Ketika bekas isterinya sudah dikhabarkan bertemu pengganti, Keith Foo antara insan yang paling gembira mendapat tahu hal berkenaan.
Baginya, biarpun sudah berpisah dengan bekas isteri, Kim Raymond sejak hujung tahun 2019, kebahagiaan bekas isterinya selain anak mereka, Skylar Raymond Foo, tetap jadi keutamaan.
Pelakon kacak ini juga akui kini dia selesa dengan kehidupan terkini dan rasa tumpang gembira apabila bekas isteri sudah bertemu dengan pengganti.
“Saya pernah beritahu dekat dia (bekas isteri) yang saya tumpang gembira dengan kehadiran pengganti dalam hidupnya. Saya harap yang terbaik untuk dia.
“Malah pada satu tahap kalau dia nak pergi berdating dan saya ada masa lapang, anak kami boleh saya tolong jaga.
“Cuma saya saja belum ada pengganti. Saya pun selesa dengan keadaan begini buat sementara waktu. Saya terbuka untuk bercinta cuma belum masanya. Anak pun sudah isi kekosongan hati saya,” kata duta produk suplemen kulit Crystal C White itu.
Bagi Keith atau nama sebenarnya, Foo Chuan Chin, dia dan bekas isterinya selesa dengan hubungan baik terjalin selepas berpisah.
“Pada akhirnya kami ada anak. Tak pernah timbul nak kembali kepadanya pun. Saya dan dia pun selesa dan lebih positif dengan hubungan selepas berpisah. Buat apa nak ubah sesuatu yang sudah menggembirakan.
“Memang ada yang tanya kenapa perlu berpisah sedangkan masih boleh baik bersama. Persoalan itu bersifat subjektif. Perpisahan (perceraian) mungkin dianggap sebagai sesuatu yang negatif. Tapi jika ia baik untuk keseluruhannya, maka itulah pilihan yang ada.
“Kalau bertahan dalam hubungan yang tak sihat pun ia akan beri kesan buruk kepada anak kami. Malah berpisah ini buat kami jadi lebih positif.
“Saya dan bekas isteri sepakat nak jaga anak kami sebaik mungkin. Ibarat anak takkan rasa yang ibu bapanya sudah berpisah biarpun belum cukup besar untuk memahami semua yang berlaku. Anak pun tak sunyi dan tak rasa terpinggir,” katanya.
Baca Disini Juga:
Keith Foo Tidak Tahan Sebak, Semakin Aktif Hulurkan Bantuan Misi Kemanusiaan & Amal
Gaun Putih Dedah Bahu, Natasha Hudson Dikritik Netizen “Mereka Nak Cakap Apa Lantaklah”
Demi Bahagiakan Ayah Hidup Menduda, Anak Sendiri Pinangkan Bakal Ibu Baru
Pelakon kacukan India, Cina itu mengakui kesunyian itu mula datang menerpa.
“Sebab itu saya sibukkan dengan kerja lakonan. Saya pun nak aktif dan ‘all out’ dalam dunia seni tahun ini. Selain itu saya aktif juga dalam kerja amal dengan St John Ambulance Malaysia Negeri Sembilan. Saya sampai jadi ketagih nak beri sesuatu bermanfaat untuk masyarakat.
“Cara sebegitu buat saya lupakan rasa sunyi. Kalau saya tak buat apa, mungkin akan murung dan negatif. Saya kena ubah minda untuk gaya hidup yang lebih aktif dan sihat. Saya pun rajin bersenam dan buat aktiviti kecergasan.
“Kalau saya larut dengan rasa negatif termasuk sunyi, apa akan jadi pada anak. Saya kena ubah diri jadi lebih baik daripada sebelumnya,” katanya yang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan 2.0, Keith sempat melunaskan baki penggambaran drama 22 episod, Yang Bakal Mati Ramadan Ini untuk siaran Awesome TV.
Sumber Foto: Instagram Keith Foo
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita