Hiburan

Angeline Tan Tiada ‘Job’ Lepas Berhijab, “Mungkin Ini Masa Yang Sesuai Saya Dalami Ilmu Agama”

Share

Angeline Tan tiada ‘job’ lepas berhijab, “Mungkin ini masa yang sesuai saya dalami ilmu agama.” Pelakon Ardini Angeline Tan mengakui sudah lama tidak menerima tawaran berlakon selepas berhijab.

Angeline Tan Tiada ‘Job’ Lepas Berhijab, “Mungkin Ini Masa Yang Sesuai Saya Dalami Ilmu Agama”

Angeline menganggap rezeki dalam bidang lakonan masih belum ‘sampai’ kepadanya buat masa ini. Tetap positif, Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan merasakan ketika ini mungkin belum ada watak yang sesuai untuk diberikan kepadanya.

Angeline berkata, dia cuba bersangka baik dan menganggap rezeki belum berpihak kepada dirinya untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.

“Sejak saya pakai tudung, tawaran berlakon sudah tiada langsung. Kalau ada pun setakat tempelan bersama suami dalam drama Perang Nasi Dagang arahan Issey Fazlisham.

“Kalau tanya secara peribadi, saya nak sangat berlakon dan saya sejenis yang tak boleh duduk diam. Mula-mula saya rasa tak biasa duduk rumah dan tiada tawaran. Lama-lama saya anggap mungkin ini masa yang sesuai untuk saya belajar dan mendalami ilmu agama.”

Jelas suri hati kepada aktor dan pelawak Sabri Yunus ini lagi, dia bersyukur kerana diberi tawaran lain di saat tawaran lakonan tidak datang langsung.

“Bulan Julai hari itu saya sepatutnya pergi kursus agama tetapi saya tak pergi sebab ada tawaran daripada sebuah stesen televisyen untuk menjayakan program iaitu ‘Angeline Tanya Abang Jawab’.”

Disoal sama ada pernah meminta tawaran berlakon daripada mana-mana pihak produksi ataupun tidak sebelum ini, pelakon ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ itu berkata, dia tidak pernah meminta sebarang job selama 30 tahun berkecimpung dalam industri seni.

“Saya rasa semua orang kenal dan faham saya. Selama 30 tahun dalam bidang ini saya tak pernah minta job. Dekat suami sendiri pun tidak pernah. Kalau ada job yang sesuai untuk saya, pasti mereka akan panggil. Kalau tak sesuai itu sebab mereka tak panggil.

“Saya selalu fikir kawan-kawan lain pun nak hidup. Jadi kita semua perlu percaya pada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah.

Mengenai kehidupan Angeline selepas hampir setahun menjadi isteri, wanita ini ternyata bahagia dengan kehidupan alam rumah tangganya.

“Susah nak cakap sebab kami bermula sebagai kawan baik dan sekarang jadi suami isteri. Saya rasa seronok, kehidupan lebih tenang, bahagia dan masih lagi belajar sebagai seorang isteri. Abang (suami) seperti buku, saya kena baca setiap hari.”

Angeline ditemubual di majlis sidang media program terbaharu terbitan TV Alhijrah, ‘Angeline Tanya Abang Jawab’ yang berlangsung di Restoran Homst, Wangsa Maju.

Program yang akan disiarkan bermula 18 September, setiap Rabu, jam 8.30 malam itu menampilkan pasangan suami isteri tu yang saling berinteraksi melalui soalan-soalan berkaitan pelbagai isu agama, kehidupan dan sosial.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, TV AlHijrah memikul tanggung jawab besar dalam menyantuni golongan Saudara Baharu di Malaysia.

“Dakwah di platform penyiaran TV AlHijrah dilihat mampu mengisi kelompongan pedagogi dalam dakwah pada zaman kini. Oleh itu, program ini diterbitkan untuk memberikan pandangan yang mendalam mengenai nilai-nilai keagamaan dan kekeluargaan, sambil menjadikan proses pembelajaran buat golongan mualaf menjadi lebih menyeronokkan.

“Setiap persoalan yang diajukan oleh Angeline kepada Sabri Yunus adalah persoalan yang kerap kali dibangkitkan oleh golongan mualaf seperti perihal fardu ain dan fardu kifayah, tanggungjawab dalam rumahtangga dan keluarga, kefahaman dan amalan ibadah, etika pemakaian dalam Islam, hubungan sesama Islam dan bukan Islam serta banyak lagi topik lain.

“Setiap episod program ini diharapkan dapat menyampaikan pesan-pesan kebaikan secara jelas dan mempromosikan keharmonian dalam keluarga Muslim. Dengan penggabungan elemen-elemen itu, program ini diharapkan dapat memenuhi keperluan penonton dan masyarakat yang ingin mendalami ajaran agama Islam sambil merasai kedekatan kekeluargaan yang lebih menyenangkan.”

Kredit foto: Media Hiburan dan Instagram Angeline Tan

Baca artikel lain juga: Angeline Tan Nafi Sudah Hamil Pandai Sahaja Dia Reka Cerita Palsu

Hebatnya Kuasa Jodoh, Sabri Yunus Kini Sah Suami Angeline Tan

Pasangan Veteran Bila Kahwin Sweet Lain Macam, Tak Ada Masa Nak Berdrama

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Has