Anak tidak sah taraf alami pelbagai impak emosi dan psikologi terutama selepas mengetahui tentang status diri mereka. Anak tidak sah taraf, atau anak yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan, sering menghadapi pelbagai cabaran psikologi yang boleh memberi impak jangka panjang terhadap perkembangan emosi dan sosial mereka.
Memetik artikel dari Sinar Harian, Pegawai Psikologi Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Norezzati Md Hanafiah berkata, kesan itu bergantung kepada pengalaman individu, dinamik keluarga dan sistem sokongan di sekeliling mereka.
Menurutnya, anak tidak sah taraf mungkin bergelut dengan krisis identiti dan mereka berisiko mengalami kesukaran memahami perasaan sendiri di samping mengadaptasinya dengan norma dan tanggapan masyarakat.
“Ada ketika, mereka dibelenggu dengan perasaan malu atau keliru tentang latar belakang keluarga. Selain itu, stigma yang dikaitkan dengan tidak sah taraf memberi kesan kepada rasa yakin dan harga diri. Mereka turut berasakan diri tidak diterima atau dihakimi akibat dibelenggu dengan tanggapan masyarakat.
“Situasi sebegini secara tidak langsung menyebabkan anak tersebut berasa tidak layak berada dalam masyarakat atau kurang rasa dihargai berbanding rakan-rakan lain,” katanya.
Sebelum ini pelakon dan pengacara, Myra Natasya mendedahkan bahawa dia sebenarnya merupakan anak luar nikah kepada personaliti radio popular, Halim Othman.
Mengulas lanjut, Norezzati berkata, ramai anak tidak sah taraf lebih memilih untuk merahsiakan kebenaran daripada diketahui umum.
“Kesan daripada itu, anak tersebut akan berlawan dengan diri sendiri sekali gus mengalami tekanan, kebimbangan atau kemurungan. Lebih memburukkan lagi apabila mereka berasa malu atau rendah diri seterusnya menjadi penghalang integrasi sosial.
“Dalam bidang pendidikan dan kerjaya pula, mereka mungkin menghadapi halangan disebabkan tanggapan serong tersebut. Kesan jangka panjang, mereka bergelut untuk mengakses sumber atau peluang yang tersedia,” katanya.
Jelas beliau, walaupun anak tidak sah taraf diasak dengan cabaran yang mendatang, jika dilihat daripada satu sudut berbeza, perkara itu memberikan ruang kepada mereka untuk membina daya tahan yang lebih bagus bagi menghadapi alam dewasa.
Ujarnya, dengan sokongan dan sumber yang betul, mereka boleh mengatasi kesukaran dan berkembang maju walaupun dibelenggu oleh stigma serta tanggapan serong masyarakat.
Kesan Psikologi pada Anak Tak Sah Taraf
Berikut adalah beberapa kesan psikologi yang biasa dialami oleh anak tak sah taraf:
1. Rasa Rendah Diri dan Tidak Berharga
Ads
Anak tak sah taraf mungkin mengalami rasa rendah diri dan tidak berharga kerana stigma sosial yang dikaitkan dengan status kelahiran mereka. Mereka mungkin merasakan diri mereka tidak setanding dengan rakan sebaya yang lahir dalam ikatan perkahwinan yang sah.
2. Masalah Identiti
Masalah identiti adalah isu utama yang sering dihadapi oleh anak tak sah taraf. Mereka mungkin keliru mengenai identiti mereka, terutama jika mereka tidak mengetahui atau tidak rapat dengan bapa kandung mereka. Ketidakpastian mengenai asal-usul boleh menimbulkan kebimbangan dan rasa tidak stabil dalam pembentukan identiti diri.
3. Isu Emosi dan Kelakuan
Anak tak sah taraf mungkin lebih terdedah kepada masalah emosi seperti kemurungan dan kebimbangan. Mereka juga mungkin menunjukkan kelakuan yang bermasalah seperti pemberontakan, kesukaran dalam mengawal emosi, dan masalah disiplin di sekolah. Ini adalah akibat daripada tekanan emosi yang mereka alami.
4. Ketidakstabilan Sosial
Anak tak sah taraf mungkin menghadapi kesukaran dalam membina hubungan sosial yang sihat. Mereka mungkin merasa sukar untuk mempercayai orang lain dan membina hubungan yang akrab. Rasa malu atau takut diejek oleh rakan sebaya juga boleh menghalang mereka daripada bergaul dengan bebas.
5. Cabaran dalam Pendidikan
Prestasi akademik anak tak sah taraf mungkin terjejas akibat daripada masalah emosi dan kelakuan yang mereka alami. Kurangnya sokongan emosi dan sosial boleh menyebabkan mereka kurang bermotivasi dan berprestasi rendah di sekolah.
Ads
6. Stigma Sosial
Stigma sosial terhadap anak tak sah taraf masih wujud dalam masyarakat kita. Mereka mungkin menghadapi diskriminasi dan ejekan daripada rakan sebaya dan juga masyarakat. Stigma ini boleh menyebabkan mereka merasa terasing dan tidak diterima dalam komuniti.
Langkah Membantu Anak Tak Sah Taraf
1. Sokongan Emosi
Penting untuk anak tak sah taraf mendapat sokongan emosi yang kukuh dari keluarga dan rakan-rakan. Keluarga terdekat perlu memberikan kasih sayang, perhatian, dan memahami perasaan mereka.
2. Pendidikan dan Kesedaran
Meningkatkan kesedaran dalam masyarakat mengenai hak-hak dan kebajikan anak tak sah taraf adalah penting untuk mengurangkan stigma dan diskriminasi. Pendidikan kepada ibu bapa dan guru mengenai cara mengendalikan isu ini juga boleh membantu.
3. Kaunseling dan Terapi
Ads
Menyediakan akses kepada kaunseling dan terapi boleh membantu anak tak sah taraf menangani isu emosi dan psikologi mereka. Terapi individu atau kumpulan boleh memberikan ruang untuk mereka meluahkan perasaan dan mendapatkan sokongan.
4. Pembangunan Diri
Membantu anak tak sah taraf untuk membina keyakinan diri melalui aktiviti pembangunan diri seperti sukan, seni, dan kemahiran hidup boleh memberikan mereka rasa pencapaian dan meningkatkan harga diri.
Anak tak sah taraf memerlukan perhatian dan sokongan yang khusus untuk memastikan mereka dapat berkembang dengan baik dan menjadi individu yang sihat dari segi emosi dan sosial. Masyarakat perlu memainkan peranan dalam menyediakan persekitaran yang positif dan inklusif untuk mereka.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pemilik nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff menyampaikan perkhabaran gembira tersebut dan turut bersyukur anak keduanya lahir pada angka cantik.
“Syukur alhamdulillah. Saya secara rasminya adalah ibu kepada dua anak,” tulisnya dan meletakkan angka cantik tarikh kelahiran putera tersayang iaitu 22.2.22 pada Tweet yang dilayangkan.
Terima Kasih Pada Suami
Malah penyanyi itu juga berterima kasih kepada suaminya, Adam Azriff kerana memberi sokongan padu dalam melahirkan anak kedua mereka.
“Kami berjaya! Alhamdulillah syukur. Terima kasih kerana menjadikan sistem sokongan, penghibur, pemberi motivasi dan doktor separuh masa terbaik sepanjang perjalanan ini.
“Saya tak tahu apa jadi tanpa awak. Saya cintakan awak bapa kepada dua anak,” luahnya lagi.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 ini juga telah dikurniakan cahaya mata lelaki, Aslan yang mencecah usia dua tahun.
“Terima Kasih Kepada Semua Yang Mendoakan”
Suami kepada Kaka, Adam juga turut terharu apabila isteri dan anak keduanya selamat. Malah turut menyatakan isteri dan anak masing-masing dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang mendoakan,” katanya.
Ira Kazar dipanggil JAWI, Puteri Sarah lega, begitlah luahan pelakon Puteri Sarah apabila wanita dikenali Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami Syamsul Yusof sudah dipanggil untuk memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) baru-baru ini.
Puteri Sarah yang ditemubual sewaktu bersua wajah dengannya di majlis sidang media teater Maduku Terpaling Kalut turut menerangkan, menerusi aduan yang sudah dibuatnya di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah sebelum ini, siasatan ke atas wanita terbabit kini giat dijalankan oleh pihak berkaitan dan semoga semuanya lancar.
Sebelum ini Puteri Sarah mendedahkan sejak tahun 2019, wanita bernama Ira Kazar telah menggangunya dengan fake akaun dan komen-komen menyakitkan hati.
Kesabaran yang dipertahankan Puteri Sarah akhirnya meletus jua bila mana Ira mula menyentuh tentang anak-anaknya.
Terbaru Puteri Sarah juga memaklumkan mahkamah telah mengeluarkan arahan injuksi yang melarang Ira mendekati dia dan seluruh ahli keluarganya.
Malah Puteri Sarah juga meluahkan berasa lega sekarang hidupnya lebih aman.
Menurut laporan akhbar pula pada 20 Ogos lalu Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga.
“Apa yang saya boleh beritahu, memang dia (Ira) sudah pun dipanggil dan tampil memberikan keterangan (kepada pihak JAWI). Sekarang, pegawai penyiasat sedang menjalankan siasatan selanjutnya.
“Walaupun siasatan dilakukan mengambil masa, tapi saya lega kerana ia terus berjalan. Insya-Allah selepas selesai siasatan itu, saya akan bertindak ke peringkat seterusnya,” kata Puteri Sarah.
2 Aduan Dibuat Di Mahkamah Syariah & Di Mahkamah Sivil
Tambah Puteri Sarah lagi, terdapat dua aduan sudah dibuatnya iaitu satu di Mahkamah Syariah untuk dakwaan orang ketiga, manakala di Mahkamah Sivil pula bagi dakwaan melakukan gangguan.
“Apapun, saya berasa amat lega kerana segala usaha yang dilakukan ini adalah bagi melindungi keluarga dan anak-anaknya saya. Harapan dan doa saya agar kemenangan akan berpihak kepada saya.
“Semua yang saya perjuangkan ini untuk diri sendiri dan anak-anak. Ia memang satu proses yang panjang, tetapi setidak-tidaknya Alhamdulillah, ada menunjukkan perkembangan.
“Saya juga tidak kisah menunggu lama, asalkan ada pergerakan tentang siasatan dilakukan ini. Bagaimanapun, syukurlah nampaknya usaha keras yang saya lakukan terus berjalan,” sambungnya.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
ROAD TO SILVER BUTTON YOUTUBE MINGGUAN WANITA
Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal Mingguan Wanita terus setia bersama kami di YouTube Mingguan Wanita. Hampir 700 video menarik untuk anda tonton. Segalanya tentang dunia wanita dan keluarga. Klik https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
dan Subscribe kami di YOUTUBE MINGGUAN WANITA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon dan model Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini sedang hamil anak sulung dan menunggu hari. Semakin berseri-seri wajah Mawar ini.
Sebaik disahkan hamil, Mawar pernah berkongsi yang dia terpaksa hentikan seketika kerjaya lakonannya, sebab nak beri tumpuan pada kandungannya ini.
Rupanya dalam tempoh tidak berlakon itu, Mawar fokus dalami kelas mengaji Al-Quran.
Mawar belajar mengaji dengan Ustazah Nadirah Mohd Amin. “Dia sama umur Mawar, and dia pun tengah pregnant sama bulan dengan Mawar.”
“Sepanjang pregnant ini, Nad ni la jadi guru mengaji Mawar. Lepas belajar iqra, we all sama-sama baca Al-Quran untuk baby we all.”
Dah Niat Lama Nak Belajar Balik Mengaji
“Memang niat Mawar sebelum pregnant lagi nak belajar balik untuk mengaji dengan lancar, agar Mawar lebih dekat dengan Al-Quran.”
“Tapi Mawar tak sempat lagi menguruskan masa Mawar atas urusan kerja yang terlalu padat. Jadi Mawar ambil kesempatan time preggy ni, untuk mulakan kelas mengaji yang telah lama ada dalam niat hati Mawar ni.”
“Insyaa’Allah akan mantain kelas mengaji atau kelas apa-apa demi menambahkan ilmu pengetahuan agama sampai bila-bila pun tak apa.”
“Itulah hajatnya la, kita perlu dream big kan?”
Momen indah, Mawar raikan hari graduasinya bersama suami tercinta, Raf.
Biar Jujur, Daripada Menipu Diri Dan Orang Lain
Terangnya lagi, sebelum ini dia memang boleh membaca Al-Quran. “Jangan salah faham ya.. tapi tak berapa lancar.”
“Mawar tak malu untuk share sebab Mawar sedar ini kekurangan Mawar. Buat apa kalau kita nak bangga dengan benda yang kita tak pandai atau tak ada kan?”
“Biar hati ini jujur daripada kita menipu diri sendiri dan orang lain.”
Akui Mawar lagi, goals nya adalah mahu belajar sampai dapat baca Al-Quran dengan lancar, dan dapat menghayati ayat-ayat yang dibaca.
“Insyaa’Allah and Mawar share ni agar dapat memberi semangat kat orang luar sana yang kita tak pernah lambat untuk memulakan sesuatu yang baik.”
“Mawar doakan agar kita semua sentiasa istiqomah (berterusan) hingga ke akhir hayat.” kongsi Mawar yang mengenakan dress cantik dari psychedelicstore di instagramnya.
Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017. Dan perkahwinan terdahulu Raf, dikurniakan anak-anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
MW : Sebenarnya bagus sungguh ibu hamil yang mengaji Al Quran sepanjang mengandung ini. Bukan saja manfaatnya pada ibu, malah bayi dalam kandungan pun terima kebaikannya.