Sejak semalam panas di media sosial tentang kanak-kanak perempuan, Nur Awfa Humaisha’ Muhammad Ali Riduan berusia 2 tahun maut dalam kereta setelah ditinggalkan selama empat jam dalam kereta di kawasan letak kereta hadapan Kolej Vokasional Port Dickson oleh ibunya.
Namun semuanya berlaku tanpa diduga, ibu berusia 32 tahun ini sendiri menyesal dan meraung selepas melihat anaknya kaku tidak bergerak. Ada netizen yang simpati tetapi ada juga yang menyelit dengan kata-kata berbaur fitnah kepada ibu muda ini.
Allah… kalau sudah ajalnya, siapa kita nak mengata bukan-bukan. Mak-mak ni kalau boleh semua benda dia nak buat, jadi tak pelik kalau diuji macam ni. Hah, sebenarnya anda yang tak puas hati tentang kecuaian seperti ini, boleh selami perkongsian daripada Doktor Taufiq Razif
sendiri.Siapa tak sebak bila baca ibu ni tertinggal anak sendiri dalam kereta hingga si anak meninggal dunia akibat strok haba kan tapi saya tak berani nak kecam ibu ni sebab benda yang sama pun boleh berlaku pada saya dan kita semua sebenarnya.
Kita semua ada 2 jenis sistem memori. Habit Memory dan Prospective Memory. Habit Memory adalah ingatan pada benda yang jadi rutin. Macam yang terjadi pada ibu ni la. Rutin dia pergi naik kereta dan pergi sekolah. Prospective Memory pula adalah ingatan pada benda yang di luar rutin kita. Contohnya yang terjadi pada ibu ni adalah dia bawa anak dia kat dalam kereta tu.
Habit Memory ni lagi kuat daripada Prospective Memory sebab benda tu dah jadi rutin kan. Kalau kena ganggu sikit je Prospective Memory ni akan jadi kacau dan diambil alih oleh Habit Memory.
Tu yang si ibu tu boleh TERLUPA sebab ada distractions! Mungkin disebabkan kerja yang menimbun dan mungkin juga disebabkan kekalutan. Wallahua’lam.
Saya percaya ibu mana tak sayang anak kan. Lebih-lebih lagi anak sendiri tapi itulah, Forgotten Baby Syndrome ni boleh kena kepada sesiapa sahaja walaupun si ibu ataupun bapa tu adalah parent yang paling penyayang kat atas dunia sekalipun! Malahan ada beratus-ratus kes yang sama juga berlaku di seluruh dunia.
Apa pun, untuk elakkan benda camni kita boleh jadikan beberapa perkara ni jadi HABIT kita :
+ Periksa tempat duduk belakang sebelum keluar kereta
+ Letak kasut pejabat di bahagian belakang supaya setiap kali sampai ke tempat kerja kita akan toleh ke belakang dulu
+ Jadikan rutin untuk periksa tempat duduk belakang sebelum kunci kereta
+ letak mainan yang berbunyi kalau bawa bayi supaya kita alert ada bayi di belakang sana
Tolong ajarkan ilmu ni kat pasangan dan mak ayah yang belum tahu ye