Anak Remaja, Layan Mereka Macam Kawan...Baru Mereka Tak Jauh Dari Kita!

Remaja hari ini memang berbeza sungguh. Pening kepala mak ayah dibuatnya. Anak-anak adalah amanah Allah SWT kepada kita ibu bapa. Ada yang dikurniakan rezeki anak ramai, ada juga yang sekadar seorang. Apa pun ia tetap satu amanah yang perlu dipikul sebaik mungkin.

Anak Tak Faham

Kini zaman dah berubah. Pernah tak anda mengalami situasi, anak-anak remaja sekarang seolah ‘tak faham’ atau tak dapat ‘feel’ bila kita beri contoh kehidupan zaman kecil kita dulu pada mereka.

“Korang ni, susah sikit pun mengeluh. Zaman mak dulu, pergi sekolah jalan kaki je. Duit pun bawak RM1 je..”

Anda tengok wajah anak terkebil-kebil. Mereka tak boleh ‘rasa’ kerana mereka bukan berada di zaman anak-anak terpaksa berjalan berbatu jauhnya untuk ke sekolah. Waktu itu, duit nilainya besar walau RM1. Tentu sekali anak membayangkan; apa nak makan dengan RM1 kat sekolah? Begitu juga bila kena jalan kaki. Kenapa nak jalan kaki kalau bas ada?

Itu semua adalah contoh, zaman kita dan anak-anak kita dah jauh berubah. Jadi, didikan kita juga kena sesuai dengan peredaran zaman.

Pendekatan Juga Berbeza

Ya, tegas tetap kena tegas dalam mendidik anak-anak. Tapi, tegas itu biar kena pada tempatnya. Anak-anak generasi sekarang tak sama macam dulu. Kalau marah mak ayah, paling jauh pergi lari sembunyi belakang rumah. Anak zaman sekarang, silap tegur dah  lari dari rumah!

IKLAN

Sebagai ibu bapa, kita yang faham akan sikap setiap anak kita. Ada anak yang jiwanya lembut. Tak perlu tengking atau pukul, bila kita nasihat dengan lembut sambil usap kepala mereka, dah mampu buat mereka menangis teresak-esak.

Anak Remaja, Layan Mereka Macam Kawan…Baru Mereka Tak Jauh Dari Kita!

Jadi ‘Kawan’ Anak Remaja

Faktor kawan sebaya sangat memberikan pengaruh besar terhadap anak-anak bila mereka meningkat remaja. Seeloknya, damping mereka dan jadi kawan mereka. Bukan bermakna mereka hilang respek pada kita sebagai ibu bapa, tapi kita nak biarlah mereka jadikan kita orang pertama akan dikongsikan masalah. Jadi kita boleh bimbing mereka sewajarnya.

Sebaliknya apa akan jadi kalau mereka berpaling pada rakan-rakan? Kalau minta nasihat pada rakan yang okay, tak apalah. Kalau silap minta nasihat macam mana?

IKLAN

Layan Anak Remaja Seperti Orang Dewasa

Bila meningkat remaja, kadangkala anak akan rasa diri mereka sudah besar dan mampu buat keputusan sendiri, tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Sedangkan hakikatnya mereka belum cukup matang dalam membuat keputusan.

Namun sebagai ibu bapa, tak perlu marah-marah bila anak buat silap. Bercakap dari hati ke hati, umpama mereka orang dewasa. Bila kita berbual dan melayan mereka seperti orang dewasa, mereka akan lebih terbuka dan selesa untuk berbual dengan kita berbanding bila kita terus marah-marah! Silap hari bulan, mereka terus tak nak lagi berkongsi apa saja perkara/masalah dengan kita.

Generasi hari ini tak sama dengan generasi mak ayah dulu. Sebab itu, mungkin didikan yang kita terima daripada mak ayah kita dah tak sesuai untuk kita pakai dan implementasikan pada anak-anak kita sekarang.  Apa pun, jangan sesekali biarkan anak-anak kita ‘jauh’ daripada kita.

IKLAN

YANG PALING PENTING, LENGKAPKAN DIRI ANAK-ANAK DENGAN ILMU AGAMA SECUKUPNYA. 

https://www.mingguanwanita.my/generasi-berbeza-cara-didik-anak-juga-tak-sama-mak-ayah-kena-faham-ye/

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI