Baru-baru ini media sosial panas dengan isu makan laksa, orang lama kata mak-mak baru lepas bersalin kena elak makan laksa. Tetapi lain dari sudut sains pula mengatakan makan laksa langsung tak ada masalah.
Ok, yang sebenarnya mak-mak bersalin boleh ke tidak nak makan laksa? Nak tahu lebih jauh mak-mak boleh penjelasan daripada Doktor Hafiz Sulaiman ini…
Laksa merupakan makanan popular kegemaran rakyat Malaysia. Namun begitu, makanan ini sering dikaitkan dengan risiko angin dan sakit urat ketika berpantang selepas bersalin. Sejauh mana dakwaan ini?
Untuk melihat kesan reaksi makanan terhadap badan seseorang, kita perlu melihat dari kedua sudut. Pertama dari segi perubahan fisiologi badan ketika selepas bersalin dan keduanya kandungan bahan makanan itu sendiri yang mungkin menimbulkan reaksi sakit urat dan angin.
Perubahan Fisiologi Badan Ketika Mengandung
1. Ketika awal mengandung, badan adalah dalam keadaan tinggi stress kerana organ-organ badan perlu adaptasi kepada perubahan mendadak awal kandungan. Hormon stres iaitu kortisol akan meningkat dan menyebabkan perut menjadi stres dan lebih ‘bocor’.
Sindrom peningkatan kebocoran ini @ leaky gut menyebabkan sistem pencernaan jadi lebih sensitif dan mudah rosak. Ini juga diterukkan oleh perubahan sistem pencernaan jadi lebih sensitif dan mudah rosak. Ini juga diterukkan oleh perubahan hormon lain seperti estrogen dan Hcg.
2. Sistem pencernaan yang rosak juga menyebabkan badan jadi lebih sensitif. Emosi juga jadi lebih sensitif. Kulit juga jadi lebih sensitif dan mudah gatal-gatal. Tak hairan jika ekzema jadi teruk pada waktu ini. Usus juga lebih sensitif. Loya, muntah-muntah, cirit atau sembelit merupakan simptom biasa penyakit sensitif atau alah histamin.
3. Mujur uri ibu mengandung mengandungi penawar sensitif badan. Ketika uri membesar, kebiasaanya simptom seperti morning sickness akan mula berkurang.
Ads
4. Namun selepas uri yang merupakan penawar sensitif dikeluarkan, badan menjadi sensitif kembali. Dalam tempoh selepas bersalin sehingga 6 minggu inilah digalakkan berpantang mengikut petua orang lama.
5. Kenapa 6 minggu? Tempoh purperium ini diperlukan untuk hormon, sistem pencernaan dan fungsi fisiologi badan lain pulih seperti biasa.
Ada Apa Dengan Laksa?
Laksa
Bahan asas laksa ini daripada beras. Tiada isu kebiasaanya dengan laksa ini dari sudut alahan. Malah tiada asas mengatakan laksa memerangkap angin. Namun begitu, sesetengah jenis laksa menambahkan santan ke dalamnya menjadikan laksa menjadi ‘kanji degil @ resistant starch’. Kanji degil lebih susah diserap, maka dimakan kuman usus dab menghasilkan banyak gas.
Bagi mereka yang mempunyai sistem pencernaan yang lemah, makan kanji degil terutamanya waktu malam boleh mengakibatkan kembung, sakit kepala dan sakit perut seperti radang gastrik pada waktu pagi.
Kuah Laksa
Ads
Kuah laksa diperbuat daripada ikan-ikan selalu dikaitkan alahan seperti ikan kembung dan ikan tongkol. Ikan ini tinggi histamin iaitu bahan penyebab badan jadi sensitif mudah loya, muntah dan simptom angin seperti sendawa, kentut, perut berbunyi dan cirit birit-birit.
Lebih lama kuah laksa ini, lebih tinggi kandungan bahan penyebab sensitif.
Bagi mereka yang tiada masalah sistem pencernaan, bahan makanan tinggi histamin ini tiada masalah dimakan malah bermanfaat. Namun bagi mereka yang ada masalah sistem pencernaan seperti alahan, wanita awal mengandung dan slepas bersalin, sebaiknya elakkan makanan tinggi sensitif ini.
Bahan Dalam Laksa
Cili
Digolongkan dalam kategori keluarga nightshades. Bagi sesetengah orang yang mempunyai dinding lapisan usus yang lemah, cili mungkin menyebabkan risiko keradangan gastrik dan simptom refluks (angin). Ia juga mungkin menyebabkan keradangan sendi dan saraf bagi sesetengah orang.
Asam Keping
Kesan berlebihan asam ialah loya, muntah, sakit perut dan sakit kepala. Ia dikatakan mungkin kerana kandungan asid hydrocitric (HCA).
Ads
Timun
Ada kandungan salicylate yang tinggi dan mungkin menimbulkan reaksi bagi mereka yang alah.
Daun Kesom
Mempunyai rekod kes alergi dan tidak mustahil sekiranya reaksi muncul terutama ketika badan sangat sensitif selepas bersalin.
Apa pun aduan reaksi negatif selepas makan laksa oleh wanita selepas bersalin perlu diambil serius. Lebih-lebih lagi ia merupakan masalah rungutan biasa turun temurun yang agak mustahil cuma mainan perasaan semata-mata.
Jadi saya persembahkan hujah secara saintifik kenapa bahan di dalam laksa mungkin mendatangkan reaksi bagi sesetengah orang terutamanya wanita selepas bersalin kerana perubahan hormon dan peningkatan sensitif badan.
Malah majoriti mereka yang mempunyai gangguan sistem pencernaan kemungkinan akan mengalami reaksi alahan selepas makan laksa. Bukan terhad kepada wanita bersalin yang sensitif semata.
Semoga penjelasan ini bermanfaat kepada mereka yang berpantang. Mereka yang mempunyai sistem pencernaan sihat boleh mengambil laksa tanpa risau dengan kadar yang sederhana.
Haa… jangan lupa ya, kesegaran bahan terutamanya ikan sangat penting!
Siapa sangka tabiat buruk seperti malas mandi juga boleh menjadi punca perceraian. Mungkin ada segelintir diantara kita yang bersikap sambil lewa dan ambil ringan bab kebersihan diri. Namun ia sebenarnya boleh menimbulkan konflik dalam perkahwinan, lebih-lebih lagi jika pasangan ada seorang yang sangat mementingkan kebersihan.
Nekad Cerai Isteri Talak 3
Seorang lelaki dari negeri Uttar Pradesh, India bertekad untuk menceraikan isterinya yang dikahwini dua tahun lalu kerana tidak tahan dengan tabiat wanita itu yang malas mandi, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Menurut laporan, lelaki tersebut mendakwa bahawa dia sering bertengkar dengan isterinya setiap kali menyuruh wanita itu untuk mandi.
Tidak tahan dengan situasi berlarutan itu, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menceraikan wanita berkenaan dengan talak tiga meskipun mereka memiliki seorang anak berusia setahun setengah.
“Ketika sesi kaunseling, si suami berulang kali serta dengan tegas menyatakan bahawa dia mahu menceraikan isterinya kerana sikapnya yang malas mandi setiap hari,” kata seorang kaunselor dari Sel Perlindungan Wanita India.
Enggan Diceraikan
Bagaimanapun, selepas mendapat tahu tentang keputusan suaminya yang ingin bercerai, wanita tersebut enggan diceraikan dan mahu terus bersama suaminya.
“Wanita itu memberikan kami aduan bertulis yang menyatakan bahawa suaminya telah menceraikannya dengan talak tiga.
“Kami memberikan kaunseling kepada pasangan itu dan ibu bapa mereka untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut,” kata kaunselor tersebut.
Tambah agensi kaunseling itu, mereka turut cuba untuk memujuk lelaki berkenaan agar tidak menceraikan isterinya kerana isu tersebut boleh diselesaikan secara berbincang.
Mingguan Wanita: Hati-hati iya, jangan ambil mudah dengan sesuatu sikap buruk yang menjadi tabiat pasangan adakalanya boleh mengundang pergaduhan dan menyebabkan perceraian. Siapa sangka sikap ambil mudah bab kebersihan diri, malas mandi juga boleh menyebabkan rumahtangga porak peranda.
Seperti diketahui umum, sebelum ini Nad punyai masalah paru-paru berdarah hingga dia dimasukkan di ICU.
Selepas hampir sebulan dirawat di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor Nad kembali pulih.
Baharu Pulih Sakit, Nad Zainal Selamat Menikahi Ungku Ismail
Syukur kini pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail sudah bergelar suami isteri.
Sebelum ini Nad mula menjalinkan hubungan rapat dengan Ungku Ismail selepas sama-sama terlibat menerusi drama Cina Buta, kemudian berlanjutan sebagai rakan kongsi menjayakan program berbentuk travelog dalam saluran YouTube milik pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu.
Terbaru menerusi akaun Instagram Nad Zainal memuat naik beberapa keping foto.
Malah turut sama dimuatkan sekeping gambar dahinya dicium Ungku selepas disatukan dalam sebuah majlis pernikahan.
“Alhamdulillah,” tulis Nad ringkas.
Pemilik atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin itu turut berkongsi jumlah mas kahwin yang diterimanya iaitu sebanyak RM1,000 berserta gelang tangan emas daripada pengantin lelaki.
Turut ditulis, tarikh kedua-duanya disatukan sebagai suami isteri iaitu pada 23 Januari lalu bersamaan dengan 1 Rejab 1444 Hijrah.
Sambal berkilat naik selera! Salam Ramadan hari kelima, kali ini video memasak Mingguan Wanita, ‘Mak Empal Masak Apa Hari Ini?’ pilih menu Ayam Malu-Malu Masak Merah tau!
Rasanya yang pedas, manis dan berlemak ini kegemaran seisi keluarga. Paling penting resipi ini sangat mudah cepat untuk mak-mak menyediakannya di rumah.
Sambal Berkilat Naik Selera!
Jangan buang masa, jom masak menu special untuk berbuka, super sedap! Ayam masak merah ini juga sangat sesuai dinikmati dengan nasi putih panas atau nasi minyak.
Bahan-Bahan
Setengah ekor ayam (digoreng)
Bahan Hirisan:
3 biji bawang merah
Bahan Untuk Dikisar:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit Kunyit hidup
1 batang serai
10 tangkai cili kering (mengikut tahap kepedasan yang diingini)
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
Gula pasir secukup rasa
Aji (penambah rasa)
Cara Memasak :
Mulakan dengan menggoreng ayam. (ketepikan ayam telah digoreng)
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis rempah 3 sekawan,
Seterusnya, masukkan bahan yang telah dikisar, termasuk bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup. Tumiskan hingga kekuningan.
Kemudian masukkan cili kisar, sos cili biarkan hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan ayam goreng, garam, serbuk perasa, bawang merah biarkan sehingga semua bahan masak dan wangi.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!