Angau cinta, rela korbankan apa saja. Malah cinta tak mengenal usia. Cinta juga mampu membuatkan seseorang itu seolah-olah ‘buta hati’, tidak dapat berfikir dengan waras dan rasional.
Atika, 23 tahun, telah jatuh cinta yang seusia bapanya dan dia ingin ingin mengahwini lelaki itu namun takut ditentang keluarga. Ikuti pengakuannya kepada Mingguan Wanita.
Hidup Sederhana
Aku dilahirkan dalam kalangan keluarga yang sederhana. Ayah seorang kaki tangan kerajaan dan ibu seorang suri rumah tangga. Mempunyai adik beradik seramai enam orang membuatkan kehidupan kami sederhana saja. Emak perlu bijak mengatur perbelanjaan keluarga.
Sebagai anak sulung, aku sering terpaksa mengalah demi adik-adik. Aku tak kisah kerana sedar kesusahan mak dan ayah. Bahkan aku sanggup membantu emak berniaga pisang goreng di depan rumah setiap petang dan ketika cuti sekolah. Kesusahan keluarga juga mencetuskan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarga.
Sambung Pengajian Di IPTA
Aku bersyukur kerana mendapat keputusan SPM yang agak cemerlang dan melayakkan aku untuk sebuah universiti. Aku mengambil jurusan perakaunan. Aku berjimat-jimat di universiti kerana sedar keadaan kewangan mak dan ayah.
Selepas tamat diploma, aku mengambil keputusan menangguhkan hasrat untuk menyambung ke peringkat ijazah kerana memberi ruang kepada adik kedua yang mendapat tawaran ke sebuah universiti di utara tanah air. Aku tak mahu bebankan mak dan ayah. Sementara dapat kerja yang sesuai, aku membantu mak dan ayah di gerai.
Detik Perkenalan
Ketika membantu emak di gerai goreng pisang, aku perasan ada seorang lelaki yang sering datang ke gerai kami. Kadangkala duduk minum di situ dan kadangkala bungkus sahaja. Walau pun sudah berusia 40 tahun namun orangnya cukup segak.
Kadangkala datang menaiki kereta mewah, kadangkala dengan bermotorsikal besar. Kata mak, dia seorang kontraktor besar. Walau pun berpangkat tetapi baik dan tak sombong orangnya. Aku bahasakan dia Uncle K sahaja. Jika aku ada, aku perasan dia sering memerhatikan aku. Tapi aku tak ambil kisah kerana bukan dia kacau aku pun.
Pada satu hari, uncle K bertanya kepadaku sama ada hendak bekerja dengannya atau tidak. Salah seorang stafnya baru sahaja berhenti kerja selepas berkahwin kerana mengikut suaminya berpindah ke negeri lain.
Pucuk dicita ulam mendatang. Pasti aku terima memikirkan aku boleh membantu keluarga. Mak dan ayah juga tidak menghalang. Lagi pun hanya di bandar yang tidak jauh dari rumahku. Dengan menaiki satu bas sahaja sudah sampai ke pejabat.
Mulanya Hanya Bos Dan Pekerja
Pada mulanya hubungan kami seperti pekerja dan bos sahaja. Aku sangat menyenangi sifat mengambil beratnya. Dia juga suka bergurau dan memanjakan aku. Mungkin kerana aku staf yang paling muda, kata hatiku waktu itu.
Ads
Namun tidak pernah terdetik untuk jatuh cinta dengan uncle K lebih-lebih lagi aku baru saja putus cinta dengan teman lelaki yang sama tempat belajar. Belum terfikir hasrat untuk kembali bercinta.
Tak diduga
Entah bila aku mula menyukai uncle K. Seingat aku apabila aku sakit teruk dan terpaksa MC selama dua minggu. Saban hari pasti ada mesej bertanya khabar darinya. Entah mengapa, hatiku rasa selesa dengannya.
Selepas masuk kerja, aku ditugaskan sebagai PA uncle K kerana kebetulan PA lamanya cuti bersalin. Ketika itu kami mula rapat. Dia mula menghadiahi aku bermacam-macam barangan mewah. Puas kutolak tapi dia pula merajuk bila ingin ku kembalikan hadiah-hadiah itu.
Akhirnya aku mula pandai merajuk dan dia juga cukup pandai memujuk dan mengambil hati. Maklumlah lelaki berpengalaman. Walau pun aku sedar aku sedang bermain dengan api, namun aku biarkan sahaja diri hanyut dengan perasaan itu.
Percutian Di Bali
Uncle K mempelawa aku menemaninya menghadiri satu mesyuarat di Bali. Pucuk dicita ulam mendatang bagiku. Yelah, seumur hidup aku tidak pernah ke luar negara. Kata uncle K, kami akan pergi bersama beberapa orang staf lain. Jadi, tidaklah aku rasa segan dan bimbang. Mak dan ayah juga membenarkan aku pergi kerana atas urusan kerja.
Tiba hari yang dijanjikan, di lapangan terbang barulah aku sedar bahawa hanya kami berdua sahaja terbang ke Bali. Tapi keterujaan untuk ke luar negara membuatkan aku tidak berfikir apa risikonya bila berduaan dengan Uncle K nanti.
Ads
Di Bali kami tinggal di sebuah hotel mewah. Tapi uncle K tempahkan dua bilik berasingan untuk kami. Gadis kampung seperti aku cukup seronok dengan pengalaman itu. Bahkan, berada di tempat asing, membuatkan kami berani berjalan berpegangan tangan seperti pasangan kekasih. Dalam hati, aku sudah menganggap Uncle K sebagai kekasih.
Makin Angau
Berada di negara membuatkan kami bebas bergerak. Aku bahagia dan tak langsung memikirkan tanggapan orang lain terhadap kami. Lebih-lebih lagi apabila aku dilayan bagai seorang puteri. Dibawa makan di romantis di tepian pantai, dibelikan pelbagai barangan. Walau pun aku tidak minta, Uncle K yang beria-ia membelikan itu dan ini untukku. Bahkan untuk ibu dan ayahku juga dibelikan cenderahati.
Malam terakhir di Bali, Uncle K mengadu sakit badan. Maklum sajalah seharian kami berjalan sebelum akan pulang ke Malaysia keesokan harinya. Lewat malam, uncle K menghantar whatsApp meminta aku ke biliknya. Dia minta aku ke biliknya. Tanpa syak apa-apa, aku turutkan kehendaknya.
Jangan salah sangka, kami tak melakukan apa-apa. Uncle K hanya meluahkan perasaannya padaku ketika itu dan ingin mengambilku sebagai isteri. Dia sendiri rasa tak percaya dia boleh jatuh cinta dengan gadis sebaya anak gadisnya tapi itu yang terjadi. Aku? Rasa gembira, bingung dan risau. Namun aku gembira. Ternyata aku tak bertepuk sebelah tangan.
Hati Tekad Menyayangi
Pulang ke Malaysia, hubungan aku dan Uncle K berjalan seperti biasa dan masih tak dapat dihidu oleh sesiapa pun kecuali driver peribadinya. Berkali-kali dia mengajakku berkahwin namun aku menolak kerana tidak sanggup hidup bermadu. Hendak menyuruh Uncle K menceraikan isterinya, mustahil bukan. Zalim sangat rasanya jika aku buat begitu kepada wanita lain. Namun, perasaan sayangku semakin membuak-buak padanya.
Aku juga takut hendak berterus terang dengan keluargaku. Tentu mereka tak merestuinya. Jangan tanya sampai bila hubungan ini akan berterusan. Yang aku tahu, aku sangat mencintai lelaki itu! Aku dah angau cinta padanya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada pasangan suami isteri yang berbelas malah puluhan tahun menanti kehadiran cahaya mata. Namun, rezeki anak itu Allah masih belum kurniakan. Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ini banyak tangani kes-kes ikhtiar hamil suami isteri yang mahukan cahaya mata.
Macam-macam juga cerita yang ditemui sepanjang merawat pasangan yang dalam ikhtiar untuk hamil. Mendepati ujian Ilahi untuk memperoleh cahaya mata inilah, pasangan suami isteri tak boleh berhenti dari ikhtiar. Jangan mengalah, teruslah berusaha dan berdoa.
Ini petua yang dikongsikan Ustaz Mujahidin untuk mereka yang hendak ikhtiar hamil. Ada dua cara yang boleh diikut.
Ikhtiar Hamil Cara Pertama
Amalkan zikir ini sebelum suami isteri hendak bersama.
Suami
√ Perbanyakkan zikir Ya Mutakabbir. Baca sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus.
√ Selepas zikir mohon doa pada Allah agar dipermudahkan apa yang dihajati. Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat.
Isteri
√ Perbanyakkan zikir Ya Matiin sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus.
√ Selepas zikir mohon doa pada Allah agar dipermudahkan apa yang dihajati. Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat.
Cara Kedua Untuk Mengandung
√ Sebelum tidur ambil segelas air suam letakkan secubit garam halus ke dalam air tersebut.
√ Baca Surah Al Fatihah – 7x
√ Al ikhlas – 7x
√ Dan Sambung doa Nabi Zakaria ini :
“Rabbi la Tadzarni Fardaw Wa anta Khairul waritsin”
Maksudnya
“Ya Tuhanku, Janganlah Engkau biar aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik.”
(Qs .Al-Anbiya (21):89)
√ Amalkan minum air suam yang suami isteri buat ini sebelum tidur dan selepas tidur.
InshaaAllah jika izin Allah sekiranya lambat dapat zuriat Allah akan permudahkan. Semua atas izin Allah. Kita ikhtiar, yang memberi semua dari Allah.
Buat mana-mana isteri yang sedang dalam ikhtiar untuk hamil meminum air rebusan buah zuriat pun antara petua yang disarankan. Bagaimanapun, buah itu sendiri kulitnya keras dan begitu susah hendak dibelah.
Sebab itulah, ada cara-caranya bagaimana untuk pasangan suami isteri yang mahu memulakan usaha ikhtiar hamil dengan amalkan minum air rebusan buah ini. Puan Sarah Faizaah Bt Mohd Yusof(Kak Sarah) berkongsi panduan tip menghasilkan air rebusan buah zuriat.
“Buah Zuriat ini sebenarnya dari Tanah Arab. Kat sana dikenali dengan nama buah Doom. Di Malaysia saja kita panggil dia Buah Zuriat.”
5 Tip Hasilkan Air Rebusan Buah Zuriat
1. Belah Buah Zuriat
Belah buah zuriat (rujuk pada video cara-caranya) dan keluarkan isi dalamnya. Mindset kena POSITIVE! Buah ni memang keras, tapi bila kita setkan mind kita yang buah ni senang untuk dibelah, in shaa Allah mudah untuk kita belah.
“Orang Arab kata, betapa susahnya belah buah ini, begitulah payahnya ikhtiar kita untuk mendapatkan zuriat. Jadi teruskan ikhtiar dan jangan putus asa”
2. Rebus Isi Sahaja Sebab..
Ambil isi buah (yang warna putih) dan rebus sehingga air bertukar warna seakan-akan warna teh. Cara kak Sarah, hanya rebus isi sahaja, tak perlu sekali dengan kulit sebab ada yang perut sensitif dan akan cirit-birit. So, ambil isinya sahaja ya.
Cara minum air rebusan buah zuriat
1 cawan pagi
1 cawan malam
* minum bersama suami dan isteri
Macam mana rasa airnya..
Air rebusan buah zuriat ini rasanya seakan-akan payau. Ada sesetengah orang tak tahan dengan rasa airnya. Saranan Kak Sarah, campurkanlah dengan pati delima atau pati kurma. Boleh juga kedua-duanya.
Ini kerana, campuran ini tadi akan hasilkan rasa manis-manis kurma dan masam-masam delima. Taklah rasa tak sedap dekat tekak. Pati kurma ini pun bagus untuk meningkatkan tenaga. Macam sekarang Kak Sarah sedang breastfeed baby, jadi pati delima tu pekatkan susu badan.
Untuk isteri : Masa haid boleh stop minum dulu ya. Sambung minum semula selepas habis haid tapi kalau haid tak lawas atau sangkut-sangkut, boleh teruskan minum sehingga period lancar.
3. Boleh Ulang Rebus, Tukar Bila Warna Dah Jernih
Suami Isteri boleh buat stok air rebusan buah ni dalam fridge supaya air kekal fresh. Buah zuriat ini boleh diulang rebus selagi airnya masih kekal warna teh. Jika air bertukar warna jernih, bolehlah tukar dengan buah yang baru.
Ini contohnya :
Nak buat stok untuk 3 hari
So 1 hari = 4 cawan ( pagi dan malam / suami dan isteri )
3 hari x 4 cawan = 12 cawan
Letak dalam 12 cawan dan rebus air tu untuk stok 3 hari
Nota : Lebihkan sikit air sebab bila rebus, kuantiti air akan berkurang.
4. Amalkan Sampai 44 Hari Atau Sehingga Mengandung
Disarankan minum setiap hari sehingga 44 hari atau sehingga hamil. Jangan ikhtiar separuh jalan ya.
Surah Ali Imran ayat 38
Surah Ali Imran ayat 200
5. Baca Selawat Dan Amal Surah Ini
Sebelum minum bersama suami dan isteri, niat dengan sejelas-jelasnya untuk ikhtiar hamil tahun ini. Contohnya, “Ya Allah, aku ikhtiar minum air buah zuriat ini untuk aku hamil tahun ini tahun 2018. Amin.”
Kemudian, bacalah Bismillah, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan diikuti surah Ali Imran, ayat 38 dan 200.
Khasiat Buah Zuriat
Ikhtiar mendapatkan zuriat bagi pasangan yang telah lama berkahwin dan tidak mempunyai zuriat, insyaallah dengan izinNya jika meminum dan mengamalkannya. Allah SWT akan mudahkan.
√ Meningkatkan kesuburan seseorang
√ Menguatkan rahim
√ Merawat masalah keputihan
√ Melancarkan peredaran darah
√ Meningkatkan kualiti sperma
√ Melawaskan keluarnya darah haid
√ Haid teratur – Merawat tiub tersumbat
√ Mengandungi elemen zat besi yang tinggi mempunyai kadar antioksidan yang tinggi dan ianya mungkin menjadi penyebab dalam menyumbang kesuburan seseorang.
Bila dah namanya perempuan, air jamu itu memang jadi kawan. Kalau tak amal tak salah tetapi kalau rajin buat anda akan dapat rasa kelainan pada tubuh badan. Untuk resepi lengkap boleh rujuk bahan-bahan dan cara buat yang dikongsikan Puan Mira Baharin ini…
Resepi ni kakyaa dapat dan belajar KHAS dengan Bidan Indonesia. Dan wajib sebulan sekali kakyaa buat air jamu ni sekian dari air jamu yang lain. Kakyaa ni kan, dengan air jamu memang berpisah tiada tau dok.
Ramai yang tahu rahsia resepi ni sebenarnya. Biasa dengar air jamu asam jer kan.
Bahan rahsia utama ialah Ibu segala jamu adalah KENCUR atau dikenali dalam masyarakat kita sebagai CEKUR.
Di indonesia air jamu ni dah menjadi amalan masyarat diaorang sejak dari remaja. Jangan pelik kenapa orang sana selalu sunti, fit dan awet muda sentiasa. Ini lah rahsianya uollss.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...