Anak yatim dibelasah bapa pelajar, penjaga rumah amal TBQ buat laporan polis. Tindakan tidak berhati perut seorang lelaki gara-gara anaknya dikacau di sekolah, seorang kanak-kanak yatim berusia 7 tahun menjadi mangsa belasah lelaki tersebut.

Insiden ini didedahkan oleh Herman Sudil yang juga pengasas kepada Rumah Perlindungan Kanak-Kanak TBQ Amal di media sosialnya semalam. Malah dirinya turut berkongsi wajah kanak-kanak itu yang menangis dipukul orang dewasa termasuk memaklumkan mempunyai bukti anak ini menangis disepak.

Anak Yatim 7 Tahun Dibelasah Bapa Pelajar

Anak Yatim 7 Tahun Dibelasah Bapa Pelajar, Penjaga Rumah Amal TBQ Buat Laporan Polis

Penjaga Rumah Amal TBQ Buat Laporan Polis

Menyuarakan hal ini di facebooknya, menurut Herman bapa pelajar itu tidak sepatutnya menghukum dengan menyepak anak yatim ini hanya kerana perlakuan kanak-kanak di sekolah.

Ads

“Budak lelaki melasak itu biasa namun menjatuhkan hukuman sebegini (menyepak) adalah perbuatan tak betul sama sekali.Kalau pun kenakalan seorang budak,biar sekolah uruskan bukan disepak sesuka hati kerana kanak-kanak dikacau.

“Berani kau sepak 3 kali sampai terhentak ke tembok #anaktbq yang umur 7 tahun ini sebab dia kacau anak engkau kat sekolah? Apa pun kenakalan budak kat sekolah, biar pihak sekolah yang uruskan. Bukan bapak lebih besar dan fizikal kuat sepak pelajar itu,”katanya yang tak akan menarik balik laporan polis sudah dibuat olehnya berhubung insiden ini.

Dalam pada itu, dirinya turut menjelaskan, sudah meminta semua saksi yang melihat anak jagaan mereka dibelasan agar membuat laporan polis.

Ads

“Bapa pelajar ini siap mengugut kalau anak jagaan TBQ mengacau anaknya lagi. Dia dulu kecik-kecik  tak main gaduh-gaduh atau nakal dengan kawan kelas ke? Normallah budak lelaki macam tu. Report kat pihak sekolah bukan ambil tindakkan macam negara ini tiada undang-undang.

“Bayangkan kalau setiap mak bapak pergi sekolah belasah budak kecik yang kacau anak mereka, macam mana? Cuba anak kau pulak nakal, aku datang sepak 3 kali. Boleh terima?

Ads

“Ini anak yatim yang JKM hantar sebab ada kes. Punya payah TBQ Amal nak kasi dia normal balik jadi macam kanak-kanak biasa sebab kes trauma yang beliau lalui. Tiba-tiba engkau nak pukul budak ni macam tiada orang tua jaga dia?

“Sebab dia datang dari rumah kebajikan engkau ingat boleh belasah macam gitu? Dia takde orang sayang dan jaga? Video budak ni nangis setelah kena sepak ada pada saya. Tu yang tak boleh terima lihat anak kita kena pukul macam gitu. Menitis air mata. Kredit:- FB Herman Sudil.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI