“Anak Pesan Minta Jaga Bayinya,” Wanita Berpantang 36 Hari Maut, Kesan Tusukan Pisau Di Leher. Sungguh ajal dan maut ditangan tuhan. Wanita di dalam tempoh berpantang cenderung untuk mengalami tekanan selepas bersalin. Mereka perlu diberi perhatian sebaiknya bagi mengelak tindakan di luar batasan.

Siapa sangka pesanan untuk menjagakan bayi yang keempatnya, merupakan pesanan terakhir daripada wanita yang maut ketika dalam tempoh berpantang ini.

Kesan Tusukan Di Leher

Wanita dalam pantang 36 hari ditemukan maut dengan kesan tusukan di leher di Kampung Beris Panchor, Tawang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa berusia 35 tahun ditemui berlumuran darah dalam bilik tidur oleh ahli keluarga.

Ibu mangsa, Zuraizah Mat, 58 berkata, mangsa ditemui di bawah katil dengan sebilah pisau pemotong sayur berada di bahagian tengah lehernya.

“Anak Pesan Minta Jaga Bayinya,” Wanita Berpantang 36 Hari Maut, Kesan Tusukan Pisau Di Leher

Anak Pesan Jaga Bayi

Katanya, sebelum kejadian, dia berada di ruang tamu dan mangsa menyerahkan anak lelakinya untuk bercakap di telefon dengan suaminya yang berada di Kedah.

“Anak pesan minta jaga bayinya dan dia kemudian masuk ke dalam bilik tidur, namun disebabkan dia berada lama dalam bilik, saya minta anak bongsu intai guna tangga sebab bimbangkan keselamatannya.

“Kami cuba pecah pintu bilik beberapa kali sebelum berjaya memecah masuk namun terkejut mendapati anak terbaring berlumuran darah dengan pisau tertusuk pada lehernya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beris Panchor, Tawang, di sini, hari ini.

Ads

Zuraizah berkata, dia melihat anaknya masih bernyawa dan mencabut pisau berkenaan sebelum meminta ahli keluarga membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Beris Panchor.

Sakit Bahagian Perut

Katanya, selepas melahirkan anak ke empat, mangsa banyak mengadu sakit di bahagian perut.

“Pagi tadi, dia baharu sahaja ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana masalah kesihatan dan doktor ada nasihatkan dia ambil ubat, sejak balik dia macam tertekan,” katanya.

“Anak Pesan Minta Jaga Bayinya,” Wanita Berpantang 36 Hari Maut, Kesan Tusukan Pisau Di Leher

Pulang Berpantang Di Kampung

Zuraizah berkata, mangsa dipercayai mengambil pisau di stor luar rumah dan masuk ke bilik tidur sebelum mengunci diri.

Katanya, mangsa sebelum ini tinggal di Kedah bersama suami dan tiga anak sebelum pulang ke kampung untuk berpantang.

Ads

Katanya, menantunya turut terkejut dengan kejadian ngeri itu berikutan mereka baharu sahaja selesai bercakap di telefon.

“Saya terpaksa bagi menantu bercakap dengan doktor untuk sahkan anak saya sudah meninggal dunia kerana dia tidak percaya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk tindakan lanjut.

Ads

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Ismail berkata, pihak polis turut menasihatkan orang awam yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami tekanan perasaan untuk mendapatkan bantuan polis atau pihak bertanggungjawab bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Mesti Baca:Jika Masih Terbenam, Jangan Cabut! Doktor Ini Kongsi Rawatan Awal Bagi Luka Tusukan Objek Tajam
Baca Lagi Di Sini:Daphne Iking Seru Ibu-Ibu Yang Mengalami ‘Meroyan’ Bangkitlah & Cari Bantuan
Artikel Menarik:Tak Berpantang Betul Sebabkan Ibu Ini Meroyan Hampir Nak Tikam Anak, Kemurungan Akhirnya Hilang Dengan 9 Cara

Mingguan Wanita:Aduhai kasihan sungguh ibu ini. Buat mak-mak yang sedang dalam berpantang dan alami tekanan, jangan pendam sendiri. Segera dapatkan bantuan bagi mengatasinya.

Sumber: Hmetro

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI