Anak pasang kunci basikal di leher ibunya, kemudian terlupa kod. Seorang ibu terpaksa minta bantuan polis untuk membukanya.
Alahailah anak, menguji sungguh perangai! Mujurlah tidak berbahaya, jika tidak menyesal tak sudah. Kasihan sungguh ibunya yang pada mulanya menganggap anaknya sekadar berjenaka.
Seorang wanita di Beijing, China mendapatkan bantuan polis selepas kunci basikal yang dikalungkan di lehernya tidak dapat dibuka.
Kejadian 7 Oktober lalu berlaku apabila anak wanita itu berusia empat tahun meletakkan kunci basikal itu pada leher ibunya serta terlupa kod kunci untuk membuka semula.
Anak Pasang Kunci Basikal Di Leher
Akibatnya, wanita itu mendapatkan bantuan polis di balai polis Huai’an di Jiangsu dalam keadaan panik dengan kunci basikal itu masih pada leher.
Wanita itu memberitahu pegawai polis, anak lelakinya bermain dengan kunci basikal itu ketika dia mencuci tandas.
Kanak-kanak itu kemudian meletakkan kunci itu pada leher ibunya.
Pada mulanya, wanita itu menganggap perbuatan anaknya sekadar jenaka, apatah lagi dia mengetahui kod membuka kunci basikal berkenaan.
Namun, dia panik apabila menyedari kod asal tidak boleh digunakan kerana anaknya menukar kod terbabit.
“Saya tidak boleh buka kunci basikal itu dengan kod yang saya tetapkan.
“Saya tak tahu berapa kali dia tukar kod itu, jadi saya pun panik,” katanya kepada polis yang dipetik portal Oditty Central.
Polis memeriksa kunci basikal itu, tetapi tidak dapat membantu wanita itu sebelum memanggil pasukan bomba.
Pasukan bomba meletakkan tuala kecil di antara leher dan kunci basikal itu untuk membolehkan mereka memotong kunci berkenaan.
Wanita itu menarik nafas lega selepas pasukan bomba memotong kunci itu.
Dia juga sempat memberitahu bahawa sudah memukul anaknya kerana berkelakuan nakal.
Baca Juga Di Sini :
Mak Adalah IBU TERBAIK & Sempurna Walaupun Penat, Letih Layan Karenah Anak
Jaga Ibu Tidak Sepayah Dia Melayan Karenah Anak. Hargai Selagi Ada!
Tidak Pernah Lelah Melayan Karenah Anak, ‘Me Time’ Sejam Sebelum Masuk Tidur Sudah Mencukupi
Mingguan Wanita : Beginilah membesarkan anak-anak yang makin meningkat usia, kadang-kadang sikap mereka cukup menguji kesabaran. Nasib baik leher ibunya dapat dilepaskan. Anak oh anak!
Sumber : myMetro
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita