Biasanya anak yang selesema mungkin akan demam (sehingga 38 darjah Celsius), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair yang membuatkan mereka meragam dan hilang selera makan.
Jadi sebelum selera makan anak makin kelaut dan meragam setiap kali nak tidur malam, mak-mak boleh ikut tip yang dikongsikan Doktor Taufiq Razif melalui pengalaman jaga anaknya sendiri…
Solahuddin ni jarang selsema tapi kalau dah selsema pun saya takkan bagi ubat. Bahaya budak bawah umur 2 tahun ni kalau bagi ubat selsema.
Ada sesetengah ubat selsema tu boleh menyebabkan anak di bawah umur 2 tahun berhenti bernafas ( Apnea ). Lagipun biasanya anak-anak yang selsema ni disebabkan virus je. Ia akan hilang sendiri walaupun tanpa antibiotik.
Jadi apa nak buat?
Tengok dulu hingusnya. Kalau hingusnya kental dan berwarna disertai demam tinggi mungkin penyebabnya bakteria. Yang ni boleh je nak bawa jumpa doktor.
Kalau hingusnya jernih dan tak demam. Ni mungkin disebabkan virus je. Selsema disebabkan virus ni akan baik sendiri tapi selsema ni memang akan buat anak meragam sebab hidungnya tersumbat.
Ni saya ajar cara mudah supaya hidung anak kita tu jadi KURANG TERSUMBAT dan anak kita boleh bernafas dengan LEBIH LEGA.
Masakkan je sup ayam pada anak kita tu. Sup ayam terbukti boleh mengurangkan ‘nasal congestion’ . Biasanya anak meragam sebab dua dua belah hidung tersumbat. Dia nak bagitahu tak pandai lagi. Tu yang dia meragam tu kalau tengah selsema.
Dah tahu ni boleh terus amal pada anak masing-masing ye.
Bahan-bahan
5 biji buah pelaga
5-7 biji bunga cengkih
4 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dihiris halus)
3 biji lada hitam
3 cawan air
1 batang carrot yang dipotong dadu atau dihiris bulat (terpulang kepada anda berapa banyak)
Sedikit ikan bilis yang ditumbuk
Didihkan semua seperti memasak sup.
Untuk lebih menyelerakan dan sedikit karbohidrat, anda boleh tambahkan mee hoon atau pun spagheti.
Sumber protein pula, anda boleh gantikan ikan bilis tadi dengan isi ayam.
Untuk lebih menarik lagi, tambahkan dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
Kalau nak masukkan isi ayam, tak perlu bubuh ikan bilis.