Ini mesej kasih sayang yang cuba disampaikan oleh Pakar Motivasi Dan Kasih Sayang, Ibu Rose. Menjawab persoalan yang berlegar-legar dua tiga hari ini tentang anak-anak yang tak tahu duduk diam.
Macam-macam kes boleh dibaca musim open house raya ini. Yang pecah TV, yang mati ikan, kucing pun sama. Jangan dilabel anak aktif sebegini sebagai anak yang jahat ya netizen. Rupanya kata Ibu Rose, anak-anak aktif ini ada sejenis sifat dipanggil Kinesthetik Learner.
Sedih sungguh hati Ibu bila anak-anak kecil yang suka bergerak tak tahu duduk diam macam ‘Brownian Movement’ tu dituduh dan dichop jahat.
Jangan sekali-kali panggil dia jahat dan tuduh dia bodoh. Ini anak yang aktif BUKAN hyperactive. Hyperactive itu satu kondisi medical. Selalunya anak-anak yang ligat ni, mereka hanya aktif dan perlu banyak bergerak.
Kenapa?
Ha, itu yang Ibu nak tanya anda; pernah tak anda bercakap dengan anak anda, lagi banyak anda bagi informasi lagi banyak badan dia bergerak? Lagi banyak anda bercakap, dia nampak susahnya nak duduk diam. Tak fokus, tak hormat kita nak cakap! Itulah yang ramai ibu bapa dan cikgu yang belum tahu akan hal ini cakap.
Tahu tak kenapa dia kena menggerakkan badannya? Kerana untuk info itu masuk ke otaknya, salurannya adalah badan anak itu yang perlu bergerak. Kalau dia, dia tak dapat nak masukkan info tu ke dalam otak dia. Inilah yang dinamakan Kinesthetik Learner.
Para guru terutama guru tadika; ingat ya sayang, kalau ada anak murid begini, jangan sibuk nak suruh dia duduk diam. Bagi dia bergerak salah satu anggota badan dia semasa anda mengajar ke bercerita ke…baru mudah dia faham.
Anak yang begini.. Tolonglah jangan kata anak tu jahat, nakal, hyperactive, tak pandai kawal diri… label ini semua akan merosakkan imej anak itu pada dirinya.
Bagi Ibu, Ibu sangat bertuah sebab arwah bapa Ibu faham akan hal ini. Mungkin dia tak tahu nama kinesthetic tu, tapi dia faham ada budak tahu tahu duduk diam. Itulah Ibu semasa kecil. Dah dewasa purba ni pun tak tahu duduk diam, ada jer projek yang nak dibuat.
Az-Zahraa cucu sulung Ibu semasa usia dia di bawah 4 tahun, memang ribut. Namun, mamanya dah faham, so, bila dengan Az-Zahraa memang dia akan guna cara kinesthetic ni.
Sekarang ini kami ‘dicabar’ oleh cucu Ibu yang kelima, Miera. Sangat laju bergerak. Sangat determine. Ibu panggil di Rozieta kecik. Ibu share gambar dia di sini.
Apa-apa pun cara anak memasukkan informasi ke dalam dirinya dan Modaliti Pembelajarannya; setiap anak berpotensi tinggi untuk berjaya dunia dan akhirat.
So sayang tenangkan hati ya bila anak-anak tak duduk diam.
PS: Gambar pertama tu gambar Ibu dan kakak, masa tu dalam 3 tahun, lepas tu hampir lemas di Batu feringgi.
Gambar kedua gambar Miera si Rozieta Kecil.
Sumber/Foto : Ibu Rose