Rezeki dalam pelbagai cara. Jika ikhlas bekerja pasti mendapat ganjarannya tanpa disangka-sangka. Pelakon popular Taiwan, mendiang Chen Sung-Young yang meninggal dunia pada 17 Disember tahun lalu pada usia 80 tahun dilaporkan memberi wang sebanyak 2 juta TWD (RM302,000) kepada pembantu rumah warga Indonesia, Yule yang dianggapnya seperti anak sendiri.
Chen yang popular pada era 1980-an menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taoyuan Chang-Gung Memorial selepas bertahun-tahun melawan komplikasi pelbagai penyakit.
Pelakon itu memutuskan untuk bersara daripada bidang lakonan selepas kesihatannya semakin merosot pada 2000 dan kemudiannya mengalami angin ahmar pada 2006.
Dia juga memilih tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak.
Yule telah menjaga pelakon ini dengan baik selama 8 tahun.Beberapa tahun terakhir sebelum meninggal dunia, hubungannya semakin akrab dengan Yule dan sudah menganggap wanita itu sebagai anak sendiri.
Sebelum meninggal dunia, dia berjanji memberikan kehidupan terbaik untuk Yule yang menjaganya dengan baik selama ini.
Chen juga dilaporkan pernah menghadiahkan sejumlah perhiasan emas bernilai 1.2 juta TWD (RM180,000) kepada Yule.
Dia berbuat demikian supaya pengasuhnya dapat membeli tanah dan membina perniagaan apabila dia pulang ke Indonesia.
Pelakon kebanggaan Taiwan itu memulakan kerjayanya pada 1970 dengan membintangi pelbagai drama dan filem popular selama beberapa dekad.
Ia termasuk filem Hong Kong, Fong Sai-yuk lakonannya bersama Jet Li.
Dia diberi penghargaan untuk drama sejarah Taiwan berjudul A City of Sadness yang diarahkan Hou Hsiao-hsien pada 1989.
Kini telah hampir setahun selepas pemergian pelakon ini, Yule telah “memulakan kehidupan baru” di Indonesia.
Dalam temu bual dengan media Taiwan pada Jan tahun ini, Yule mengaku bahawa “Hatinya masih sakit” setiap kali dia memikirkan pelakon itu, dan apabila dia bersendirian, dia akan menangis kerana merinduinya. Bagaimanapun, dia tahu bahawa “ayah” Song-Yong tidak sanggup melihatnya menangis.
Dia juga berkongsi bahawa sejak 8 tahun lalu, dia akan bangun pada pukul 2 pagi setiap malam untuk membantu Song-Yong ke tandas. Selama kira-kira sebulan selepas kematiannya, dia masih lazim bangun pada masa itu.
Menurut rakan baik Song-Yong, Chen Wei Han, Yule selesa dari segi kewangan dan boleh menikmati kehidupan bersara bersama suaminya kerana anak-anaknya sudah dewasa.
Tetapi Yule yang bekerja keras memutuskan untuk memulakan perniagaan menjual biskut buatan sendiri dan bahkan menceburi bidang e-dagang sekarang.
Mesti Baca:Hargai Keikhlasan Jaga Anak-Anak, Pelakon Niena Baharun Hadiahkan ‘Babysitter’ Gelang Emas!
Baca Lagi Di Sini:Pengantin Dapat Beratus Gelang & Rantai Emas, Hadiah Kahwin Daripada Setiap Tetamu!
Artikel Menarik:Kereta MAK Rosak, Sepakat 6 Beradik Hadiahkan Beli Kereta Baru!
Mingguan Wanita: Rezeki sungguh, ganjaran ikhlas menjaga dan berbuat baik pada majikan sendiri.
Sumber: Hmetro, Today Online
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.