Anggun Bergaya! Serlah Pesona Wanita Dengan Xiaomi 11 Lite 5G NE Telefon Pintar 5G Lebih Ringan, Tipis & Warna Mengancam

Share

Naluri seorang wanita sememangnya sentiasa mahu tampil cantik bergaya. Ada yang gemar memilih gaya ringkas dan tidak kurang juga yang suka kelihatan memukau. Apatah lagi buat wanita yang bekerjaya kerana di samping menjadi seorang isteri dan ibu di dalam sebuah institusi kekeluargaan mereka juga perlu bijak mengatur imej yang bersesuaian dengan organisasi yang diwakili. 

Bagi golongan ibu yang bergelar suri rumahtangga mereka juga sebenarnya tidak mahu kalah dalam berfesyen. Setiap langkah yang dihayun pastinya membuatkan diri mereka tampil lebih berkeyakinan. 

Melengkapkan gaya anggun, golongan wanita sebenarnya menitikberatkan pemilihan busana, tudung dan aksesori termasuk kasut, beg tangan dan pastinya peranti pintar pilihan. Pendek kata, kebanyakannya gemar bergaya!

Dalam memilih busana atau aksesori, perkara pertama yang dititikberatkan sudah semestinya adalah soal warna dan keselesaan. Pastinya pilihan rona terutamanya pada aksesori merupakan faktor penting dalam melengkapkan gaya anggun dan memukau mata mereka yang memandang. 

 

Rona Memukau, Peranti Pintar Terbaik Untuk Wanita!

Jika ditanya barang apa yang wajib dibawa bersama ketika keluar rumah, pasti telefon bimbit menjadi yang utama. Telefon pintar kini bukan lagi satu kemahuan ia sebenarnya keperluan yang mesti ada pada setiap orang. 

Wanita yang bijak pastinya akan memilih telefon pintar yang tampil dengan gaya yang menawan apatah lagi dengan pilihan rona yang mengancam dan warna warni. 

Terbaru jenama telefon pintar disukai ramai Xiaomi memperkenalkan telefon pintar 5G, Xiaomi 11 Lite 5G NE sudah berada di pasaran sejak, direka khas dengan stuktur badan yang lebih ringan dan nipis. Pastinya wanita yang memilih peranti pintar ini akan menambahkan serlahan gaya elegan mana tidaknya jenama telefon pintar hebat ini menampilkan warna-warni yang menarik! 

 

Pertama Kali Terus Jatuh Cinta, Reka Bentuk Langsing & Ringan

Bagi yang menginginkan peranti penuh gaya serta pelbagai fungsi, Xiaomi 11 Lite 5G NE merupakan peranti ideal dengan reka bentuk yang anggun, nipis, langsing dan ringan. 

Xiaomi 11 Lite 5G NE badannya hanya 6.81mm tebal dengan berat 158g. Peranti pintar ini mampu memberi penampilan lebih bergaya dengan ciptaan lebih nipis, langsing dan ringan kiranya pertama kali bersua sudah jatuh cinta!  

Dengan 6.55″ AMOLED Dot Display, sokongan TrueColor 10-bit dan Dolby Vision®, Xiaomi 11 Lite 5G NE menawarkan kualiti gambar yang sangat menakjubkan dengan warna-warna cerah luar biasa, kontras dan perincian yang menakjubkan. 

Xiaomi 11 Lite 5G NE memberikan rakaman terbaik dalam kelasnya dengan kamera utama 64MP, kamera sudut ultra lebar 8MP dan kamera tele macro 5MP.

Skrinnya pula cukup memuaskan di mana ia menggunakan paparan AMOLED FHD+ bersaiz 6.55 inci dengan kadar segar 90Hz.

Begitu juga dengan kualiti gambar yang dihasilkan dari kamera utama 64MP sudut lebar, 8MP f/2.2 sudut ultra lebar dan 5MP f/2.4 tele macro dengan kamera swafoto pula sebesar 20MP. 

Bonggol kamera tidak begitu tinggi dengan panel belakang pula diperbuat daripada plastik. Ciri lain yang disertakan ialah pembesar suara stereo, sokongan HDR10 dan pemancar infra merah untuk kawalan jauh.

Hadir Dengan Pilihan Warna Warni Sungguh Memikat

Paling istimewa Xiaomi 11 Lite 5G NE ini didatangkan dengan empat warna menarik iaitu Snowflake White, Bubblegum Blue, Peach Pink dan Truffle Black.

Setiap warna mempunyai aura tersendiri yang mampu menyerlahkan diri dan penampilan. Empat warna yang diperkenalkan menerusi peranti pintar ini sememangnya menjadi kesukaan wanita. Malah ke semua warna hadir dalam tonasi yang boleh digayakan mengikut kesesuaian busana harian.

Xiaomi 11 Lite 5G NE dengan rekaan rona Snowflake White bersesuaian dengan wanita yang gemarkan gaya yang minimalis. Ternyata warna putih suci bertepatan buat wanita yang suka pada kesederhanaan dan pandai menjaga kebersihan peranti.

Xiaomi 11 Lite 5G NE dengan pilihan rona Bubblegum Blue sesuai buat wanita yang bekerjaya. Dengan penampilan kasual di pejabat, rona biru ini sesuai buat wanita yang sentiasa gemar berkomunikasi dan berkeyakinan tinggi. 

 

Xiaomi 11 Lite 5G NE warna Peach Pink pastinya menjadi pilihan ramai wanita tidak kira dari golongan remaja mahupun dewasa. Sememangnya warna merah jambu sentiasa dekat dengan hati wanita. Jiwa wanita yang romantik lebih terserlah dengan rona lembut ini. Apatah lagi dengan gaya busana kegemaran akan lebih sedondon dengan penggayaan bersama peranti Xiaomi 11 Lite 5G NE Peach Pink.

Peminat rona gelap pastinya Xiaomi 11 Lite 5G NE Truffle Black menjadi idaman hati.  Warna hitam menyerlahkan gaya mutu keunggulan dengan aura yang tersendiri. Malah peranti warna gelap ini juga boleh digayakan dengan semua warna pakaian koleksi yang ada dalam almari anda!

Cip Pemprosesan Qualcomm Snapdragon 778G Dengan Capaian 5G

Bukan sahaja menyerlah dari segi bentuk dan warna malah pengenalan barisan produk terbaru Xiaomi ini cukup menarik di mana Xiaomi 11 Lite 5G NE menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 778G yang baharu dengan capaian 5G.

Keupayaan Xiaomi 11 Lite 5G NE  tidak perlu dipertikaikan kerana ia sebuah cip pemprosesan yang cukup berkuasa dan antara yang terbaik dalam kategorinya. 

Bagi mereka yang gemar bermain permainan Online memang tiada masalah. Malah ia mampu memainkan permainan tersebut dalam tetapan yang tinggi. 

Malah Xiaomi 11 Lite 5G NE dilengkapi dengan bateri 4250mAh serta pengecas pantas 33W.

Sebanyak tiga varian ditawarkan untuk Xiaomi 11 Lite 5G NE kini.

Xiaomi 11 Lite 5G NE (6GB+128GB): RM 1,199

Xiaomi 11 Lite 5G NE (8GB+128GB): RM 1,399

Xiaomi 11 Lite 5G NE (8GB+256GB): RM 1,599

Hadiah Eksklusif Percuma Khas Buat Pelanggan Istimewa! 

Xiaomi juga menawarkan hadiah eksklusif percuma buat pembeli terawal Xiaomi 11 Lite 5G NE. 

Bagi varian RAM 8GB dan storan 128GB, 5,000 pembeli pertama akan mendapat fon telinga Mi True Wireless 2 Basic “percuma”. 

Manakala bagi varian RAM 8GB dan storan 256GB pula, hadiah percuma diberikan berupa Mi Watch Lite untuk pembeli terawal “terhad” dan fon telinga Mi True Wireless 2 Basic bagi 5,000 pembeli selepasnya. 

*Tawaran adalah tertakluk pada syarat yang diberikan. Terhad kepada pembeli terpantas sementara stok masih ada.

Buat anda yang berminat boleh layari laman web Online beli belah popular Lazada dan Shopee.

Published by
Norhayati Suboh