Tugas suami paling mencabar sebaik saja isteri melahirkan dan menempuh masa berpantang. Sebabnya, suami pun akan rasa seperti berpantang sama. Ini emosi suami yang baik akan lalui. Masa berpantang, pergerakan isteri amat-amat terhad. Nak berjalan pun perlahan, angkat baby pun lembut saja. Sebabnya urat isteri banyak terputus waktu melahirkan.
Jadi, suamilah yang kena ambil peranan bantu memudahkan urusan isteri. Dari mula bangun tidur, sampailah isteri dan bayinya melelapkan mata. Haa… inilah perkongsian daripada seorang suami bernama Muhammad Faizal Bin Mohd Musa @ Musa atau lebih senang menggelar dirinya Papaglamz.
Beliau kongsikan 5 tip bagaimana menguruskan isteri dan anak ketika mereka berpantang. Dan tip itu, boleh menjadi panduan berguna buat para suami yang bakal menguruskan isteri masing-masing. Kalau Papaglamz yang macho ni pun boleh.. anda lagilah kan..
Tanggungjawab Suami Ketika Isteri Berpantang Selepas Bersalin
Coretan kali ni aku lebih suka nak berkongsi pada korang semua tentang apa yang sepatutnya kita iaitu lelaki atau lebih sesuai aku cakap suami perlu lakukan bila isteri kita ni sedang berpantang. Aku kongsikan apa yang aku lakukan la. Based on experience aku sendiri. Tak la orang kata cakap tak serupa bikin pulak nanti kan?
1. Urusan Uri Bayi
Secara ringkasnya uri atau dalam bahasa sainsnya ialah placenta yang mana ia adalah organ yang terbentuk di dalam rahim semasa kehamilan. Bagi manusia, ianya tebal dan berdiameter lebih kurang 18 cm. Dipenuhi salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat. Plasenta membekalkan zat makanan dan oksigen kepada fetus (bayi di dalam kandungan) dan juga bertindak sebagai kelenjar endokrin. Setelah bayi keluar, plasenta akan dikeluarkan melalui pengecutan rahim.
Orang-orang tua kata uri ni macam kawan bayi dalam perut ibu. Jadi sebagai seorang suami adalah lebih baik untuk kita tahu untuk menguruskan uri anak kita dari membersihkan hinggalah menanamnya.
Step By Step Cuci Uri
(Kredit: Ustaz Wan Asrul Kalantani)
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
1. Limau Nipis
2. Garam
3. Asam Jawa
4. Asam Keping
5. Plastik
6. Kain Putih ( Napkin )
Cara Membasuh
1. Mulakan dengan membaca Bismillah
2. Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan-kesan darah tanpa menggunakan sabun.
3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.
4. Lumurkan uri dengan garam dan basuh sehingga bersih.
5. Basuh uri dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas sehingga bersih.
6. Perahkan limau dan lumurkan. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan.
7. Letakkan di dalam plastik yang mudah reput seperti plastik 7-Eleven atau plastik Tesco dan ikat dengan kemas.
8. Bungkus bersama kain putih dan diikat kemas.
9. Gali tanah sedalam mungkin. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh binatang seperti anjing dan kucing.
10. Jangan diletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin dan sebagainya. Dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat.
Secara jujurnya, membasuh uri tidaklah sukar seperti yang disangka. Lakukan dengan ikhlas dan sepenuh hati kerana uri yang dibasuh itu adalah zuriat kita. Tititpkan doa-doa yang baik agar zuriat kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa.
2. Vitamin Dan Ubat-ubatan Ketika Berpantang
Masa wife aku berpantang memang dari awal kau dah sediakan beberapa vitamin dan ubat-ibatan tak kira secara tradisional ataupun moden. Macam biasa la untuk vitamin aku memilih set vitamin untuk selepas bersalin. Memang dari anak first bini aku makan vitamin dari Shaklee. So far alhamdulillah serasi.
Set bersalin ni banyak manfaatnya. Antaranya dapat menambah susu badan. Memandangkan aku memang menyokong 100% penyusuan susu ibu untuk bayi, jadi seboleh-boleh aku menyediakan kelengkan untuk wife aku buat stok EBM. Bagi die selesa dan memudahkan. Kalau stress-stress nanti susu tak keluar pulak kan.
3. Urusan Rumah Tangga
Memang sudah menjadi kelaziman aku dari anak pertama, bila wife aku bersalin sememangnya tanggungjawab urusan rumah tangga dari segi masak, kemas rumah dan membasuh baju menjadi tanggungjawab aku. Sebab tu kalau wife aku bersalin aku akan amek cuti sampai sebulan lebih. Memang dari awal-awal pregnant dah bagi tau bos awal-awal yang aku akan amek cuit yang lama. Kau bayangkan 7 bulan awal dah mintak cuti, kalau tak approve jugak memang la kan.
4. Uruskan Bayi
Selain dari masak, basuh dan kemas rumah, aku juga menguruskan anak aku. Antaranya mandikan, salin baju dan sebagainya. Kalau anak first, aku mula mandikan anak aku sendiri bila umur dia start 3 hari. Hari first until hair yang ke-3 tu nenek dia yang mandikan. Aku tengok dari tepi sambil belajar gitu. Tapi untuk anak second ni, balik je dari hospital, esoknya aku la yang mandikan anak aku sendiri. Orang kata dah pakar kan?
5. Uruskan Isteri
Selepas selesai semua urusan bayi, baru la aku akan uruskan wife aku. For your info, orang lepas bersalin ni macam-macam kita kena buat tau. Nak mandi kena masakkan air panas. Baju-baju bersih kita kena sediakan dan macam-macam lagi la. Kalau kita sebagai suami tak sediakan semua itu, tak kan ko nak suruh mak kau buatkan. Betul tak? Nak suruh bini ko buat sendiri confirm2 tak larat. Jadi, sebagai suami, ambil la tanggungjawab untuk menguruskan isteri kita yang sedang sakit tu. Insyallah sambil-sambil kita buat tu isteri nampak la betapa kita ni sangat SAYANG kat diorang ni kan.
Haa macam mana? Mudah je kan? Jom amalkan sama-sama.
Sumber/Foto: Fanpage Papaglamz via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI