anita Beli Beg Tangan Emas ‘DIOR’ Berat Setengah Kilogram Harga RM 150,000!
Emas memang pelaburan yang menguntungkan dan menjadi kesukaan ramai wanita untuk dijadikan aksesori diri. Namun siapa sangka, selain dijadikan barangan perhiasan, kini dijadikan beg tangan jenama mewah terkenal.
Aksi seorang pengusaha produk kecantikan dari Indonesia membeli emas yang diukir menyerupai jenama beg tangan mewah tular selepas dia mendedahkan bahawa beg tangan emas tersebut berharga 515 juta rupiah (RM150,160), lapor portal berita Wolipop semalam.
Wanita itu dikenali sebagai Mira Hayati. Dalam hantarannya di laman TikTok, dia menunjukkan resit pembayaran beg tangan emas tersebut yang dibeli pada 24 Mac lalu.
Beg tangan itu diperbuat daripada emas seberat 531.25 gram dengan ketulenan 87 peratus.
“Alhamdulillah, Masya Allah, Tabarakallah. Beli beg tangan emas dan beberapa barang kemas lain yang kesemuanya berharga 553.9 juta (RM161,502),” kata Mira dalam klip video tersebut.
Dalam resit pembayaran yang dikongsikan kepada netizen, Mira turut membeli sebentuk cincin emas seberat 40.2 gram pada harga 38.99 juta rupiah (RM11,368).
Menurut Mira, dia sengaja memilih beg tangan emas yang rekaannya menyerupai beg tangan jenama mewah, Dior.
“Rasa bangga kerana memiliki koleksi beg tangan Dior. Kalau beg tangan biasa, sudah banyak tetapi kalau emas sebenar, inilah dia,” ujarnya.
Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.
“Apabila difikirkan, lebih baik beli beg tangan emas begini daripada beg tangan berjenama mewah sebenar yang berharga berbilion-bilion rupiah,” kata seorang pengguna.
@_mirahayati♬ suara asli – Mira hayati
@_mirahayatiAlhamdulillah jumat berkah🙏🏻♬ Ya Maulana Ya Allah – ADZANDO DAVEMA
Mesti Baca:Bunga Tangan EMAS 916 Bernilai RM500k Ganti ‘Handbag’, Gaya Mewah Terbaru DS Vida!
Baca Lagi Di Sini:Beli EMAS Bukan Tengok Harga Per Gram MURAH, Terus Masuk & Beli!
Artikel Menarik:Takkan Susut Nilai, UNTUNG Suami Hadiahkan Isteri Beli EMAS Setiap Bulan!
Mingguan Wanita:Mewah bergaya sungguh dengan rekaan bag tangan dari emas sebenar.Apa pun semoga lebih berhati-hati iya ketika gayakan bag tangan emas ini nanti.Risau banyak mata-mata yang memerhati boleh mengundang bahaya pula.
Sumber: Kosmo
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.