Anak Tertumpahkan Pengilat Kuku, Tomok Bayar RM5,593! “Ujian Nak Raya Agaknya. Insyaallah Ada Rezeki Lain”

Share

Anak tertumpahkan pengilat kuku, Tomok bayar RM5,593! Ujian bulan Ramadan buat Tomok apabila dia terpaksa membayar sebanyak RM5,593! Sebagai ganti rugi.

Semalam menerusi perkongsian di akaun Instagram, penyanyi Tomok memberitahu anaknya tertumpahkan pengilat kuku ke atas empat helai seluar yang setiap satunya berharga RM1,299 dan baju berharga RM899 dan RM499.

Anak Tertumpahkan Pengilat Kuku, Tomok Bayar RM5,593!

Walau berdepan situasi tegang namun penyanyi itu kelihatan tenang saja. Tomok ketika itu berada di butik pakaian berjenama dan memaklumkan anaknya secara tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di butik itu.

Dek kerana itu pengurusan butik berkenaan tidak membenarkan Tomok keluar dari premis selagi Tomok tidak membuat pembayaran ganti rugi terhadap pakaian yang sudah rosak.

“Saya tak boleh buat apa. Saya tak boleh keluar dari kedai ini. Tak mengapa, saya akan bayar dan selepas ditolak diskaun, jumlahnya adalah RM5,593,”

Mohon Orang Ramai Berminat Untuk Membeli

Ketika kejadian Tomok menerangkan mereka sekeluarga ke butik itu untuk membeli seluar. Dan Malah Tomok juga menyatakan jika ada yang berminat membeli pakaian itu boleh mesej kepadanya.

“Tapi saya tak jual dengan harga asal.

“ Pengilat kuku hanya terkena sikit saja, tapi saya faham ini peraturan dan saya perlu bayar ganti rugi.

“Saya mengaku ini silap saya.

“Ujian nak raya agaknya. InsyaAllah ada rezeki lain untuk saya,” katanya.

“Bertabahlah Ya. Kesian Pun Ada” Komen Warganet

Menerusi ruangan komen ramai yang simpati dengan nasib yang dialami Tomok.

Baca Disini : Tomok & Isteri Dedah 7 Tips Didik Anak-Anak

Sumber /   Sumber Foto : Instagram Tomok

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?

Published by
Norhayati Suboh