
Isi Kandungan
TogglePernah tak ibu bapa terfikir apa yang hendak dibuat jika tiba-tiba anak tercekik?
Tercekik adalah satu keadaan di mana saluran pernafasan tersekat atau tertutup disebabkan oleh sesuatu objek. Ini menyebabkan bekalan oksigen terhalang ke paru-paru dan seterusnya ke otak.
Masalah tercekik boleh berlaku kepada semua peringkat umur. Kejadian tercekik sering berlaku pada kanak-kanak dan ia merupakan salah satu penyebab kematian di kalangan kanak-kanak
Jangan panik!
Ikuti perkongsian Doktor Telinga, Hidung & Tekak, Dr. Ezairy M. Sallih berkaitan langkah-langkah yang patut dilakukan jika anak tercekik secara tiba-tiba.
Sedang anda menonton televisyen, anak anda tiba-tiba saja terbatuk-batuk. Beliau dilihat sedang termengah-mengah. Susah nak bernafas.
Apakah langkah anda pada saat itu?
Ingat, anak anda mungkin sedang tercekik. Beliau sedang bertarung dengan nyawa!
Pastikan Anda Lakukan Langkah Ini Untuk BAYI Anda:
- Minta bantuan kecemasan
- Tiarapkan bayi di atas lengan.Letakkan kepala sedikit di bawah. Tepuk belakang dada di antara tulang belikat sebanyak lima kali
- Letakkan bayi menelentang. Periksa mulut bayi. Keluarkan benda asing jika kelihatan
- Jika keadaan masih sama, letak dua jari di tengah-tengah dada. Lakukan tekanan sebanyak lima kali.

Untuk KANAK-KANAK BERUSIA LEBIH SETAHUN, sekiranya gagal setelah melakukan tepukan lima kali di belakang, lakukan tekanan di bawah diafragm ‘Heimlich Manouvre’.
Cara melakukan Heimlich Manouvre:
- Berdiri di belakang mangsa.
- Letak kedua-dua tangan di pinggang mangsa dan tekan abdomen ke arah dalam dan atas.
- Keluarkan benda asing jika kelihatan.
Jangan Buang Masa!
Jika anak anda tiba-tiba tidak sedarkan diri. Jangan buang masa. Lakukan CPR. Hubungi ambulans!
Saya tahu jika situasi ini berlaku kepada anda. Situasi panik boleh menguasai diri. Sebab tu amat penting untuk menguasai ilmu asas ini.
Semoga ilmu ni berguna untuk anda. Jangan lupa kongsi kepada pasangan anda dan juga orang yang anda sayang.

Jemput Like dan Follow Facebook page saya ni supaya anda tak terlepas nota-nota kesihatan daripada saya.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Telinga, Hidung & Tekak
(Ear, Nose & Throat, ENT)
Sumber: Facebook Dr. Ezairy M.Sallih
Baca ini juga: jangan-pandang-ringan-jika-anak-sukar-buang-air-besar-cari-puncanya
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Atu Dedah Hidup Suami Susah Sejak Kecil, Kagumi Cita-Cita, Rajin Berusaha & Tak Gemar Bermewah

Isi Kandungan
ToggleIsteri Atu dedah hidup suami susah sejak kecil malah Shafeeqa Johari juga berasa beruntung dipertemukan jodoh dengan seorang yang cukup rajin berusaha untuk meningkatkan taraf hidup.
Malah menerusi hantaran sebuah perkongsian di akaun Instagramnya, Syafeeqa juga sangat kagumi cita-cita suaminya yang juga seorang anak nelayan.
Sentiasa menjadi pendengar setia suami, setiap apa yang diceritakan bagi Syafeeqa merupakan cita-cita Atu.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga banyak belajar dari suami yang lima tahun lebih muda darinya.
Isteri Atu Dedah Hidup Suami Susah Sejak Kecil
“Insyaallah, saya happy jika suami saya happy. Dia bukan orang senang tapi dia berusaha untuk kehidupan. Banyak yang saya belajar dari Atu walaupun dia 5 tahun lebih muda dari saya.
“Saya kan, suka dengar apa yang suami saya cerita. Setiap apa yang dia ceritakan itu adalah cita-cita dia.
“Tak pernahlah dia cakap teringin nak pakai kereta mewah itu, baju branded ini, kasut mahal itu ini.
“Kadang-kadang apa yang dia pakai mahal tu saya yang belikan dia untuk dia kerja. Tak adalah mahal sampai tak masuk akal tapi reward untuk dia yang penat bekerja.
“Cita-cita anak nelayan, arwah bapa dia gaji awal bulan 150, akhir bulan 15. Kadang-kadang minta advance dengan bos, beras untuk 7 orang anak. Ikan kadang-kadang Atu pergi jual dari rumah ke rumah.
Berbeza Dengan Hidup Isteri
“Berbeza sangat hidup dia dan life saya. Bukan mereka tak pandai, tapi peluang tu tak ada. Nak sambung belajar kan banyak pakai duit. Dia lepas SPM terus nak bekerja.
“Berbeza dengan saya, habis spm ayah suruh ambil kursus perakaunan. Lesen kereta motor saya ada sejak umur sy 17 lagi. Atu tak, semua dia usaha sendiri. Kadang-kadang kagum dengan dia.
Tak Terjangka Rezeki Dalam Bidang Seni
“Dia nak capai tahap tak nak terkesan dengan makluk tu susah sangat. Tapi macam mana dia boleh sabar, apa orang nak cakap tu cakap lah. Dia akan usaha untuk cita-cita dia. Jadi artis bukan cita-cita Atu ya.
“Dia pun tak terjangka yang rezeki nya di pentas seni, tapi cita-cita dia untuk mendalami ilmu Islam itu memang dari saya bercinta lagi dengan dia. Jadi saya tunjuk lah apa yang saya tahu,” kongsi Shafeeqa.
Jangan Jadikan Hutang Satu Keperluan, Biar Hidup Tak Mewah Asal Zero Hutang, Berpadalah!
Kata-Kata Ibarat Satu Doa, Masa Kerja Cat Jalan Hairul Impikan Nak Beli Kereta Sport!

Suami Gigih Belajar Mengaji
Malah sikap suami yang sentiasa berusaha dalam setiap aspek juga menjadikan Syafeeqa kagum. Malah Syafeeqa juga yang mengajar suaminya mengaji dan mengenal huruf aliff Ba Ta.
“Ya!!! Saya lah yang ajar dia alif, ba, ta, sampai satu tahap saya minta dia berguru dengan ustaz yang betul-betul. Sebab saya isteri, nak betulkan suami tentang sebutan tu saya sendiri segan.
“Baik berguru kannnnn, kang nanti saya mengajar pegang rotan. Sekarang? Duk pulun ajar sumayyah pula lah… lagi payah rupanya ajar anak ni.
“Insyaallah, saya happy jika suami saya happy, dia bukan org senang tapi dia berusaha untuk kehidupan. Banyak yang saya belajar dari Atu walaupun dia 5 tahun lebih muda dari saya,” luah Syafeeqa.
Mingguan Wanita : Allahu bagusnya Syafeeqa begitu memahami suaminya. Betul tu sebagai suami dan isteri kita perlu mencari jalan untuk memastikan keharmonian rumah tangga. Bersamalah kita mengimbangi kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Sumber / Sumber Foto: Instagram Syafeeqa Johari
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bawalah Anak Ke Playground Sekerap Mungkin, Disitu Banyak Rangsangan Deria Untuk Perkembangan Mereka

Isi Kandungan
ToggleMak ayah selalulah bawa anak-anak ke ‘playground’, tak kira lah indoor atau outdoor kerana sebenarnya disitu, banyak rangsangan deria utama untuk perkembangan mereka. Jangan biarkan anak-anak ‘hanyut’ dalam dunia sendiri bermain gajet, rajin-rajinlah bawa mereka ke playgound untuk menggunakan segala rangsangan deria serta mengeluarkan peluh.
Saranan ini merupakan perkongsian oleh Puan Liyana Raya yang merupakan seorang Occupational Therapist sebagai rujukan mak ayah semua.
Berikut antara perkongsian beliau;
Bawalah anak ke playground sekerap yang mungkin, kerana di situlah terdapatnya banyak rangsangan untuk deria yang utama dalam perkembangan anak-anak. Malah kita sendiri pun… semasa kecil membesar di playground. Boleh ingat lagi tak,almost everyday kan kita main dekat playground?
“Di playground la otot dan sendi kita dirangsang.
Sebab itu kita jadi kuat.
Kita boleh menulis dengan baik sebab ‘core muscles’ of the chest,back and shoulders mendapat ketahanan yang tinggi sekaligus membantu kita untuk menahan otot ini daripada mengganggu fungsi jari jemari kita ketika menulis.”
Anak-anak zaman sekarang apabila menulis dan menggunting, kebanyakan mereka tidak tahu nak gunakan otot mana nak menulis dan pegang gunting. Makanya kebanyakan dari mereka suka mengangkat sekali bahu dan siku ketika membuat aktiviti penulisan dan guntingan. Sebab itulah menulis bukan hanya pen & kertas semata-mata!
Kenapa jadi macam ni?
Kurang rangsangan terhadap otot dan sendi.
Playground juga turut membantu kita menyeimbangkan badan kerana ianya merangsang deria keseimbangan badan (vestibular) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita.
Kanak-kanak perlu bergerak.
Kita dulu memang boleh duduk diam eh?
Dah kenapa zaman sekarang ni kita nak anak-anak duduk diam?
No point bagi anak duduk diam.
Sebab kalau anak duduk diam,ianya tidak merangsang langsung deria keseimbangan badan ni.
Disebabkan kita nak anak duduk diam,hasilnya kita dapati:
- Anak akan sukar fokus.
- Anak suka berlari ke sana ke mari di dalam kelas.
- Anak kurang keyakinan diri.
- Anak tidak boleh mengawal emosi
Sebab dengan adanya playground,anak-anak boleh bergerak dan bebas melakukan apa yang mereka ingin lakukan.
- Mereka fokus terhadap pergerakan yang banyak boleh dilakukan di playground seterusnya apabila tiba waktu belajar,mereka tidak mudah terganggu untuk melakukan pergerakan kerana mereka sudah puas bergerak!
- Meningkatnya rasa keyakinan diri kerana mereka boleh merasai kuasa memiliki pergerakan dan seterusnya membentuk emosi yang seimbang.
Apa yang salahnya terhadap persepsi kita apabila membawa anak ke playground adalah:
1. Takut Anak Jatuh
We think too much of them getting hurt! Takut anak jatuh,takut anak itu ini… sedangkan kat tangan kita telefon 24 jam. Bila bawak anak pergi playground lagilah kita galak main telefon!
HELLO!!!!! Anak-anak perlukan guidance untuk mereka memanjat di mana,pegang kat mana,masuk kat mana,keluar kat mana…… so peganglah anak tu kalau takut anak jatuh! Bukan pegang telefon! Besides,jatuh kerana bermain itu biasa. Apabila dibiasakan dgn jatuh dan menahan sakit,maka anak kita semakin kebal jadinya
2.Takut Anak Sakit Berjangkit
Takut dapat penyakit berjangkit yang bukan-bukan terutamanya di indoor playground. Ada sesetengah ibu bapa yang dah tau anak sakit,kenapa bawak jugak anak keluar? Masa anak tak sihat,duduklah rumah…. dan kadang-kadang anak kita menjadi mangsa namun kadang-kadang kita harus ingat bahawa jangkitan ini bukanlah jangkitan yg membawa maut. Jangkitan ini membuatkan kita renyah nak jaga anak kita semasa sakit.Janganlah ‘overdose’ kan sangat pemikiran kita dengan benda-benda seperti ini. Sebab bila kita ‘overdose’ kan,itulah yg kita dapat.
3. Selalu Cakap ‘Jangan’
Sentiasa cakap “jangan panjat situ nanti jatuh!” Juga membawa kepada jatuhnya anak-anak di playground. Itu saya cakap… change your mind and words. Daripada cakap jatuh,lebih baik pergi tolong anak dan bantunya macam mana nak elak daripada jatuh.

Kita,kalau orang tengah kacau kita berseronok,kita marah kan? Apa ingat anak-anak ni tak marah ke kalau kita dok kepohci sana sini masa anak kita tengah seronok main? Mana yang anak lebih suka bila tengah main? Mak ayah datang main sama-sama dan bantu atau mak ayah sambil pegang telefon mulut je lebih kepoh sana sini takut anak jatuh itu ini.
“Ish! Annoying betul mak ayah aku ni!” ——> inilah pemikiran secara tidak langsung yang anak dapat. Sebab anak tu manusia juga sama mcm kita,bukan robot nak diarahkan itu ini.
Bawalah anak bermain di playground samada indoor atau outdoor sekerap yang boleh. Kalau boleh hari-hari bawa… tapi tulah kan,setiap kali bila saya buat ‘site visit’ ke playground,krik krik krik aje…
Anak-anak saya pun lama-lama bosan takde kawan-kawan nak main menjadikan playground bukanlah satu kawasan yang menyeronokkan sama macam kita dulu-dulu. Sebab anak-anak saya dah terbiasa dengan rangsangan-ransangan seperti ini namun kerana stage of play anak-anak saya sekarang lebih kepada social play, ketiadaan rakan-rakan baru di taman menyebabkan taman permainan adalah sangat membosankan. Kena tunggu masa weekends dan cuti sekolah barulah ada ramai orang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak Ayah rajin-rajinlah bawa anak bermain di taman permainan iya untuk rangsangan deria dan perkembangan mereka.
Sumber: Liyana Raya
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Tip SELAMATKAN ANAK Buat Mak Ayah Keluar Bekerja Ketika Musim Cuti Sekolah

Isi Kandungan
ToggleMusim cuti sekolah dah tiba, maka ramailah mak-mak yang pening kepala memikirkan aktiviti untuk penuhkan masa anak-anak dengan benda berfaedah. Eh, risau tau dengan ledakan teknologi canggih dan penularan penggunaan internet memperlihatkan majoriti kes yang dahulunya menjadi sulit namun kini dengan mudah tersebar luas tanpa kawalan.
Baca berita viral di media sosial pun boleh buat hati mak-mak tak senang duduk di pejabat. Hah, agak-agak mak-mak yang keluar bekerja boleh duduk diam di rumah?
Kadang kes-kes yang belum sempat mendapat maklum balas daripada pihak berkuasa namun sudah dihakimi oleh ‘keypad warriors’. Sehinggakan mengganggu tugas pihak berkuasa untuk mendapatkan bukti.
Mungkin ada pro dan kontra peranan media sosial dalam menyebarkan kes-kes kehilangan mahupun kes culik kanak-kanak. Maklumat akan cepat dan masyarakat boleh tahu perkembangan yang berlaku dan jika ada yang ternampak atau melihat maka mereka akan cepat melaporkan kepada pihak berkuasa.
Ini memudahkan tugas pihak berkuasa dan kanak-kanak tersebut akan dapat diselamatkan. Tetapi dari sudut negatif, pihak penculik atau yang terbabit dengan sindiket ini sudah tahu tentang strategi dan biasanya mereka akan mengubah kepada strategi yang lain.
Namun dari pihak ibu bapa sendiri, eloklah jika mampu terapkan bab keselamatan dari awal dalam diri anak-anak. Tambah pula musim cuti sekolah bakal tiba dalam beberapa minggu lagi…
1. Kunci pintu
Ini ramai yang terlepas pandang. Tolonglah alert dengan keselamatan anak-anak. Kunci pintu, pagar dan anak-anak sentiasa dalam pengawasan. Kes culik pun makin menjadi-jadi zaman sekarang. Agak-agak ada orang yang tak dikenali tekan loceng rumah atau panggil keluar, sila ajar anak jangan cepat buka pintu. BAHAYA!
2. Ada peneman
Yang ini memang selalu berlaku, tahu-tahu anak ghaib depan mata sebab terlalu khusyuk pilih barang! Janganlah biarkan anak-anak sendirian di luar rumah, baik ketika berada di pusat membeli belah mahupun ketika bercuti.
3. Peka dengan aktiviti anak
Sentiasa peka dan prihatin dengan langkah anak-anak dan jangan biarkan anak-anak melakukan aktiviti sendirian tanpa pengawasan. Kalau dah tahu anak minat sesuatu, mak-mak boleh hantar dia ke kelas khas pada musim cuti. Contoh, kalau minat muzik, hantarlah anak kelas muzik.
4. Ajar bab keselamatan
Kalau anak dah faham arahan dan cerita, umur 2 tahun pun dah boleh ajar anak tentang bahaya dengan persekitaran. Biasakan anak bergerak ke tempat orang ramai dan bukan keluar ke mana-mana lalu tempat sunyi.
5. Sediakan jadual
Menyediakan jadual yang tersusun bagi dimanfaatkan oleh anak-anak terutama ketika cuti sekolah. Jangan harapkan anak main gajet 24 jam, eloklah ibu ayah belikan buku atau permainan yang boleh asah skill.
6. Biar ada rutin
Sediakan rutin harian lengkap kepada anak-anak di rumah dari pagi hingga ibu bapa pulang dari tempat kerja. Kalau macam ini, anak mesti sibuk dengan jadualnya. Tidaklah anak keluar rumah sesuka hati, bahaya! Nak lagi best, belikan buku banyak-banyak kat anak untuk dia isi kekosongan pada musim cuti. #kalauanakminatmembaca
7. Selalu telefon
Walau anak tu dah besar dan mampu buat segalanya, mak-mak jangan sampai lupa tanya khabar anak di rumah ya. Biasakan sentiasa berhubung dengan membuat panggilan ke rumah dan tanya keadaan anak.
8. Ada orang dewasa
Kalau dulu, anak-anak main basikal kampung sebelah pun tak ada masalah tetapi sekarang tak boleh biarkan. Yang main depan rumah pun boleh jadi macam-macam. Jadi pastikan ada orang dewasa berumur lebih 18 tahun yang menemani anak-anak di rumah apabila ibu bapa ke tempat kerja.
9. Bergilir dengan pasangan jaga anak
Bergilir-gilir antara suami isteri dalam mengawasi keselamatan anak-anak. Tambah kalau sama-sama keluar mencari rezeki, anda tetap kena ambil tahu hal anak-anak. Kalau boleh ‘lari-lari’ balik rumah sekejap pun lagi OK.

10. Hantar anak ke kem
Menghantar anak-anak ke kem-kem yang boleh membantu menambahkan ilmu selain memberi motivasi kepada anak-anak. Cara ini sedikit sebanyak suntik sikap positif dan boleh isi masa terluang anak-anak.
KALAU ANAK MASIH KECIL?
Mungkin boleh hantar anak balik kampung dan biar lepaskan rindu dengan nenek dan saudara di kampung. Itu pun kalau mak ayah masih sihat. Ada banyak sisi kebaikan bila anak rapat dengan nenek di kampung, dan sekurang-kurangnya dia boleh eratkan hubungan dengan sepupu sepapat yang ada.
Lagi pun cara hidup dan didikan di kampung dah tentu jauh beza dengan kehidupan bersama mak ayah di bandar. Banyak yang anak-anak boleh cedok terutamanya dalam bab melayani orang tua. Tapi jangan pula sampaikan susahkan mak ayah.
Haaa… sebelum terlambat, awasilah dan ajarlah anak-anak tentang keselamatan, baik sewaktu berada di luar atau di dalam rumah. Moga info ini bermanfaat buat ibu ayah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI