Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un, Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali.

Rakyat Brunei sebentar tadi dikejutkan dengan berita duka daripada pihak Istana Brunei yang memaklumkan kemangkatan anakanda kedua Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim.

Menerusi laporan yang disiarkan, putera berusia 38 tahun itu mangkat pada jam 10.08 pagi tadi waktu tempatan dan akan dimakamkan di Kubah Makam Diraja hari ini selepas waktu Asar.

Memetik laporan MEAWW, difahamkan baginda Putera Abdul Azim telah dimasukkan ke hospital sebelum ini atas komplikasi kesihatan, menurut sumber berkenaan.

Anak Sultan Brunei, Pengiran Muda Haji Abdul Azim Mangkat Usia 38 Tahun

IKLAN

Rakyat Brunei Berkabung 7 Hari

Pemerintah Brunei Darussalam memerintahkan agar rakyatnya mengibarkan bendera setengah tiang dan berkabung selama tujuh hari mulai pada hari ini (Sabtu) 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020.

Pengiran Muda Abdul Azim merupakan putera kedua Sultan Brunei Hassanal Bolkiah dan Hajah Mariam.

IKLAN

Anak Sultan Brunei, Pengiran Muda Haji Abdul Azim Mangkat Usia 38 Tahun

Dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada tanggal 29 Julai 1982 dan mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution, dan Universiti Oxford Brookes, United Kingdom.

IKLAN

Selain itu, abang kepada Pengiran Muda Abdul Mateen itu juga pernah mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst.

Pangiran Abdul Azim dikenali sebagai seorang yang sangat peduli terhadap kemanusiaan. Pada tahun 2009, beliau telah membuat sumbangan satu badan amal Make A Wish Foundation UK.

MW: Salam Takziah buat seluruh rakyat Brunei di atas kemangkatan ini. Al Fatihah.

Sumber: bruneiroyalfamily, Sinar Plus, MEAWW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI