Andai anak mak ayah begini, jangan mengeluh! Itu tanda keramat anak rasa selesa dan senang dengan kita.
Memang kadang-kadang naik rimas dengan anak yang asyik melekat dan tak boleh berenggang, malah silap haribulan termarah anak jika tersalah cara.
Namun ketahuilah bila anak terlalu selesa dengan mak ayah, mereka seolah-olah tidak mahu terpisah.
Andai Anak Mak Ayah Begini
Kongsi Mohd Fhais, berikut adalah tanda- tanda anak rasa selesa bila bersama kita
1. Dia suka berkepit Pantang nampak, mesti berlari datang hendak berkepit. Nampak macam manja, sebenarnya dia rasa selesa dan senang bila bersama kita.
2. Tak boleh berenggang Tak boleh hilang sekejap, memang menjerit dia cari kita. Kadang kita salah anggap kata dia penakut tapi sebenarnya bukan begitu.
Ini tandanya kita dan anak ada bonding yang sangat kuat.
3. Dia suka tunjuk kepandaian Sebenarnya dia suka bila kita puji dia, makin kita puji makin dia rasa pandai. Makin cepat otak dia membesar.
Jangan Mengeluh
4. Selalu minta tolong Kadang dia sudah pandai pun, tetap mengada-ngada hendak minta tolong kita. Layankan, orang tengah sayang memang suka buat buat tak pandai.
5. Suka kita peluk Bila kita peluk, tersipu sipu muka dia. Makin suka makin gedik!Anak akan rasa tenang dan tenteram hatinya jika kita pelukdia selalu.
6. Kita jadi tempat mengadu Bila dia rasa tak enak, sakit atau sedih kitalah tempat dia mengadu. Kita ada calm effect pada anak kita.
7. Jadi super berani Orang lain bagi kata semangat tak jadi tapi bila kita beri kata-kata semangat, terus dia jadi berani.
8. Berubah-ubah perangainya Depan orang lain dia baik, bila kita ada saja dia berubah menjadi mengada-ngada. Ada juga yang terbalik, depan kita baik belakang kita nauzubillah.
Terapkan nilai-nilai baik pada anak dan mungkin BELI DI SINI dapat membantu.
9. Suka mengekor mana kita pergi Nak keluar buang sampah pun dia hendak mengekor, tak dapat ikut melalak. Huh! Jadi mungkin dengan cara ini, boleh luang masa bersama untuk lakukan aktiviti atau bermain apa-apa permainan kegemaran anak-anak bersama. BELI DI SINI.
10. Mudah mengikut Cara cakap, cara makan, cara tidur sampaikan ke cara korek hidung dia ikut cara kita. Hahaha… Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan!
Ads
Andai ada semua tanda ini jangan kita mengeluh atau rasa rimas ya, ketahuilah bahawa itu tanda keramat yang anak rasa senang dan selesa dengan kita. Wallahu A’lam.
Mingguan Wanita : Ciptalah momen bahagia bersama anak-anak selagi mereka masih kecil dan perlukan mak, ayah. Bimbang kelak bila mereka makin dewasa, mereka tidak mahu lagi bermanja.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Ads
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Mak ayah mana yang tidak sedih bila anak lelaki berkahwin. Jika semasa bujang, dialah tempat bergantung harap. Kini, tanggungjawabnya berubah kepada isteri dan anak-anak pula. Mahu ada sedikit rasa ralat buat mak ayah, lebih-lebih lagi kalau itu anak mak.
Namun, tak kurang juga mak ayah masih tidak lepaskan bila anak lelaki kahwin. Semua mesti ikut telunjuk mak tanpa hiraukan tentang perasaan menantu. Inolah susahnya, kalau mak ayah masih tidak ‘berharap’ pada menantu uruskan rumahtangga seperti dirinya.
Tak kiralah bila anak lelaki kahwin atau anak perempuan sekali pun, mak ayah kenalah beri peluang untuk anak-anak ini lalui kehidupan rumahtangga mengikut caranya. Jangan sesekali sekat atau mahu anak ikut arahan, seolah-olah anak itu belum berkahwin.
Kesudahannya, bila campurtangan begini, boleh timbul rasa tidak puas hati, bukan pada menantu tapi mak ayah istu sendiri. Kalau dahulu, sebelum kahwin anak lelaki tinggal bersama, jangan pula dipaksa heret menantu tinggal sebumbung. Biarlah mereka hidup rumahtangga caranya tersendiri.
Apa yang dikongsikan oleh Normaliza Mahadi ini, ada betulnya. Baik bila anak lelaki kahwin atau anak perempuan sekalipun, tak perlukan kita sebagai mak ayah menyibuk atur hidup anak dan menantu. Sekadar membantu tidak mengapa tapi jangan keruhkan keadaan.
Anak lelaki yang dah kahwin, biarlah mereka hidup dengan isteri dan anak-anaknya di rumah lain. Biarlah dia kendalikan hidupnya sendiri. Biar dia mengendalikan hidup berumahtangga ikut acuan sendiri.
Jika nak anak rumah dekat boleh tapi masih berlainan rumah, dapur dan bilik air. Jangan paksa anak lelaki duduk di rumah dengan keluarganya untuk menjaga banyak perkara.
Anak lelaki ni dan anak perempuan ke, bila dah kahwin biarkan mereka hidup sendiri. Dah besar dan dDah baligh. Mereka pun dah boleh berfikir. Kita nak bantu, bantu aje dari jauh. Tapi jangan keruhkan keadaan. Jangan ugut anak kalau tak nak dengar cakap mak, akan jadi anak derhaka.
Tinggal Sebumbung
Kalau nak jugak anak duduk sekali dengan menantu, boleh. Tutup telinga. Pejamkan mata. Bisukan suara. Kalau tak boleh buat ni, jangan ajak anak menantu duduk sekali! Elakkan. Sebolehnya, jangan campur urusan mereka.
Dan anak lelaki kan ke pemimpin. Benda besar seperti rumahtangga ni patutnya boleh uruskan. Tak akan benda macam ni pun tak faham. Isteri perlukan privasi dan perlu kendalikan rumahtangga ikut cara dia. Nanti jika mak masuk campur, lagi susah dan serba salah. Jadi beritahu mak dengan baik, yang isteri dan anak mesti duduk rumah sendiri.
Ada banyak isu anak lelaki yang dah jadi suami tetapi masih lagi tak tahu apa yang perlu dan apa yang mahu. Ajak isteri tinggal rumah mak, sedangkan dah tahu mak dan isteri berkonflik. Mak dan isteri tidak sebulu. Tetapi mereka ok jika berjumpa pada waktu tertentu. Kekalkan keadaan itu.
Anak lelaki kena jaga hati mak. Hati isteri pun penting juga. Tak payah duduk tengah. Tapi gunakan kepimpinan untuk membuat keputusan.
Anak perempuan pun sama. Dah kahwin, tinggalkan rumah. Ikut suami. Kalau dari dulu tahu tak nak ikut suami, tak payah kahwin. Tinggal aje dengan mak. Ini lepas kahwin, bila suami ajak pindah tak nak. Ajak pindah ke rumah sendiri bukan rumah kongsi dengan ibu bapa.
Perkahwinan ni adalah satu institusi yang sangat tua. Tapi banyak masalah yang remeh pun masih belum lega.
Nak kahwin ni adalah komitment besar. Sangat besar. Banyak perubahan dan keputusan perlu dilakukan. Bukan setakat akad dan kemudiannya selesai.
Kepada suami dan isteri, matanglah. Perkahwinan ini adalah medan orang lelaki dan perempuan dewasa. Yang perangai macam budak kecik tu hanyalah untuk anak-anak sahaja.
by NM
Mingguan Wanita : Tak semua menantu dan mentua sekepala. Tapi bagi yang memang ‘kamcing’ dengan mentua, bertuahnya anda!
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Hubungan dalam perkahwinan sesuatu yang tak mudah dan takkan pernah sempurna. Memang ada benarnya kita takkan dapat semua yang kita inginkan pada pasangan mahupun dalam perkahwinan.
Hadam betul-betul, bait pesanan yang dikongsikan oleh Kaunselor Puan Normaliza Mahadi ini.
20 tahun saya dalam dunia kaunseling. Saya tak pernah lagi jumpa perkahwinan yang sempurna. Tiada dan tak mungkin ada.
Dalam perkahwinan kita perlu memilih apakah keutamaan kita. Jangan jatuh dalam perangkap syaitan yang mahukan semuanya dalam perkahwinan. Jangan sesekali.
Suami Biasa-Biasa
Ada suami biasa-biasa sahaja mungkin tak dapat nak dibandingkan dengan suaminya duta atau CEO syarikat antarabangsa. Suami biasa-biasa ini pandai mandikan anak. Pandai juga masak dan sentiasa ringan tulang membantu mengemas dalam huru hara mainan anak. Suami ini juga tak kisah berpanas berhujan dalam perjalanan ke tempat kerja. Suami ini tak kisah tolak motor berkilometer untuk mengisi petrol yang habis dalam perjalanan. Suami ini juga betah menjaga anak bila isterinya pulang lewat malam dari kerja yang memerlukan.
Suami Poket Tebal
Ada suami memang tebal poketnya. Apa yang ada dalam pasaraya mampu dibelinya dengan senyum di muka. Tetapi dia tidak betah pulang awal membantu mengemas atau memasak makanan untuk memberi anaknya makan.
Dia juga kekok memandikan anak yang dia sangat sayang. Masanya banyak memikirkan perniagaan atau perusahaan yang dia dipertanggungjawabkan. Namun, dia boleh memberikan semua kesenangan dari pembantu rumah hinggalah supir memandu kenderaan.
Suami Tidak Lagi Bekerja
Ada suami tidak lagi sesuai dalam dunia perkerjaan. Tidak dapat memberikan lagi nafkah untuk keluarga tersayang. Tetapi dia pandai membawa diri sebagai suami yang mengambil alih sebahagian peranan isteri. Mengendalikan rumahtangga selagi nyawa di kandung badan.
Panjatkan Kesyukuran
Begitulah dunia perkahwinan. Kita perlu panjatkan kesyukuran.
Yang mahu suami kaya mungkin akan jadi sombong rupanya. Allah bagi dia suami biasa-biasa.
Yang ada suami kaya mungkin kononnya mahu suami biasa-biasa, agar ada masa bersama. Allah beri suami kaya dengan sedikit masa kerana Allah Maha Mengetahui ujian apa yang sesuai untuknya.
Ada yang mahu suami tetapi Allah belum beri. Juga kerana Allah Maha Mengetahui.
Ada yang tidak mahukan lagi suami yang ada tetapi Allah masih belum izinkan penceraian kerana Allah Maha Mengetahui.
Jadinya kita ini atas apa juga ujian, bersyukur pada yang ada dan teruskan doa supaya Allah berikan ujian bersama kekuatan.
by NM
Ingatlah Allah ini adalah Penguasa Sekalian Alam!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Tak perlu mengharapkan kesempurnaan dalam perkahwinan. Ia takkan pernah ada dan takkan sempurna. Paling penting, banyakkan bersyukur dan perlu tahu apakah keutamaan kita dalam perkahwinan.
Benarlah kata Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy, Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK) MA Early, “kanak-kanak walau dalam masjid sekalipun akan tetap menjadi kanak-kanak. Adalah mustahil untuk dia menjadi seperti orang dewasa.”
Jadi, bagaimana sebagai mak ayah mahu melunaskan misi membawa anak ke masjid dengan tenang dan damai. Tanpa perlu mengherdik anak agar duduk setempat. Dan tanpa perlu menahan hati dari melihat jelingan tajam jemaah lain yang berbaur-baur emosi dalam hati mereka itu.
Kerana inilah sifat kanak-kanak, “Dia bersemangat, dia impalsif, dia perlu bergerak, dia belum boleh mengawal diri. Ruang yang luas dan lapang sangat mengujakan bagi dia.”
“Lapar, letih, mengantuk, panas, sejuk, dan bosan akan membuatkan dia meragam.”
Sebelum Bawa Anak Ke Masjid, Mak Ayah Pastikan..
Jadi mak ayah, apabila membawa kanak-kanak ke masjid, adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk:
1) Menyediakan keperluannya supaya dia tidak lapar dan dahaga.
2) Memastikan keselesaannya supaya dia mempunyai ruang dan tidak kebosanan.
3) Memberi bimbingan kepadanya terlebih dahulu dan dari masa ke semasa supaya dia tahu adab di masjid.
4) Mengajak dan memberi galakan untuk mengikut imam supaya dia dilatih untuk bersolat.
5) Memberi pujian apabila dia berkelakuan elok supaya dia bersemangat untuk terus menjadi baik.
6) Memberi peringatan jika dia tersalah laku supaya dia memperbetulkan kesilapannya.
7) Menegah jika dia keterlaluan supaya dia tahu dia sudah melampaui batas.
Elak Mengherdik, Biar Anak Jadi Biasa Dengan Masjid
ANDAI DIBIARKAN, dia tidak akan tahu bagaimana untuk menghormati masjid dan makmum yang lain.
ANDAI DIHERDIK, dia tidak akan suka untuk datang ke masjid lagi.
Latihlah anak untuk ke masjid dari masa ke semasa supaya dia menjadi biasa. Kebiasaan menjadikan anak lebih tertib dan tenang.
Kanak-kanak akan tetap menjadi kanak-kanak walau di mana sekalipun. Orang dewasa perlu bersikap seperti orang dewasa dalam menguruskan kanak-kanak.
MW: Semoga tip ini membantu memudahkan urusan mak ayah membawa anak-anak ke masjid sepanjang Ramadan ini.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...