda ingatan,” kata Mahathir kepada Shuib.

Menarik Lagi : “I’m Very Proud Of Him”. Anak Primadona Filem Melayu, Noor Kumalasari Tamat Pengajian.

Baca Sini : “I’m Very Proud Of Him”. Anak Primadona Filem Melayu, Noor Kumalasari Tamat Pengajian.

Macamana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Published by
Norhayati Suboh