anita Beli Beg Tangan Emas ‘DIOR’ Berat Setengah Kilogram Harga RM 150,000!
Emas memang pelaburan yang menguntungkan dan menjadi kesukaan ramai wanita untuk dijadikan aksesori diri. Namun siapa sangka, selain dijadikan barangan perhiasan, kini dijadikan beg tangan jenama mewah terkenal.
Aksi seorang pengusaha produk kecantikan dari Indonesia membeli emas yang diukir menyerupai jenama beg tangan mewah tular selepas dia mendedahkan bahawa beg tangan emas tersebut berharga 515 juta rupiah (RM150,160), lapor portal berita Wolipop semalam.
Diperbuat Daripada Emas 531.25 gram
Wanita itu dikenali sebagai Mira Hayati. Dalam hantarannya di laman TikTok, dia menunjukkan resit pembayaran beg tangan emas tersebut yang dibeli pada 24 Mac lalu.
Beg tangan itu diperbuat daripada emas seberat 531.25 gram dengan ketulenan 87 peratus.
Ads
“Alhamdulillah, Masya Allah, Tabarakallah. Beli beg tangan emas dan beberapa barang kemas lain yang kesemuanya berharga 553.9 juta (RM161,502),” kata Mira dalam klip video tersebut.
Dalam resit pembayaran yang dikongsikan kepada netizen, Mira turut membeli sebentuk cincin emas seberat 40.2 gram pada harga 38.99 juta rupiah (RM11,368).
Rekaan Beg Tangan ‘Dior’
Menurut Mira, dia sengaja memilih beg tangan emas yang rekaannya menyerupai beg tangan jenama mewah, Dior.
“Rasa bangga kerana memiliki koleksi beg tangan Dior. Kalau beg tangan biasa, sudah banyak tetapi kalau emas sebenar, inilah dia,” ujarnya.
Ads
Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.
“Apabila difikirkan, lebih baik beli beg tangan emas begini daripada beg tangan berjenama mewah sebenar yang berharga berbilion-bilion rupiah,” kata seorang pengguna.
Mesti Baca:Bunga Tangan EMAS 916 Bernilai RM500k Ganti ‘Handbag’, Gaya Mewah Terbaru DS Vida!
Baca Lagi Di Sini:Beli EMAS Bukan Tengok Harga Per Gram MURAH, Terus Masuk & Beli!
Artikel Menarik:Takkan Susut Nilai, UNTUNG Suami Hadiahkan Isteri Beli EMAS Setiap Bulan!
Mingguan Wanita:Mewah bergaya sungguh dengan rekaan bag tangan dari emas sebenar.Apa pun semoga lebih berhati-hati iya ketika gayakan bag tangan emas ini nanti.Risau banyak mata-mata yang memerhati boleh mengundang bahaya pula.
Dari setiap pergerakan kita dari hujung tangan hingga hujung kaki, ada fungsinya. Begitu juga bila kita buat gerakan tertentu, ia akan membantu kita untuk mengurangkan masalah yang dialami.
Bukan percayakan dengan buat gerakan, tapi sekadar berusaha untuk kita tahu tahap kesihatan diri kita. Selebihnya, kenalah dapatakn rawatan lanjuk daripada hospital atau klinik.
Perkongsian daripada Bos_ding ini mungkin boleh membantu untuk melihat otak kita sihat atau tidak. Maksudnya, dengan buat gerakan ini boleh membantu untuk mengetahui tahap otak kita dan masalah kesihatan lain. Video yang cukup viral di tiktok untuk buat gerakan ini. Kena cuba.
Tanpa mengenal usia muda mahupun tua, saluran media sosial seperti youtube, jika dimanfaatkan sepenuhnya mampu memberikan sumber pendapatan yang tinggi.Tidak hairanlah ramai yang sanggup melakukan apa sahaja, untuk mendapat pengikut yang banyak dan tontonan video yang tinggi.
Ini termasuklah seorang budak yang baru berusia 6 tahun dari Korea Selatan, mampu membeli aset kediaman mewah walaupun pada usia yang masih muda.
Jika sebelum ini,pernah mendengar tentang bintang cilik YouTube, Ryan yang menerima bayaran termahal menerusi “Ryan ToysReview”, pernahkah mendengar tentang seorang lagi bintang YouTube cilik dari Korea Selatan, yang dikenali sebagai “Boram Tube”?
Hanya dengan membuat ulasan atau review produk mainan kanak-kanak yang berada di pasaran, Boram turut berjaya menerima pendapatan lumayan dan mampu menghadiahkan keluarganya sebuah kediaman lima tingkat di daerah Gangnam, Seoul bernilai RM33 juta (9.5 bilion won).
30 Juta Pengikut 2 Saluran Youtube
Boram yang berusia enam tahun kini mempunyai lebih daripada 30 juta pengikut di dua saluran YouTube miliknya.
Salurannya yang dikenali sebagai “Boram Tube Vlog” sahaja telah berjaya menarik 17.6 juta pengikut, manakala saluran review mainannya iaitu Boram “Toy Review” pula mempunyai 13.6 juta pengikut.
Menurut laporan Korea Times, YouTuber cilik itu sangat popular dalam kalangan orang ramai dan dia dianggarkan menerima pendapatan kira-kira RM12.8 juta (3.7 bilion won) setiap bulan.
Dengan teknik pengeditan video yang menarik, Boram berjaya menarik sejumlah besar penonton di Korea Selatan.
Dakwaan Dieksploitasi
Malah, kedua-dua saluran YouTube itu juga menduduki tangga teratas bagi akaun berpendapatan tinggi di negara itu.
Namun, berita pembelian rumah mewah itu menjadi bualan rakyat negara itu yang mendakwa Boram dipergunakan oleh ibu bapanya.
Bangunan yang seluas 258.3 meter persegi dan terletak di Gangnam itu dibeli pada 3 April lalu oleh syarikat Boram Family ( syarikat yang menguruskan kedua-dua saluran YouTube Boram).
Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai yang berpendapat bahawa kanak-kanak itu dieksploitasi oleh ibu bapanya.
MW:Rezeki anak kecil ini menjadi bintang youtube yang mampu memberikan pendapatan yang tinggi. Mak ayah boleh contohi, namun jangan ambil kesempatan pada anak pula iya. Pastikan berkongsi hanya perkara-perkara yang memberi manfaat dan dengan kerelaan anak sendiri. Pendapatan tersebut pula, hanya milik anak nanti untuk kegunaan pada masa hadapan mereka.
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) semakin menjadi-jadi. Mak-mak yang ada anak kecil bimbang sama sebab virus itu kalau dah melekat dekat tempat awam, macam kerusi, taman permainan, pun dah boleh menjangkiti anak kita.
Kata ibu ini, Chinatsu Hayamidia ambil langkah ikut saranan doktor. Dengan meningkatkan sistem imun dalam tubuh, diri mahupun anak tak mudah dijangkiti HFMD. Satu cara paling praktikal kawal serangan virus HFMD ini adalah melalui beri pemakanan sihat semulajadi.
“Since doktor cakap TIADA UBAT mahupun VAKSIN yang boleh cure atau prevent HFMD, melainkan kita BOOST IMMUNE SYSTEM supaya yang kena HFMD cepat sihat dan yang belum kena HFMD tak berjangkit, makanya ibu pun gigihlah pi shopping beberapa jenis foods untuk tingkatkan sistem imun Qhaeera dan Qhaleef.
“HFMD tiada ubat mahupun vaksin sebab doktor cakap virus dia pelbagai. So belum ada lagi 1 ubat mahupun 1 vaksin untuk hapuskan semua jenis virus tu one shot. Ubat yang diberikan biasanya hanya untuk meredakan ketidakselesaan pada pesakit.”
Makanan Yang Berkuasa Tingkatkan Sistem Imunisasi Anak
Pertama : Shopping Makanan Sihat Di Pasaraya
Ini yang Mimi shopping hari Isnin lepas. Ada lemon, orange, cherry, strawberry, mandarin, yogurt, yakult dan sunflower kennel. Cari kiwi dengan blueberries tak jumpa pula. Ini semua untuk boost sistem imunisasi.
Tapi sushi dengan red velvet tu tak termasuklah. Epal tu pun sebab encik suami yang minta belikan. Hihi.
Kedua : Ambil Buah Jenis Citrus
Citrus fruits. Semua pun boleh untuk boost sistem imunisasi. Pilih je yang mana cuma make sure sehari tu janganlah makan banyak sangat. Kang kene cherry berry pula.
Tapi untuk anak yang ada ulser dalam mulut sebaiknya elakkan buahan citrus ni dulu. Sebab risau ulser akan jadi lebih sakit.
Ketiga : Jenis Berries Pun Membantu Boost Sistem Imun
Berries pun sama. Tak kisah any berries semua pun boleh.
Keempat : Yogurt Yang Membantu
Yogurt. Ini sangat bagus especially untuk baby HFMD yang dah boleh makan tapi tak nak makan sebab mulut penuh ulser.
Yogurt sejuk boleh bagi reda sikit rasa tak selesa dalam mulut. Doc selalu suggest bagi makan aiskrim. Tapi instead of bagi aiskrim, yogurt lebih sihat dan lebih baik untuk tubuh. Plus dia ada live active cultures yang boleh boost immune system.
Tapi untuk baby bawah 2 tahun kalau boleh beli je yang plain yang tak ada extra sugar. Then mix dengan any fruits untuk bagi rasa manis. Mimi suka letak cherry tak pun perah buah limau manis pun boleh atau campur madu. Tapi madu untuk yang dah setahun ke atas ye.
Dalam madu ada sejenis bakteria yang boleh menyebabkan penyakit Botulism. Yang boleh menyebabkan masalah pencernaan dan pernafasan serta otot menjadi lemah.
Bayi bawah setahun atau pra matang biasanya belum cukup kuat untuk melawan bakteria ni. Sebab tu sangat tak digalakkan untuk bagi bayi bawah setahun makan madu.
Extra tips – untuk anak yang tak suka makan ubat, boleh campurkan sekali dalam yogurt. InsyaAllah diorang tak perasan dan habis makan.
Kelima : Bayam Dan Brokoli Yang Berkuasa
Sayur terbaik untuk tingkatkan sistem imunisasi. Bayam dan brokoli.
Keenam : Bawang Putih Tu Antibiotik Semulajadi
Semua pun tahu bawang putih adalah antibiotik semulajadi. Sangat bagus untuk melawan penyakit dan juga tingkatkan sistem imun.
So kalau masak tu campur banyak banyak bawang putih.
Ketujuh : Halia Bukan Semata-mata Untuk Buang Angin
Halia. Kita selalu ingat halia ni untuk buang angin saja kan? Mimi la tu. Selain bawang putih, halia juga bersifat antibacterial. Sangat elok untuk melawan bakteria dan tingkatkan sistem imun.
Boleh campur dalam masakan mahupun minuman. Untuk anak boleh buat sup atau air lemon halia.
Kelapan : Berilah Anak Kuaci Bunga Matahari
Sunflower seeds dan pumpkin seed @ kita panggil kuaci. Mimi beli yang siap buang kulit sebab ibu is malas. Kahkah. Sedap buat campur dalam yogurt anak kalau dia tak nak makan macam tu je.
Kesembilan : Syarat Nak Ambil Makanan Ada Probiotik
Satu lagi yang doktor pesan, air yakult ni. Actually tak kisahlah jenama apapun asalkan yang ada PROBIOTIK. Dan kalau boleh cari yang less sugar. Sama juga macam yogurt. Tapi kena ingat, makan and minum yang ada probiotik ni jangan berlebihan. Kang asyik nak membuang je.
By the way, banyak lagi foods yang boleh boost sistem imun. Contohnya kunyit, buah betik, nenas, cendawan, kiwi, teh hijau, almond dan banyak lagi.
Yang penting, banyakkan buah-buahan dan sayuran. Serta kalau boleh kurangkan gula putih yang boleh jadi penyebab pelbagai penyakit. Hope anak anak yang kena HFMD cepat sembuh.