Bukan tak bersyukur ada anak. Tetapi bila ada anak-anak, emosi kaum ibu biasanya tak stabil dan kadang cepat marah-marah.
Jangan kata isteri dah berubah perangai tetapi itu sebenarnya cara dia meluahkan rasa penat. Nak lebih dekat, jemput renungkan perkongsian penulis buku Puan Mardiana Bt Mat Ishak, coretan khas buat ibu-ibu muda, mak-mak anak kecil yang tengah struggle untuk membiasakan diri dengan rutin dunia seorang ibu.
Emosi Kaum Ibu Cepat Penat
Terutama mak-mak yang ada anak yang umur anak sulungnya bawah 5 tahun. Kalau ada anak no 2, mungkin 4 atau 3 tahun. Kalau ada anak no 3 mungkin 1 tahun atau baby.
Fasa struggle, kelam kabut, rasa tak tertanggung dengan rutin sebagai ibu, mungkin ada yang suri rumah sepenuh masa, bekerja atau apa sahaja gelaran yang ada, dibahu kita tetap seorang ibu disaat lahirnya anak pertama itu gelaran ibu diterima dengan senyuman bahagia.
Ini fasa yang sangat penat fizikalnya. Efeknya pada emosi. Kadang timbul rasa stress. Kadang bila anak-anak menangis bergaduh rasa macam nak “escape” sekejap dari situasi tu. Rasa tak tertanggung dah.
Rasa perlukan masa rehat seorang diri untuk tenangkan diri dan lapangkan fikiran dari segala keserabutan. Bukan untuk menidakkan dan lari dari tanggungjawab.
Tetapi memberi sedikit ruang buat merawat diri. Ya walaupun sekejap, ia akan mengubah sikap 360° untuk layanan kepada suami dan anak-anak.
Ada suami yang faham. Ada suami yang berikan bantuan. Alhamdulillah.
Jika suami jenis yang susah mahu tolong, berbincang secara elok. Apa yang terbaik untuk anda sekeluarga. InsyaAllah.
Buat ibu-ibu yang masih fasa anak 5 tahun kebawah.
Tak perlu sedih dan stress sangat. Kawal stress dan emosi ok.
Fasa tersebut sebenarnya tidak lama.
Kekalutan tersebut tidak kekal lama.
Ads
Ya. Apabila sudah lepas, rasa seperti baru semalam!
Sampai Satu Tahap, Tak Sedar Anak Dah Besar
InsyaAllah selepas anda melepasi fasa tersebut, one day anda akan rasai / dengar perkara ini (Apabila anak sulung sudah berumur 6 tahun dan keatas):
1. “Umi, biar kitaorang kemas dapur, umi pergi rehat kat depan”
2. “Umi, kitaorang dah tolong angkat baju dan lipat”. Walaupun tanpa disuruh.
3. Sewaktu kita tengah rasa serabut dan risau fikirkan dapur yang belum berkemas, bila masuk dapur, anda akan lihat dapur siap berkemas, pinggan mangkuk siap dibasuh. Walaupun tanpa disuruh. Subhanallah, MasyaAllah Bahagianya rasa.
4. Rumah boleh kemas sentiasa apabila anak kata, “Serabut tengok rumah bersepah, tu yang kitaorang kemas”.
5. Bangun pagi bilik dan katil anak anda siap berkemas walaupun pada hari sekolah, walaupun tanpa disuruh.
6. “Umi, kitaorang dah tolong sidai baju”.
Ads
7. “Mailah kitaorang nak tolong masak..bla.bla..”
Alhamdulillah. InsyaAllah one day, ayat dan perkara itu akan anda rasai sendiri.
Tetapi, saya sedar satu perkara. Ia tidak akan muncul dengan sendirinya tanpa tindakan dan didikan dari kita sebagai ibu sejak dari awal.
Perkara yang melibatkan urusan rumah tidak ada dalam silibus matapelajaran.
Ia hasil dari pengalaman dan pemerhatian mereka bersama guru dan pendidik pertama yang bernama ibu.
InsyaAllah. Mudah-mudahan perkara elok yang diterima akan kekal sebati dalam jiwa mereka. Akhlak, Disiplin, Berdikari. Bantulah kami ya Allah.
Alhamdulillah saya baru perasan ini adalah antara perkara yang pernah saya buat rupanya:
1) Ia bermula dari ibu dan ayah (suami isteri).
2) Ia bermula dengan Didikan dan Kebiasaan = Habit
Ads
3) Ia bermula dengan membenarkan sewaktu mereka kecil “mahu tolong”.
4) Mereka tidak dihalau dan disuruh menonton TV didepan dengan alasan nanti kacau dan lambat umi nak masak / mengemas bila mereka “mahu tolong”.
Kalau anda ingin rasai nikmat itu insyaAllah, jangan “halau” mereka sewaktu mereka mahu tolong.
Jangan kata, “pergilah main dan tengok tv kat depan, kacau ibu saja”.
Kalau sudah dari awal tidak benarkan, jangan harap mereka akan suka membantu apabila besar.
Didik Anak Lelaki Dan Perempuan
Pada saya, untuk anak lelaki, kata-kata ini sebenarnya hanya akan mendidik mereka menjadi calon suami yang tiada “comman sense” bila melihat isteri terkongtang kanting bersilat seorang diri di dapur dan urusan rumah dan anak-anak. Boleh relax, cool tengok tv, main hp atau baca paper walaupun isteri kalut seorang diri.
Untuk anak perempuan, ia akan mendidik mereka menjadi bakal menantu yang juga tiada “comman sense” bila berada dirumah mertua atau ipar duai. Tak rasa bersalah bila lihat orang lain sibuk itu dan ini. Rasa tak kesah sebab dah ada orang lain buat.
Ya, ia bermula sejak dari awal. Walaupun kita rasa mereka tu kecik lagi.
Kalau kita tidak mampu mengubah suami sekarang, didiklah anak teruna kita menjadi suami dan lelaki mithali untuk isteri mereka akan datang, bakal menantu kita kelak. InsyaAllah.
Kita hanya berusaha dan berikhtiar. Hasilnya nanti hanya serah kepada Allah azzawajal.
InsyaAllah hasilnya nanti itulah adalah nikmat yang tidak patut didustakan.
Pada masa tu hanya ucapan, MasyaAllah Tabarakallah. Barakallahufikum. Semoga Allah memberkati dan mempermudahkan urusan kalian dunia dan akhirat yang tak terungkap dengan kata-kata.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila tinggal bersama dengan adik beradik, memang tak sah kalau tak bermasam muka atau tak puas hati. Mesti ada saja yang tak kena di mata. Dengki dan cemburu itu pasti ada walaupun sekelumit.
Namun, bermasam muka, kecil hati atau dengki tidak akan berterusan. Sebabnya, air dicincang tak akan putus. Marah macam mana sekali pun kalau dah nama adik beradik tentu kita tak akan sampai hati.
Mungkin bagi kita, tapi ada juga adik beradik yang bermasam muka sampai bertahun-tahun tak bertegus sapa. Sedihnya, ada sepanjang hayat berdendam hinggakan ada yang putus saudara.
Ingat, adik beradik walaupun bermasam muka, kecil hati sekalipun, pada merekalah kita akan minta tolong atau bantuan. Tidak sesekalipun rasa malu sebab itulah darah daging kita.
Kalau ada adik beradik yang lebih mementingkan kawan-kawan, setakat manalah kawan itu boleh tolong. Mereka pun ada keluarga sendiri. Ingat tu.
Ruginya, kalau adik beradik bermasam muka dan saling berdendam. Ikuti luahan perkongsian daripada Firdaus Shakirin. Betul apa yang dikatakan itu.
Adik beradik kalu gaduh, masam muka dan tak bertegur sapa, RUGI.
Nanti bila orang tua dah tak ada, bila orang tua dah meninggal, siapa lagi yang kita ada kalau bukan adik beradik sendiri…?
Nak mintak tolong dengan kawan? Nak bermalam kat rumah kawan? Beraya dengan kawan? Nanti sakit kawan jaga? Semua kena cari kawan sebab dengan adik beradik sendiri lama dah tak jumpa sebab bersengketa.
Smpai bila kawan tu nak tolong kita? Nak ada untuk kita…?
Dia bukannya ada pertalian apapun dengan kita. Bukan keluarga kita, darah daging kita, dia ada keluarga sendiri, adik beradik sendiri dan dia ada masalah lain jugak.
Adik beradik ni, walaupun kita tak rapat, walaupun kita jarang jumpa, jarang bersembang, tapi ikatan tu tetap ada, takkan putus sampai bila-bila.
Tak Sampai Hati
Abang, kakak, adik…sulung ke, tengah ke atau bongsu, kalau dah namanya adik beradik, kita tak boleh nak biarkan adik beradik yang lain jadi susah, walaupun kita tak mampu bagi wang ringgit atau harta benda, sekurangnya kita tetap tawarkan sesuatu untuk membantunya…
Kita tak smpai hati…
Kalau hari ni kita bergaduh dengan adik beradik kita, hari ni kita tak bercakap langsung dengan adik beradik kita dan kalau hari ni tengok muka adik beradik kita pun kita benci, meluat, nanti bila orang tua dah tak ada, dah meninggal dunia, siapa lagi yang kita ada…?
Mula-mula rasa boleh hidup tanpa adik beradik yang lain, tapi lama-lama bila berlakunya sesuatu dalam hidup kita, masa tu baru kita nak cari adik beradik kita, kemungkinan adik beradik kita pun dah tak ada.
Kita pun dah tak tahu kat mana dia tinggal…
Manfaatkan ikatan kekeluargaan yang terjalin, jangan dirosakkan dengan dengki, cemburu, tak puas hati dan sebagainya…
Walaupun dia adik beradik kita, tapi rezeki kita takkan pernah sama dengan dia. Jangan pernah bandingkan rezeki kita dengan adik beradik yang lain. Kena ingat sampai bila-bila.
Mingguan Wanita : Ingat, seribu kali minta tolong dengan adik beradik pun tak kisah. Tapi kalau dengan kawan mesti malu kan. Jadi, jagalah ikatan kekeluargaan ini sebaiknya.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Tak sabar rasanya untuk melangkah ke hujung minggu selepas penat berhadapan dengan pelbagai kerenah dan tekanan di tempat kerja. Inilah masanya untuk berehat dan menumpukan perhatian terhadap keluarga yang sememangnya memerlukan perhatian daripada ibu bapa.
Bayangkan, hujung minggu ini berehat sambil menikmati hidangan brunch yang menyelerakan, apatah lagi dengan akses kolam renang untuk si kecil!
Itulah keunikan yang ditawarkan Sunset Terrace Sunway Resort Hotel sempena Splash & Brunch setiap Sabtu dan Ahad di Aras 1 Sunway Resort Hotel bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang.
Pastinya anda sekeluarga sudah bersedia untuk merasai pengembaraan hujung minggu yang menakjubkan, menikmati pelbagai jenis makanan sambil anak-anak boleh bermain air sampai puas. pakej menarik dan berbaloi tersebut dicipta khas untuk memeriahkan rancangan hujung minggu bersama tersayang.
Makan Bersama Keluarga
Harga bermula RM208+ untuk dewasa dan RM104+ (kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun) dan warga emas (60 tahun ke atas). Manakala kanak-kanak bawah 6 tahun adalah percuma. Hidangan bufet yang menampilkan seleksi hidangan brunch antarabangsa menjadi menu mengiurkan untuk sarapan pagi dan tengah hari tersebut.
Antara hidangan enak yang menarik pastinya memenuhi gastronomi anda termasuklah salmon and egg quesadilla, chicken and egg tacos, sausage gravy lasagna dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, hidangan brunch seperti shahshuka signatur, ayam dan wafel turut memenuhi ruangan buffet. Selain itu, hidangan berinspirasikan Amerika Latin seperti Roast Whole Lamb on the Spit, Salmon En Croute, Seafood Paella dan aneka churrasco turut menjadi pilihan bagi anda yang inginkan hidangan yang mengenyangkan.
Ruang kegemaran dan tumpuan kanak-kanak pastilah di hamparan mini-me , ruang Kids Dining pasti membuatkan mereka teruja untuk mengisi perut selepas penat bermain di kolam renang yang luas dan saujana mata memandang.
Sememangnya, keunikan yang ditawarkan Sunset Terrace Sunway Resort Hotel sempena Splash & Brunch ini bakal menjadi pilihan warga kota yang inginkan suasana percutian dalam bandar yang santai dan tidak jauh untuk dikunjungi.
Jika anda sekeluarga sudah bersedia untuk merasai pengembaraan weekend yang menakjubkan, jangan lepaskan peluang untuk memilih tawaran terbaharu hotel mewah tersebut.
Inilah masanya untuk seisi keluarga bersantai dan menikmati pelbagai hidangan istimewa sambil merehatkan diri di tepi kolam renang. Anda juga boleh membawa anak-anak untuk ke Kelab Kanak-Kanak Wonderland Explorers supaya masa berdua bersama insan tersayang tidak terganggu.
Ruang senggang hujung minggu pastinya lebih dimanfaatkan dengan keseronokan apabila berada bersama keluarga tersayang!
Dalam perkahwinan bukan semua wanita yang bergelar isteri bertuah, dikurniakan suami yang baik, bertanggungjawab menunaikan nafkah, menyayangi dan menghormati perasaan isteri. Usia perkahwinan bertahun-tahun lamanya, tapi tak bahagia. Jiwa terseksa dan diri merana.
Ada yang suami culas bagi nafkah, curang berkali-kali, dipukul, didera secara fizikal mahupun emosi dalam rumahtangga malah ada juga yang menanggung suami ‘biawak hidup’. Malas nak bekerja, harap duit isteri yang tanggung keluarga.
Bertahan Dalam Perkahwinan Sebab Anak
Ramai isteri sebenarnya yang makan hati berulam jantung. Ikutkan perasaan cinta, memang dah lama ‘mati’. Nmun ramai yang tetap mempertahankan perkahwinan bertahun-tahun dan hanya mampu bersabar dengan perangai suami, sebab anak-anak. Tak nak anak hidup membesar dalam keluarga bercerai berai, bila si ayah tiada depan mata.
Tidak kurang juga yang tetap nak beri peluang, berharap suami berubah satu hari nanti.
Namun persoalannya sampai bila mahu bertahan begini? Rela korbankan kebahagiaan sendiri dan sekaligus menjejaskan emosi diri.
Topik Meja Syariah kali ini mengundang Puan Noormazidah Husain, yang merupakan Peguam Syarie, dari Mazidah Husain Associates berkongsi bagaimana cara untuk wanita meminta cerai bila, hak wanita selepas bercerai, hak dalam tempoh eddah, mutaah dan sebagainya.
Isteri perlu tahu, meskipun kuasa talak ditangan suami, isteri juga sebenarnya ada hak untuk meminta cerai melalui Hakam. Malah hukumnya juga harus sekiranya mempunyai alasan yang kukuh dan munasabah.
Bagi hak jagaan anak selepas bercerai pula, bagi isteri yang merupakan suri rumah dan tiada pendapatan sendiri tetap layak, ada hak dan boleh tuntut hak penjagaan anak ini selagi tak gugurnya hak jagaan ibu. Dari segi kewangan pula,nafkah anak-anak tersebut adalah tanggungjawab si ayah atau bekas suami.
Berani Tuntut Cerai Daripada Perkahwinan Toksik
Perceraian bukanlah pengakhiran kehidupan, tapi ia untuk memulakan kehidupan baru.
Jangan takut untuk berani menuntut cerai dan memegang ‘status baru’ daripada terus tersiksa dalam perkahwinan. Abaikan sahaja pandangan masyarakat. Hanya kita yang mengalaminya dan kenal diri sendiri.
Malah jika diperhatikan ramai wanita yang nekad ‘melepaskan’ perkahwinan toksik ini, kehidupannya lebih tenang, bahagia dan berjaya selepas bercerai. Anak-anak juga lebih gembira dan hidup dalam persekitaran yang lebih sihat daripada lihat mak selalu kena pukul, kena maki hamun dengan suami, bergaduh hari-hari, malah mak bertungkus lumus cari rezeki tapi ayah malas goyang kaki.
Saksikan penjelasan, nasihat dan pandangan oleh Puan Noormazidah Husain, Peguam Syarie,Mazidah Husain Associates dalam Meja Syariah LIVE, berkaitan topik ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.