Kebanyakan suami suka anak ramai, siap bayangkan nak buat team bola sepak. Punyalah suka budak-budak. Tetapi macam mana pula keadaan isteri, mampu atau sebaliknya?
Haaa… ini kena bawa berbincang, suami tak boleh ikut kehendak sendiri tanpa mengetahui apa yang isteri rasa. Bak kata saudara Firdaus Shakirin, family planning pun penting. Nah, jemput hadam.
Sebelum Bermimpi Nak Anak Ramai
“Awak nak saya plan untuk awak, atau awak dengan wife nak plan sendiri?”
Saya dengan wife plan sendiri kot.
Itu kata-kata dari seorang doktor sejurus isteri selamat melahirkan anak pertama. Masa 1st check up jumpa doktor, dia tnya sama ada dia akan plan atau saya dengan wife plan sendiri.
Ads
Bila kita bercakap tentang anak, anak itu kan rezeki, kalau Allah nak bagi, tak kan kita nak tolak pula. Tapi perlu diingatkan yang family planning juga penting. Bukan sebab sumber kewangan tak kukuh atau ekonomi keluarga tak stabil lagi, tapi untuk kebaikan dan kesihatan diri si isteri.
“Anak 1st dah kena caesar…”
So doktor bagi beberapa options, sama ada ambik pil perancang, suntikan atau pun menggunakan pelapik (yang dalam kotak). Then orang kata kalau still menyusu badan, si ibu tak akan mengandung punya. But % possibility untuk mengandung lagi masih ada walaupun kita dah pun ambil langkah-langkah keselamatan dan pencegahan yang dicadangkan.
Ads
Dah sendiri punya rancang, maka terbabas dan lekat lagi, mengandung pula.
Bila Tak Merancang
Anak baru boleh berjalan, isteri dah mengandung ank kedua dan disebabkan dia caesar ketika bersalin anak pertama, agak perit dan sakit untuk dia ketika mengandung anak kedua. Luka bawah perut (tempat caesar) masih belum betul-betul sembuh dan berisiko untuk mengalami pendarahan jika tempat luka tu terbuka kembali.
Anak kedua pun caesar sebab kelahiran kaedah normal sangat berisiko kepada isteri, doktor takut luka caesar yang pertama terbuka ketika isteri meneran anak kedua keluar secara normal.
Ads
Once anak kedua caesar, doktor kata, no 3 also need to caesar ann will be anak yang terakhir yang akan keluar dari perut isteri. Sebab doktor kata maximum 3 kali caesar ( ada tempat 4 atau lebih) kerana keadaan isteri yang tak mengizinkan dia untuk mengandung lagi.
Now dah 3, dah BTL, and dah stop production. Nak anak ramai, nak anak banyak memang seronok. Tetapi tolong tengok dan fikirkan keadaan diri isteri dahulu, luar dan dalam, mental dan fizikal supaya bila dia mengandung lagi, keadaan itu tidak mendatangkan bahaya kepada dirinya, tidak berisiko kepada dirinya.
Fikir Dulu Kesihatan Isteri
Jangan paksa, jangan terburu-buru. Kita hanya “melepaskan”, yang nk “menanggung” itu dia. Pastikan dia betul-betul bersedia untuk mengandung lagi. Selagi masih mampu, selagi masih kuat dan selagi masih dimurahkan rezeki.
Bersyukur dulu dengan apa yang dah ada.. If dapat lagi, itu bonus untuk kita. Rezeki.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pesanan ‘manja’ buat anda yang selalu kongsi gambar dalam group WhatsApp, sebelum sebar tolonglah berfikir dulu. Kita tak akan pernah tahu apa perasaan pasangan kawan-kawan yang lain, jenis cepat kecil hati atau memang tak boleh terima langsung kalau nampak gambar tak sepatutnya ada dalam phone.
Ya, mungkin niat nak bergurau tetapi percayalah ada sesetengah orang cukup menyampah dengan situasi ini. Nak-nak pula kalau anak-anak dah pandai buka phone sendiri. BAHAYA!
Hah, agak-agak kalau jadi macam situasi saudara Akhtar Syamir ini macam mana? Senang tak nak pujuk pasangan? Cuba hadam sikit tuan puan…
Berhentilah Sebar Gambar Tak Sepatutnya Dalam Group
Semalam saya terpaksa luahkan kekecewaan kat group kawan-kawan sekolah. Benda yang sama berulang-kali dilakukan. Bila dinasihat dengan baik, akan berhenti buat benda ni beberapa minggu. Lepas tu akan mula balik.
Tak faham-faham nak hormat orang. Dalam group tu kebanyakannya dah berkahwin dan beranak-pinak. Bukan lelaki je, perempuan pun ramai. Telefon pun kadang-kadang anak ade pegang. Bukan masalah setting auto download ke tidak. Walaupun saya sendiri tak set auto download, tapi untuk yang suka set auto download dah tentu sangat-sangat menyusahkan.
Leceh yang amat sangat nak menjawab dengan pasangan bila adanya gambar-gambar sebegini keluar kita memang tak download, tapi persepsi pasangan terhadap kawan-kawan kita pasti jadi serong. Mereka pasti tertanya-tanya kenapa pasangan mereka berkawan dengan orang sebegini? Bila ahli group itu wanita dan suami dia sendiri yang tengok, memang takkan lama. Mesti akan left group. Tak berbaloi bertengkar dan bermasam muka kerana orang lain.
Tolonglah Hormat Orang Lain Sikit
Kalau tak hormat kawan-kawan pun, tak rasa bersalah ke kat isteri sendiri? Isteri mana yang suka suami kongsi gambar-gambar perempuan lain? Tak kira la posisi atau caption apa sekali pun. Tak pernah ke terfikir yang apa yang dibuat tu salah? Apa yang seronoknya melayan nafsu mata dengan perempuan lain? Anak dah berderet, nak menggatal apa lagi? Konon nak ikut sunnah Nabi kahwin 4. Kalau dah rasa mampu sangat, silakan. Tapi sunnah lain buat la jugak. Share gambar perempuan lain, zina mata ni semua sunnah jugak ke?
Jangan ingat orang yang tak suka buat jahat ni tak sporting. Itu alasan hina untuk terus buat benda yang rosak ni.
Bukan mudah nak kekalkan silaturrahim dengan sahabat masa sekolah dulu. Kali terakhir persekolahan untuk saya ialah 22 tahun yang lalu. Dari beratus-ratus sahabat masa sekolah dulu, ada hampir 60 je dalam group tu. Itu sahaja yang tinggal sebagai penghubung kepada memori indah, suka dan duka zaman persekolahan. Pengalaman sebegitu kita takkan dapat ulangi lagi. Kita bukan ada mesin masa yang boleh patah balik dan lalui semula benda tu semua. Bila kita tengok seorang sahabat, semua kenangan yang berdekatan dengan dia kita akan dapat ingat dan rasakan. Kalau perhubungan itu dah hilang? Lama-kelamaan memori itu akan lenyap buat selamanya.
Nasihat Buat Ahli Group
Ambillah iktibar dari benda ni. Makin lama makin berkurang sahabat dalan group disebabkan hal ini. Di platform lain bukan senang nak berkumpul. Janganlah pentingkan diri dan nafsu sendiri. Berhenti mengajak orang lain ke jalan yang mungkar. Hormati orang sekeliling dan hormatilah isteri sendiri. Kalau betul-betul tak boleh tinggalkan gambar wanita lain yang cantik yang seksi dan video porno yang dirasakan perlu sangat untuk dikongsi tu, silalah undur diri. Layanlah sorang-sorang. Jangan sibuk nak ajak orang lain.
Kepada suami orang yang masih berperangai sebegini. Kamu memang sampah yang menyusahkan. Kepada ahli group yang ada orang sebegini, nasihatlah baik-baik. Kalau tak boleh berubah, fikirlah sama ada nak kehilangan 50 sahabat, atau nak kehilangan 2,3 orang yang tak faham bahasa. Pilihan di tangan anda.
Saya pasti masalah ini sering berlaku kepada ramai orang. Jadi, tolong SHARE post ini supaya ramai orang yang berperangai seperti ini faham betapa mereka telah menyusahkan dan memutuskan hubungan di kalangan sahabat mereka.
Korang punya group ada tak jadi macam ni?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau hari minggu memang mak terutamanya tak ada masa untuk rehat. Ada sahaja kerja rumah yang hendak dibereskan. Ini belum lagi termasuk nak sediakan makanan, jaga anak, buatkan susu anak dan macam-macam lagi.
Ada pun rehat mak-mak, bila anak sedang tidur. Tapi, masa anak tidurlah, macam-macam mak nak buat sebab sebelum ini hanya uruskan anak. Itulah mungkin rutin sehari-hari mak ini. Bayangkan bagaimana pula ayah yang jaga anak. Mesti nampak mudah sajakan. Maklumlah, adanya anak lebih dengar cakap ayah berbanding mak.
Ini belum lagi, kalau mak-mak yang bekerja dan terpaksa tinggalkan anak-anak pada ayah. Macam manalah yer. Rasanya hati mak-mak pun tak tenang bila ingatkan suami dan anak-anak di rumah.
Walau bagaimanapun, tak perlulah nak marahkan anak bila anak lasak atau buat perangai macam-macam. Semua ini sebab dia perlukan perhatian daripada mak ayah. Kena ingat, mak ayah yang bekerja, hanya ada masa berapa jam sahaja untuk bersama anak pada malam hari.
Perkongsian daripada Dr. Redza Zainol ini, ada benarnya. Bila anak-anak dijaga oleh ayah kerana mak perlu ‘outstation’ atau keluar atas urusan kerja. Mahunya tidak keruan ayahnya melihat telatah anak yang tak reti duduk diam.
Pepatah ada menyebut, “Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri”. Pembohongan, sama ada kecil atau besar adalah salah disisi agama dan undang-undang. Ia tidak boleh dianggap remeh dan perlu dibendung lebih awal. Jika tidak, ia dikhuatiri mendorong kepada perbuatan negatif yang lain seperti mencuri atau panjang tangan.
Imam Ali Zainal Abidin a.s. mengatakan bahawa: “Waspadailah dusta kecil dan besar baik ketika serius atau sambil main-main kerana jika seseorang tidak malu melakukan dusta kecil maka ia akan berani melakukan dusta besar.”
Sebenarnya anak mahukan perhatian daripada mak ayah. Ada ketikanya, mereka mencuri untuk mendapatkan sesuatu yang sukar diperolehi dan juga disebabkan kerana keseronokan. Bantu anak anda fahami tentang perbuatan salah ini melalui panduan ini:
Mak Ayah Sila Sedarkan Anak Yang Panjang Tangan
1. Terangkan Pada Anak Akan Kesalahan Mencuri
Ia satu perbuatan yang diharamkan dalam Islam, dan menyalahi undang-undang. Ingatkan juga kepada mereka bahawa sekiranya perbuatan tersebut dilakukan di pasaraya, mereka akan ditangkap dan dipenjarakan.
2. Pulangkan Barangan Yang Dicuri Kepada Tuan Empunya
Bawa si anak kepada tuan empunya dan pulangkan barang yang telah dicuri. Ini bertujuan untuk mengajar kepada si anak tentang hak seseorang dan memberi kesedaran kepada mereka bahawa barang kepunyaan orang lain tidak boleh diambil sesuka hati tanpa keizinan.
3. Lakon Semula Pedih Kehilangan
Ceritakan atau buat aktiviti main peranan (role play) tentang bagaimana perasaan mereka sekiranya barang mereka dicuri dan diambil tanpa pengetahuan mereka. Sudah tentu mereka akan merasa marah dan sedih. Melalui pendekatan ini, mereka akan faham bahawa perbuatan mencuri itu satu kesalahan dan boleh merosakkan hubungan.
4. Ajar Anak Minta Maaf Pada Mangsa
Ajari si anak untuk meminta maaf kepada tuan empunya atas tindakan mereka itu. Sekiranya barang yang dicuri telah hilang atau dimakan. Contohnya coklat. Minta mereka menggantikannya dan memohon maaf. Jelaskan juga kepada mereka bahawa meminta maaf adalah perbuatan yang mulia. Jangan rasa malu untuk berbuat demikian kerana orang meminta maaf akan merasa tenang dan bahagia.
5. Hukuman Psikologi
Hukuman fizikal adalah tidak perlu dan kemungkinan akan membuatkan si anak bertambah marah. Hukuman lain seperti mengurangkan wang belanja atau tidak membelikan permainan yang disukai mungkin boleh digunapakai jika dirasakan perlu.
Sebelum Melarat, Mak Ayah Berilah Perhatian Pada Anak
1. Beri Perhatian Pada Keperluan Anak
Anak-anak yang membesar dengan perhatian yang cukup tidak akan melakukan perbuatan mencuri. Kebanyakan kes kecurian berlaku kerana kanak-kanak tersebut ingin mendapatkan perhatian daripada ibu bapa. Walaupun perhatian yang diberikan dalam bentuk yang negatif, seperti dimarahi, mereka merasa puas kerana berjaya mendapatkan perhatian ibu bapa.
2. Mengajar Anak Untuk Bersabar
Kebanyakan kanak-kanak mencuri adalah disebabkan keinginan mereka untuk memiliki sesuatu yang mereka belum mampu miliki. Justeru, mereka perlu diajar bahawa tidak semua perkara mereka dapat miliki. Mereka perlu bersabar dan berusaha untuk mendapatkannya, dan bukan dengan cara mudah, iaitu mencuri.
3. Tanamkan Konsep Nilai Dalam Diri Anak
Didik anak-anak tentang konsep nilai dan hak individu. Nyatakan pada mereka beza antara “ini milik saya” dan “ini milik awak”. Ajari mereka supaya tidak mengambil hak orang lain sesuka hati tanpa keizinan walaupun perkara tersebut kecil, seperti mencuri pensil kawan.
Kalau Anak Masih Panjang Tangan, Bawalah Mereka Jumpa..
Sekiranya perbuatan tersebut berterusan dan disebabkan oleh gangguan penyakit yang dipanggil sebagai kleptomania, maka ia perlu dirawat. Kleptomania merupakan sejenis gangguan penyakit mental dan kebanyakan kes melibatkan kecurian di kedai atau pasaraya. Mereka yang menghidap gangguan ini mempunyai kecenderungan untuk mencuri walaupun nilai objek yang dicuri adalah tidak seberapa.
Antara mereka yang boleh menghulurkan bantuan untuk membantu anak menangani masalah ini termasuklah: a) Ahli psikologi klinikal b) Pakar psikiatri c) Pakar terapi keluarga atau kaunselor
OLEH: ROSS AZURA ZAHIT zrazura@fcs.unimas.my, PSIKOLOGIS KLINIKAL, JABATAN SAINS KOGNITIF FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA (FSKPM) , UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) – wawancara bersama majalah Keluarga
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...