Angkara cemburu! Seorang suami tergamak tetak isteri hingga mati menggunakan pisau pemotong. Begitulah kejadian yang berlaku semalam, bila amarah menguasai diri.
Setiap kali berdepan dengan masalah dalam rumah tangga, bincanglah baik-baik. Jika berlaku kes sebegini, menyesal sudah tak berguna.
Disebabkan perasaan cemburu, seorang lelaki tergamak menetak leher isterinya sehingga mati di bilik sewa pasangan terbabit di tingkat 3, Jalan Segama, Kota Kinabalu, Sabah.
Mangsa berusia 23 tahun itu ditemui terbaring berlumuran darah di tilam oleh polis selepas suaminya menghubungi talian kecemasan dan memaklumkan dia menetak wanita itu pada 11.47 malam.
Artikel Berkaitan: Pergelangan Tangan Wanita Yang Putus Ditetak Suami Angkara Cemburu Berjaya Disambung Semula
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 10.50 malam selepas suspek dikatakan bertengkar dengan isterinya.
Katanya, suspek yang berang kemudian ke dapur lalu mengambil pisau sebelum bertindak menyerang mangsa.
“Akibat daripada serangan itu, mangsa mengalami cedera di leher kanan, muka, tangan dan luka di perut.
“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata, susulan itu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bertindak menahan suspek yang masih berada di lokasi kejadian.
“Motif kejadian dipercayai cemburu, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti puncanya.
“Suspek yang menghubungi talian kecemasan 999 dan memaklumkan menetak isterinya dengan pisau sehingga mati dan hendak menyerah diri,” katanya.
Baca Di Sini : “Segalanya Musnah DiJilat Api.” Gara-Gara Cemburu, Suami Bakar Rumah Jiran
Mohd Zaidi berkata, pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian merampas sebilah pisau dan parang pemotong daging dan salah satunya dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.
“Suspek berusia 31 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.
“Suspek akan direman untuk tindakan lanjut manakala mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) bagi tujuan calitan Covid-19 dan bedah siasat,” katanya.
Mohd Zaidi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Artikel Menarik: CEMBURU Bekas Suami Ada Kekasih Baharu, Wanita Tergamak Lemaskan Lima Anak
Mingguan Wanita : Murahnya nilai isteri pada seorang suami. Gara-gara cemburu, seorang suami sanggup bunuh isteri. Sedih sungguh.
Sumber : myMetro
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita