Anak sulung, dialah insan pertama yang menghuni rahim seorang ibu. Dialah juga membawa kegembiraan pada setiap isteri yang bakal bergelar ibu, umi, mama dan pelbagai gelaran untuk dipanggil anak ini kelak.
Anak sulung, ditantang bagai minyak yang penuh. Dibelai dan dikasihi sebelum adanya adik-adik yang lain. Bila adanya adik, perhatian padanya mula beralih buat adik pula. Kadang-kadang anak sulung mula terasa terabai dan mula pandai membawa diri. Sedar tanggungjawabnya sebagai anak pertama.
Ini bila ada dua orang anak. Bagaimana dengan ahli keluarga yang ramai. Adik-adik di bawahnya sehingga tiga empat orang. Tanggungjawab diletakkan di bahunya. Jika adik buat nakal, mak ayah akan cari anak sulung. Begitu juga dalam menjaga adik-adik. Kadng-kadang silap adik, anak sulung pula yang kena marah. Begitulah tanggungjawab anak sulung yang sangat berat.
Perkongsian daripada Rose Farra mampu membuka mata mak-mak tentang beruntungnya mempunyai anak sulung yang sangat bertanggungjawab pada adik-adiknya dan keluarga.
“Ummi minta maaf tau, terima kasih Sofia jaga adik, ummi hargai sangat. “
Setiap kali tidur malam mesti ayat ini yang saya bagitau anak sulung. Susah payah dia jaga sambil tengok kartun pun mata tu kena pantau adik dia.
Sambil makan pinggan sendiri pun adik minta makanan untuk di suapkan. Ngangalah si adik. Walaupun suapan yang mungkin akan comot.
Bila nak mandi sendiri pun adik juga minta bukakan baju dan pampers. Walaupun dia tak mampu nak angkat berat nya si adik.
Lagi susah bila mainan disepahkan adik, terpaksa akur kutip tunduk satu satu ambil simpan di tempat nya. Walau pun adik yang buat akhirnya dia di marahi.
Bila nak tidur malam ummi asyik menyusu adik saja, sampai lupa nak peluk akhirnya tertidur sendirian.
Bila tengah tidur enak si adik pulak menangis, terpaksa akur turut bangun juga sekali. Yela suara adik menangis satu rumah pun dengar.
Baca lagi di sini Mak Ayah! Bila Ada Adik Baru, Anak Sulung Banyak Berkorban Perasaan
Mak Ayah Peluk, Berbuallah Dengan Anak Sulung, Jangan Buat Emosinya Terbeban Tanggungjawab
Info Lebih menarik DI SINI
Begitulah.
Kadang kala kita lupa yang sulung lebih banyak memberi tetapi kita lebih banyak memarahi.
Bila tengok balik cara si sulung nasihat kan adik pun dah sama gaya mak mak potpet. Sebab terikut sama cara kita marahkan dia.
Bila di tanya “kakak tak sayang kan adik ke? ”
Lalu jawab lah si dia ” tak! ”
Dah soalan kita tanya pun dah tau jawapan nya.
Tukarlah cara kita tanya kakak kan sayangkan adik. Kakak kan jaga adik baik baik. Peluk lah adik jangan di pukul.
Saya rasa perlu saya tanam dalam hatinya, marah boleh tapi sebab sayang. Peluklah adik, mungkin adik juga tidak mengerti tetapi tahu kakak sayang kan dia melalui pelukan.
Ada kalanya kita letih sebagai ibu ayah dalam mendidik, tapi ingat lah setiap detik Allah rasa kan tangggungjawab lepas lahirnya si sulung ke dunia.
Walaupun kita salah erti akan maksudnya, perkataan nya dan kurang faham.
Ketahuilah kita hanya memarahi anak-anak syurga.
Moga kita di beri kefahaman dalam mendidik anak-anak yang bakal bawa kita ke syurga.
MW: Baik anak sulung lelaki atau perempuan, didiklah supaya bertanggungjawab pada keluarga dan adik-adiknya. Esok-esok, adik pun akan ikut cara abang atau kakaknya juga.
Sumber: Rose Farra