Anak perempuan pelakon Noralbaniah mengaku bersalah atas kesalahan dadah. Anak kepada pelakon Nor Albaniah Raffie, juga dikenali sebagai Noralbaniah iaitu Syarra Sudarman mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah dan dikenakan hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Untuk rekod, Noralbaniah yang popular sekitar era 1990-an pernah mendirikan rumah tangga bersama pelumba kereta, Allahyarham Sudarman Daud pada 1993. Namun suaminya meninggal dunia dalam kemalangan di Bukit Antarabangsa pada 11 Jun 1996.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan dikenali sebagai Syarra, 28.
Anak Perempuan Pelakon Noralbaniah Mengaku Bersalah
Ads
Seperti mana dilaporkan Mstar Mahkamah menerusi Majistret Saiful Sayoti turut mengarahkan Syarra menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun.
Bagi pertuduhan pertama, Syarra didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.72 gram di sebuah hotel di Kuala Pilah pada pukul 11.45 pagi, 12 Oktober tahun lalu.
Atas kesalahan tersebut dia dikenakan hukuman penjara lapan bulan bermula tarikh ditahan.
Sementara itu, pertuduhan kedua pula dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah pada pukul 3 petang, tarikh sama.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan bagi kesalahan berkenaan bermula hari ini.
Selepas 23 tahun menjalani pembedahan, penerima hati pertama di Malaysia Afiq Ikmal Muhammad Zaini kini dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati serta berdepan kemungkinan perlu menjalani prosedur pembedahan pemindahan organ itu sekali lagi.
Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini berkemungkinan perlu menjalani semula prosedur itu, jika berlaku penolakan kritikal pada organ hati yang diterimanya, pada 1999.
Pemuda berusia 23 tahun itu kini dirawat di wad rawatan separa rapi (HDW) Hospital Selayang, Selangor, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bergantung kepada alat pernafasan, sejak Sabtu lalu.
Bimbang Keadaan Anak
Bapanya, Muhammad Zaini Rahim, 50, berkata pasukan perubatan kini sedang berusaha menstabilkan keadaan anaknya, selain belum memuktamadkan tindakan lanjut.
Beliau mengakui bimbang keadaan Mohd Afiq Ikmal, walaupun anaknya itu kerap dimasukkan ke hospital sebelum ini, selain menyifatkan keadaan itu sangat teruk dan pertama kali berlaku selepas jalani pemindahan organ.
“Afiq sebenarnya baru tiga hari dibenarkan pulang dari hospital selepas dirawat akibat jaundis. Keadaan dia masih okay sejurus tiba di rumah, tetapi semakin merudum sejak hari kedua dan terus tidak sedarkan diri, Sabtu lalu.
“Doktor juga ada terangkan kemungkinan berkenaan, tetapi prosedur ini rumit dengan keadaan Afiq dan persekitaran semasa.
“Kita pun belum berbincang atau buat keputusan mengenai penderma setakat ini, jika Afiq perlu menjalani semula prosedur ini,” katanya.
Tidak Sedarkan Diri Selepas Sarapan
Berkongsi detik cemas itu, Muhammad Zaini berkata, pihaknya terpaksa menghubungi ambulans selepas menyedari anaknya tidak sedarkan diri selepas selesai bersarapan, Sabtu lalu.
“Pagi itu dia bangun sarapan dan seperti biasa selepas makan dia akan tidur sekejap. Kemudian, saya kejutkannya untuk makan tengah hari dan makan ubat, namun dia tidak bangun saya ingatkan dia letih.
“Saya cuba kejutkannya lagi sekali, dia masih tidak memberikan reaksi sebelum kami menghubungi ambulans membawanya ke hospital,” katanya.
Dalam pada itu, bapa tiga anak itu menyifatkan, Mohd Afiq Ikmal sebagai individu yang tabah dan kuat melawan penyakitnya.
“Selama ini kami tidak pernah dengar Afiq mengeluh sampaikan kadang-kadang kita tak tahu pun dia sakit, mungkin dia tidak mahu menyusahkan kami.
“Kami sudah usaha cuma doa dan tawakal saja mudah-mudahan Allah mudahkan dia melawan penyakitnya, memberi kesembuhan dan panjangkan usianya.
“Sebagai bapa, dengan rasa rendah hati saya memohon rakyat Malaysia sama-sama mendoakan kesembuhan Afiq, mana tahu mungkin ada doa hamba Allah lain yang dimakbulkan,” katanya.
Doakan Terbaik
Sementara itu, penderma hati pertama di Malaysia, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45, mendoakan yang terbaik buat Afiq Ikmal.
“Saya harapkan terbaik bagi adik Afiq kerana jangka hayat penerima mampu bertahan lebih 20 tahun selepas menjalani pembedahan pemindahan hati.
“Saya agak risau jika berlaku penolakan, selepas 22 tahun pembedahan dilakukan kerana ada kes penerima lain, Nurul Afiqah Mohd Zahir, meninggal dunia selepas puluhan tahun menjalani pembedahan sama.
“Afiq sebelum ini, dikatakan sudah beberapa kali keluar masuk hospital, tetapi keadaannya kali ini agak membimbangkan. Saya bercadang untuk menziarah Afiq, kira-kira jam 9 pagi esok,” katanya.
Sebelum ini, Wan Mohd Hafizam dilapor mendermakan sebahagian hatinya kepada Mohd Afiq Ikmal yang ketika itu berusia 14 bulan.
Paparan kisah Mohd Afiq Ikmal itu mendorong Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu, walaupun antara mereka tiada pertalian saudara dengan keputusan itu dibuat atas dasar kemanusiaan.
Bakal ibu muda yang menggunakan akaun Facebook Ashraf Amalina ini telah berkongsi satu status yang bukan saja memukau dirinya, malah anda yang melihatnya.
Catatannya tentang pengalaman dirinya mengikuti kelas antenatal (kelas persediaan untuk ibu bersalin) kali kedua. Apa yang memukau pandangan adalah hiasan dalaman hospital swasta iaitu tempat kelas diadakan bagaikan bertaraf hotel.
“To be honest, actually ni second time join ANTENATAL CLASS. Before this join dekat hospital private yang lain, but kali ni join under Andorra Woman & Children Hospital.
“Well, as young parents to be (umur memasing 23 kira aci la tu young kan? memang rasa nervous yakmat nak tunggu baby keluar . Nak nak first baby. So kena la timba ilmu bebanyak sampai 2 kali masuk kelas tau. Ching ! “
Akuinya lagi, pasangan suami isteri ini lebih selesa memilih kelas antenatal kerana speakernya semua bagus-bagus.
“Tak mengantuk langsung dalam kelas. Sangat happening and apa yang disampaikan terus masuk telinga serap dalam otak tau.
“Mula-mula sampai and park kereta tengok bangunan pun dah cukup menteramkan jiwa. Sooo English style ok. Itu baru design luar bangunan belum tengok interior design lagi. Memang cantik bak hangggg!”
Sebaik masuk ke pintu hospital, mereka dijemput oleh Pn. Zaila, CEO Andorra. Bt the way, rasa adore sangat dengan beliau, very informative and tak sombong.
“Bukan CEO je, memang semua staff kat sana sangat helpful and tak lokek senyuman langsung. Yang ni memang tak tipu.
Boleh kumpul pahala tau, terpandang kejap pun terus senyum (Dalam Islam, senyuman juga adalah salah satu bentuk sedekah dan individu yang mengamalkannya akan memperoleh ganjaran pahala sekiranya berbuat demikian)
Kelas Antenatal Bermula
Dengan bacaan doa oleh En. Faris ( if am not mistaken his name la ) diikuti ucapan from their founder, Dr Khamsiah bt Muda. Rasa terharu bila beliau bagi speech sebab kenapa nak buka hospital sendiri.
Her speech already made me want to deliver here ! Apa yang kita nak, memang ada pada hospital ni tau.
Also speech tentang ‘REZEKI’ from Sheikh Dr. Tawfique, executive director yang sangat menusuk kalbu jiwa encik suami (Ashraf). Very inspiring and motivated !
Modul Kelas Antenatal
Banyak manfaat join kelas ni, dapat ilmu pasal Probiotic, What to expect in labour room, Nutrition, Exercise, Father role annnnnnnnd paling best pasal breastfeeding (since iols bercita-cita nak fully BF baby till 2 years old).
Diajar juga cara pernafasan yang betul masa dalam labour room (this one memang sekarang selalu terfikir kat kepala macam mana nak beranak since rasa takut seram sejuk sangat memikirkan ‘Contraction Pain and Episotomy’)
Siap praktikal kelas tau cara bernafas dengan betul and kena cubit-cubit lagi dengan suami (konon-konon contraction lettew) haha.
Bukan takat belajar tengok video tulis gitu je ok ! Semua module yang disediakan memang buatkan hati ni rasa lega and tak perlu lagi susah nak tidur sebab dah tahu teknik-teknik masa nak bersalin. Apa yang dah diceritakan dalam kelas memang dah cukup positif kan minda.
Makanan
Memang lebih dari 5 tau. For sure la sedap kalau dah Chef Zubir Zain and team. Terkinja-kinja perut nak makan.
Too much variety of food sampai tak termakan semuanya. Nak makan banyak mana pun makan la, tak ada control-control punya masa nak ambil makanan.
Goodies
Banyak gila tak terkata siap dapat lucky draw ! Yeay. Fee registration more than berbaloi tahu tak. Overall, boleh kata kelas yang terbaik kami suami isteri pernah join !
Hospital ni SHARIAH COMPLIANCE tau. Apa yang dimaklumkan is dekat level Maternity Ward takkan ada staff lelaki yang akan masuk kecuali ada kerja-kerja maintenance (itupun akan diescort oleh staff wanita ya)
From A to Z memang semua yang merawat and handle patient adalah wanita. Memang menepati citarasa Ashraf nak isteri dia bersalin kat sini. (well my husband so choosy than me, siapa je tak kenal perangai cerewet dia
Tambahnya, hospital ini bukan khas for Muslim sahaja, for NON-MUSLIM pun boleh tau. Yang penting anda mestilah WANITA dan KANAK-KANAK.
Untuk LELAKI pun boleh but for emergency case only, kalau perlu warded akan ditransfer ke Hospital yang terdekat.
Memasuki hari ke-5 bulan puasa, dan kesempatan cuti hujung minggu lepas, tentu ramai mak mak yang dah melawat bazar Ramadan. Perasan tak, kebanyakan menunya sama jer setiap tahun?
Hasil tinjauan team Mingguan Wanita di beberapa bazar Ramadan sekitar Lembah Klang, 5 makanan ini antara yang didapati paling laris dan diburu golongan wanita. Cuba tengok, sama ke tak?
(1) Kuih Tepung Pelita
Kuih kegemaran anak-anak dan mak mak bila berbuka. Rasanya lembut, lemak manis dan cair di mulut. Paling terkenal adalah Tepung Pelita Paya Jaras yang popular dengan slogannya, ‘Rasa Sebulan Rindu Setahun’.
(2) Martabak
Kalau lalu gerai martabak ni, memang tak sah kalau mak mak tak singgah. Bau semerbak martabak yang digoreng, dari jauh lagi dah memanggil-manggil. Selalunya gerai martabak ni memang banyak, tapi ikut nasib juga ada peniaga yang kedekut inti, harga mahal, rasa ke laut?
(3) Ayam Golek / Ayam Percik
Ini memang pilihan mak mak yang tak sempat masak lauk berbuka. Bila tengok ayam-ayam togel atau kambing bergolek di bazar Ramadan, tertelan air liur. Tengok ayam percik pun sama, tiba-tiba jer laparkan? Bau asapnya pun dah cukup mencabar iman. Dapat pula ayam percik Kelantan.
(4) Air Tebu, Air Kelapa, Air Soya Ais
Walaupun ada macam-macam pilihan air yang dijual, tapi ramai yang masih berbaris panjang di gerai air tebu, air kelapa dan air soya. Mungkin sebab perisa pilihan ni lebih semula jadi dan bukan berasaskan air gula semata-mata. Apa pun, tengok juga kebersihan peniaga. Minta kurang gula dan kurang ais ya!
(5) Popia Basah
Kalau tengok popia basah bersalut sambal memang menguji jiwa betul. Antara yang paling sedap adalah Pak Ya Popia Power. Peniaga yang jual popia sedap biasanya tak kedekut inti, bersaiz besar dan berpatutan.
Tip Sebelum ‘Terbabas’ Di Bazar Ramadan
Mak mak fikirlah dulu sebelum beli. Fokus terhadap makanan yang dimahukan saja untuk berbuka.
Amal konsep 1:2. Beli 1 juadah berat dan 2 juadah ringan saja. Itu sudah memadai untuk berbuka dan moreh.
Utamakan makanan yang dimasak tanpa santan atau berminyak. Kurangkan kuih-muih manis, air minuman atau bubur.
Ajak anak-anak beli di gerai yang bersih dan makanannya bertutup. Tengok peniaganya juga, bertopi dan berapron tak? Kalau kukunya panjang dan kotor, oh tolonglah cari gerai lain!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...