Dalam nada tenang yang menyembunyikan luka di hati, pelakon senior Edika Yusof meluahkan perasaan selepas menerima kenyataan rumah tangganya bersama isteri tercinta, Nor Hidayah Yusri, kini berada di ambang perpisahan.
Perkahwinan yang telah bertahan selama 22 tahun itu berdepan ujian apabila Nor Hidayah memfailkan penceraian baru-baru ini. Namun bagi Edika, 58, tindakan tersebut dirasakan terlalu lewat memandangkan selama hampir dua dekad, beliau telah setia menjaga isterinya yang lumpuh tanpa sebarang rungutan.
“Saya jaga dia hampir 19 tahun ketika dia sakit. Tiba-tiba sekarang nak bebaskan saya? Katanya supaya saya boleh mulakan hidup baharu. Kalau itu niat dia, terima kasihlah. Anggap sahaja ini hadiah hari lahir saya esok,” katanya penuh makna dalam temubual secara eksklusif bersama Mingguan Wanita di Majlis Hari Raya & Anugerah Wanita Cemerlang Madani 2025 anjuran Komuniti Wanita DIG (KWDIG) semalam.
Ads
Lebih menyentuh hati, Edika berkongsi bahawa sepanjang perkahwinan, beliau memikul tanggungjawab rumah tangga tanpa sebarang rahsia atau keluhan. Namun dia tidak memahami mengapa isu besar seperti ini tidak dibincangkan bersama.
“Saya cuba hubungi dia, ajak berbincang… tapi dia elak. Katanya, dah tiada apa yang perlu dibincangkan. Padahal saya sentiasa terbuka, akaun bank, telefon – semuanya dia boleh akses,” luahnya jujur.
Sebagai seorang bapa kepada tiga cahaya mata, Edika mengakui anak-anaknya menerima keadaan ini dengan tenang, namun sedikit terkilan kerana mereka seolah-olah tidak menunjukkan usaha untuk mendamaikan ibu dan bapa mereka.
“Anak perempuan bersama saya, dua lagi dengan isteri. Tapi saya lihat masing-masing lebih banyak diam. Saya tunggu juga kalau-kalau ada yang mahu cuba satukan kami semula, tapi tiada,” katanya, cuba menyembunyikan kepiluan.
Paling menyayat hati, Edika turut mendedahkan beliau pernah mengalami kemurungan akibat tekanan yang ditanggung secara senyap selama bertahun-tahun menjaga isteri tercinta.
“Saya pernah kena anxiety, saya jumpa kaunselor. Saya tiada tempat meluah. Kadang-kadang saya terlalu desak dia berdikari, sebab saya risau – kalau saya tiada nanti, siapa yang akan jaga dia? Tapi mungkin cara saya itu menyakitkan tanpa saya sedar,” ujarnya, perlahan.
Ads
Edika dan anak perempuannya sempat meraikan Aidilfitri di rumah terbuka yang dianjurkan oleh Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Walaupun kecewa, jauh di sudut hati, Edika masih menyimpan harapan agar hubungan mereka dapat diperbaiki secara damai.
“Kalau dia sudi berbincang, saya terbuka. Tak perlu bermusuh. Kita dah 22 tahun bersama, lalui pelbagai cabaran. Tapi jika dia rasa lebih tenang melepaskan saya, saya terima dengan reda,” tutupnya.
Untuk rekod, peguam syarie mewakili Nor Hidayah mengesahkan wanita itu memfailkan penceraian pada pertengahan Februari, dan sebutan semula kes ditetapkan pada 23 April nanti.
Pasangan ini pernah menjadi inspirasi ramai apabila Edika dengan setia menjaga Nor Hidayah yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak mereka. Hasil perkongsian hidup sejak tahun 2003, mereka dikurniakan tiga orang anak: Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Saharul bawa isteri tunaikan ibadah umrah, merasai berpuasa di Mekah. Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi kisahnya yang kini sedang menjalankan ibadah umrah bersama isteri tersayang.
Kali ini Saharul membawa isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir untuk sama-sama mengambil peluang mengerjakan ibadah umrah ketika ini bagi merasai sendiri suasana berpuasa di kota suci itu.
Saharul Bawa Isteri Tunaikan Ibadah Umrah
Saharul dan isteri yang telah bernikah pada September 2016 telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 5, dan Fateema Azzahara, 2.
Namun bagi umrah kali ini Saharul terpaksa tinggalkan anak-anak. Sememangnya cukup mencabar apabila mereka terpaksa berjauhan dengan anak-anak kesayangan.
Berkongsi luahan hati seperti mana yang dipetik menerusi Mstar, Saharul akui pada awalnya isterinya agak keberatan untuk meninggalkan dua anak mereka.
“Cabaran kali ini ialah kami terpaksa berjauhan dengan anak.
Belajar Tinggalkan Anak Sekejap
“Saya sentiasa ingatkan isteri inilah masanya untuk kita belajar tinggalkan anak sekejap supaya boleh mengikuti usaha menyebarkan dakwah selepas ini.”
“Pada awalnya isteri saya agak keberatan untuk pergi, maklumlah sebagai seorang ibu memang susah hendak tinggalkan anak untuk tempoh masa lama,” terang Saharul yang kemudiannya menempah slot untuk mengerjakan umrah.
Tak Sabar Nak Ziarahi Makam Rasulullah SAW
Saharul dan isteri akan mengerjakan umrah selama 10 hari dan mahu menumpukan sepenuhnya kepada ibadah. Dia juga mahu melipatgandakan amal ibadah lebih-lebih lagi ketika bulan mulia ini.
“Selama ini jika pergi menunaikan ibadah umrah, kita sering berharap dapat doakan sesuatu ketika di sana.
“Kali ini saya bawa rasa cinta terhadap Rasulullah.
“Selepas belajar dan mendalami tentang sirah perjuangan nabi, saya amat teruja untuk menziarahi makam baginda ketika di Madinah nanti,” jelas Saharul.
“MasyaAllah, Indahnya Pemandangan”
Menerusi ruangan komen, Saharul turut memberi kapsyen sebuah video yang dihantar dari Mekah sewaktu berbuka puasa. Ternyata ramai yang memberikan komen dan meluahkan rasa keseronokan dengan suasana yang ditontonkan oleh Saharul.
Mahkamah tolak rayuan Ali, Hidayah terima dengan terbuka. Ibu tunggal yang juga balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau lebih dikenali dengan Hidayah menerima dengan terbuka keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak rayuan adik iparnya, Ali Puteh.
Rayuan itu dibuat Ali dan tiga ahli keluarga bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi RM60,000 kepada Siti Norhidayah kerana memfitnah, dua tahun lalu.
Mahkamah Tolak Rayuan Ali, Hidayah Terima Dengan Terbuka
Hidayah seperti yang dilaporkan Harian Metro menegaskan dirinya sebolehnya enggan mengulas panjang lagi perkara itu.
“Selepas dimaklumkan perkara ini oleh peguam, saya terima dengan terbuka. Kalau boleh saya tak nak ulas panjang lagi.
“Biarpun rayuan pihak sana ditolak mahkamah, saya tak anggap ia sesuatu yang perlu dibanggakan.
“Apapun, saya tetap nak mengucapkan terima kasih kepada semua (pihak) yang sentiasa mendoakan saya dan anak,” luahnya.
Saman Berhubung Temu Bual Menerusi Youtube Aliff Syukri
Dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen, Februari lalu,
Ahmad Shahrir turut menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan mahkamah sama yang menolak tuntutan samannya terhadap usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Siti Nor Hidayah.
Saman itu berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Youtube Aliff Syukri.
Sementara itu, rayuan Norhidayah untuk menaikkan jumlah ganti rugi yang diperintahkan Mahkamah Sesyen selepas membenarkan tuntutan samannya, turut ditolak.
Percaya atau tidak, penyanyi tersohor Beyonce Knowles dituduh ahli sihir kerana mengamalkan ilmu hitam.Bekas pemain dram wanita penyanyi Beyonce, Kimberly Thompson, dilaporkan menuduh penyanyi itu mengamalkan sihir secara ekstrem, mengintip telefonnya malah sanggup membunuh anak kucing.
Tuduhan itu dinyatakan bekas pemain dram band Beyonce, Kimberly Thompson ketika membuat permohonan perintah larangan mahkamah terhadap penyanyi berkenaan. Kimberly mendakwa penyanyi berusia 37 tahun itu sering mengganggunya dengan menggunakan sihir.
7 Tahun Bekerja Dengan Beyonce
Menurut The Sun, pemain dram itu bekerja untuk Beyonce selama tujuh tahun.Tuduhnya lagi, penyanyi lagu Lemonade itu membunuh kucing peliharaannya, meletakkan alat pengintip dalam telefon dan mengawal kewangannya.Bagaimanapun, pemain dram itu tidak menyatakan sebab Beyonce bertindak sedemikian.
Selain itu, Kimberly turut menuduh isteri Jay Z itu mencuri harta intelek dan cakera keras komputer selain menjejaskan hubungan peribadinya.
“Semua pertuduhan itu adalah benar dan saya dapat mengharunginya,” katanya kepada The Blast.
Difahamkan hakim sudah menolak permohonan Kimberly kerana tidak mempercayai Beyonce menggunakan ilmu hitam untuk mengawal kehidupan wanita itu.
Setakat ini, pihak Beyonce belum mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap tuduhan Kimberly .
Dalam perkembangan lain, Beyonce bersama suaminya, Jay Z sibuk dengan jelajah konsert On The Run di beberapa lokasi di Amerika Syarikat.Pasangan berkenaan akan menamatkan jelajah mereka di Seattle pada 4 Oktober ini.
Tunggu kenyataan balas oleh pihak Beyonce nanti. Apa pun agak sukar untuk mempercayai artis antarabangsa yang berjaya mengamalkan sihir dalam kehidupan.
Edika berusaha selamatkan perkahwinan 22 tahun, tapi jika isteri masih mahu cerai kita ikut apa dia nak. Hari ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan...