Kebanyakan resipi biasanya menggunakan sukatan gram serta memerlukan alat penimbang untuk mendapat sukatan yang tepat. Terutamanya bahan-bahan seperti tepung, gula, marjerin, mentega, air dan sebagainya.

Sebenarnya selain menggunakan alat penimbang, mak-mak juga boleh anggarkan mengikut sukatan cawan. Ia lebih mudah.Pada yang baru nak belajar buat kek, kuih dan sebagainya tapi tiada alat penimbang, boleh semak dan rujuk anggaran sukatan ini mengikut sukatan cawan.

Berikut perkongsian daripada Puan Yatie Zelani sebagai panduan.

“Saya mudahkan pada yang baru nak belajar, boleh semak disini ya tentang sukatan.Dan di bawah ni saya sertakan kan sekali alatan yang saya guna.”

*Sukatan Tepung*

1 cawan = 125 gm
2 cawan = 250 gm
3/4 cawan = 90 gm
1/2 cawan = 65 gm
1/4 cawan = 45 gm
10 gm = 2 sudu kecil
3/4 cawan = 90 gm
2 sudu besar = 15 gm
2 sudu kecil = 10 gm

*Sukatan Gula*

1 cawan = 250 gm
2 cawan = 500 gm
3/4 cawan = 190 gm
1/2 cawan = 125 gm
1/4 cawan = 80 gm
1 sudu kecil = 10 gm
1 sudu besar = 15 gm

*Sukatan Cecair*

1 cawan = 250 ml
3/4 cawan = 180 ml
1/2 cawan = 125 ml
1/4 cawan = 50 ml
1 liter = 1000 ml

*Sukatan Marjerin/butter*

1 cawan = 250 gm
3/4 cawan = 190 gm
1/2 cawan = 125 gm
1/4 cawan = 80 gm
1 sudu besar = 15 gm
1 sudu kecil = 10 gm

*Tukaran oz ke gram*

1 oz – 25 gm
9 oz – 250 gm
16oz (1 lb) – 450 gm
2 lb 4 oz – 1 kg

IKLAN

*Tukaran oz ke ml*

8 oz = 237 ml
6 oz = 177 ml
5 oz = 158 ml
4 oz = 118 ml
3 oz = 79 ml
2 oz = 59 ml
1 oz = 30 ml
1/2 oz = 15 ml

Sukatan oz jarang kita guna kan? Tapi ada yang minta jadi saya bagi jugak la.Selak balik buku resepi yang dah berzaman tu, cari nota yang saya simpan.

Ini antara loyang talam saya,size 8,9,10,11,12 lain-lain dalam kabinet malas nak keluarkan banyak-banyak. Contoh saja ni saya bagi untuk yang baru nak belajar ye.

Loyang square nipis tu saya biasa guna untuk kole kacang, walau asalnye itu loyang brownies sekali cutter nya.

Ini cawan metrik beli di Mr diy. Yang 2 tu dah lusuh sangat dah.Sayang nak buang sebab berjasa banyak dah tu. Saya amalkan konsep menghargai selagi tak pecah. Walau pon dah tak nampak nombor sukatannya saya tetap guna sebab dah biasa jadi tahu apa sukatan sekian-sekian.

Last but not least, penimbang. Yang in pon saya beli. Memudahkan.. Yang ini saya beli online je dapat murah.Kalau nak baking saya guna yang ini. Macam suami saya cakap “ape je yang mama tak ade?? Semua mama ade” suami pon melayan kerenah isteri dia ni.Syukur.

Antara barang-barang yang saya guna.

Moga bermanfaat ye pada yang memerlukan. Untuk otai-otai talam dah tentu Pro kan.

Baca Lagi Di Sini:

Ini Caranya Mak-Mak Tetap Boleh Bakar Kek Atau Biskut Dengan Mudah Walaupun TANPA Guna Oven!

9 Perkara Asas Mesti Kena Buat, Kalau Nak Kek ‘Menjadi’, Sedap & Elok Kejadiannya

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang baru nak belajar buat kek, kuih atau apa juga resipi, boleh jadikan anggaran sukatan cawan ini sebagai panduan.

Sumber: Yatie Zelani