Personaliti mak ayah. Perasan tak kalau anak buat perangai, mulalah suami atau isteri cakap ikut perangai pasangan. Kadang-kadang teringat pula peel kita sendiri masa kecil-kecil.
Sebab itu, mak ayah janganlah lepaskan perasaan dan marah anak bila dia buat perangai. Tanpa kita sedar, sedikit sebanyak anak ikut personaliti mak ayah itu sendiri.
Ada cara nak ‘handle’ anak yang perangai buat kita sentiasa nak marah. Kalau dah ikut personaliti mak ayah, dah tentu kita sendiri boleh tahu cara nak kawal. Begitu juga dengan anak-anak kita, kan.
Jadi, apa patut mak ayah kena buat. Ada caranya, seperti yang dikongsikan oleh Siti ‘Aisyah Rozalli ini.
Itulah anak yang biasanya paling sama personaliti dengan kita dan sudah pasti itulah sebenarnya perangai kita pun.
Ads
Jadi, macam mana nak handle?
1. Tegur anak dengan cara yang kita rasa kita OK untuk ditegur.
2. Layan anak dengan bahasa cinta yang sama dengan kita: kalau kita jenis suka sentuhan, sentuh juga anak tu selalu.
Peluk dia. Kalau kita jenis suka hadiah, bagi dia hadiah simple-simple – bunga ke, kapal terbang kertas ke.
3. Setiap kali anak kita buat kita sakit hati, cuba bayangkan kita yang tengah jadi anak tu. Kenapa kita buat macam tu? Understanding is the key to communication.
Fahamkan anak kita tu. Baru senang kita nak handle.
Cuba reflect diri kita, atau diri pasangan kita dalam diri anak kita.
Sama kan.
Reflect selalu.
Ads
Nanti, Insya Allah kita akan rasa lagi mudah nak uruskan perangai anak kita.
Sebab, rupanya kalau tak sama dengan perangai kita, anak sama dengan perangai husband kita.
Mingguan Wanita : Cuba perhati! Rupanya anak yang paling kita geram itu, kalau tak sama perangai mak mungkin sama dengan perangai ayahnya. Reflect diri kita atau pasangan kita. Bertabahlah.
“Beri alasan tak sihat ikut percutian keluarga.” Suami kantoi curang dengan wanita lain melalui rakaman kamera tertutup.
Begitulah kesudahannya bila seorang lelaki memberi alasan tidak sihat kerana dirinya mempunyai perancangan lain ketika isteri dan ahli keluarga tiada di rumah.
Beri Alasan Tak Sihat Ikut Percutian Keluarga
Seorang pengguna aplikasi TikTok, baru-baru ini telah mendedahkan tindakannya yang berjaya merakam kecurangan suaminya menerusi rakaman kamera keselamatan loceng pintu kediaman mereka, lapor akhbar New York Post semalam.
Kaylie Kristina, menerusi akaun TikTok @kaylie271 berkongsi rakaman mengejutkan itu yang menunjukkan suaminya sedang mengucup seorang wanita lain.
“Apabila suami anda tidak sihat untuk pergi ke percutian keluarga yang telah dirancang,” demikian kenyataan yang ditulis pada video tersebut.
Suami Kantoi Curang Dengan Wanita Lain
Rakaman video hitam putih yang dirakam sekitar pukul 10 malam itu menunjukkan suami Kristina mengucapkan selamat tinggal kepada teman wanitanya di bahagian tangga hadapan rumah mereka lantas menciumnya.
Kristina menjelaskan bahawa lelaki itu menganggap kamera keselamatan tersebut tidak lagi berfungsi.
Dia turut memaklumkan bahawa suaminya telah meminta maaf namun baginya, ia tidak mencukupi. – AGENSI
Mingguan Wanita : Naluri seorang isteri, jarang sekali salah. Pasti isteri ini dapat merasakan sikap suaminya yang berbeza, oleh sebab tu terlintas di fikirannya untuk melihat rakaman kamera keselamatan tersebut.
Berkongsi kisah pahit manis kehidupan berumah tangga ibu kepada dua orang anak perempuan, Rohayu Abdul Manaf (bukan nama sebenar) 29 tahun, yang dibina bersama suami, Amiruddin Ahmad (bukan nama sebenar) 45 tahun. Mereka diuji dengan masalah kewangan yang berpunca daripada ketidak tentuan pekerjaan suaminya. Sudahlah duit perbelanjaan sentiasa tidak cukup muncul pula kelibat orang ketiga yang mengeruhkan lagi keadaan. Isteri mana yang tidak terluka apabila suami mula berlaku curang. Namun disebabkan jarak umur yang jauh berbeza serta rasa hormat yang tinggi, Rohayu sering memberikan silent treatment kepada suaminya. Tanpa disedari keadaan itu berlanjutan sehingga berbulan-bulan. Masalah tidak juga selesai malah menambah tekanan dalam diri Rohayu.
Dalam kes ini, majoriti wanita akan menjadi ‘mangsa’ kepada perasaan sendiri dan tidak tahu apa yang perlu mereka buat untuk mempertahankan rumah tangga. Jadi, ada tiga langkah awal yang wajib dilakukan apabila berlakunya ‘ribut’ dalam hubungan yang dikongsikan oleh Puan Diyana Tahir, Pakar Hubungan & Keintiman.
1.Being Present
Ramai orang gagal mengecapi kebahagiaan kerana tidak being present. Masih terperangkap dengan dendam, kemarahan, kekecewaan akibat peristiwa lalu yang menyebabkan kita tidak nampak apa nikmat yang telah kita kecapi hari ini.
Apa kata, pejamkan mata sejenak, lihat dengan mata hati,“Adakah aku sudah being present dalam hidup? Adakah dengan ‘hidup’ pada masa lalu akan membuatkan hubungan ini makin baik?”
2.Perbaiki Diri
Tumpukan pada diri, bukan pada pasangan anda. Jangan harapkan pasangan berubah tetapi anda yang perlu mula ubah diri. Upgrade diri, emosi dan minda. Penuhkan diri dengan mindset positif. Inilah antara elemen self-love. Ramai yang tidak percaya dengan mencintai diri sendiri, energi kasih sayang akan berkembang dan ‘berjangkit’ kepada orang lain.
3.Gali Ilmu Rumah Tangga
Setiap kebahagiaan perlukan ilmu. Apatah lagi ilmu untuk melayari alam perkahwinan yang banyak cabaran dan rintangan. Cubalah mengikuti program-program yang boleh membantu pasangan yang mengalam masalah seperti ini.
Semarakkan Kasih Sayang
Dalam menyemarakkan kasih sayang dalam rumah tangga, ada beberapa tip hebat untuk anda gunakan secara halus dan berkesan untuk keintiman dalam rumah tangga.
1.Kagumi Kelelakian
Lelaki akan merasa menang apabila wanita wanita mengkagumi kualiti kelelakiannya.
Ungkapkan ‘saya kagum dengan kematangan dan ketenangan abang, saya suka sebab saya rasa abang seksi macam tu’. kata-kata ini membuatkan suami sentiasa merasa hebat dan gembira.
2.Tunjukkan Bahagia
Setiap hari tunjukkan rasa bahagia kepada suami. Sentiasa gembira dan tersenyum, hadapi masalah dengan tenang dan tidak menyalahkan suami semata-mata. Seorang isteri perlu membahagiakan dirinya dahulu barulah dia boleh membahagiakan suami dan keluarganya.
3.Hargai Suami Seadanya
Ada kalanya kita tidak suka dengan perangai dan tingkah laku suami. Namun, kita perlu
berusaha menerima dia seadanya. Belajar bersama dan sentiasa menambah baik diri masing- masing dengan membaca, menghadiri ceramah dan sebagainya. Sekiranya dia berbuat salah maafkan dia kerana kita juga seperti dia pernah berbuat salah dan tidak sempurna.
4.Tanya Pada Suami
Tanya pada suami ‘Apa yang buat abang rasa menang ketika bersama sayang?’. Soalan seperti ini akan membuatkan kita lebih memahami kehendak suami dan sama-sama meningkatkan frekuensi diri. Tanamkan di dalam hati bahawa ‘aku akan menangkan suami’, sentiasa fokus kepada solusi. Ungkapkan pada suami ‘saya faham apa abang cakap’.
5.Beritahu Apa Yang Anda Suka
Ungkapkan apa yang anda suka apabila suami lakukan sesuatu, contohnya ‘saya rasa bahagia apabila menonton wayang bersama abang’.
6.Rasai Kemaafan
Setiap insan di dunia pasti melakukan kesilapan, namun kita tidak sepatutnya menjatuhkan
hukuman ke atas mereka sebaliknya perlu sentiasa belajar dari kesilapan agar tidak
mengulanginya lagi. Ungkapkan ‘saya faham kenapa abang buat macam tu, saya harap abang tak buat lagi’.
7.Isteri Bijak Urus Diri
Jangan salah faham. Ini tidak bermakna suami melepaskan tanggungjawabnya terhadap isteri. Namun suami akan rasa menang dan bangga apabila isterinya mampu berdikari dan bijak menguruskan dirinya.
8.Sentiasa Beri Respon
Puji dia ‘Allahamdulillah, tahniah abang berjaya dapatkan kontrak tu’. ‘Wah bersih dan
cantiknya kereta abang, baru cuci ke?’. Sentiasa sedar dan berikan pujian supaya suami rasa menang dan hebat di mata isterinya.
9.Suami Dihargai
Ucapan terima kasih adalah amat berkuasa dalam konteks ini. ‘Terima kasih abang tolong
sayang basuh pinggan, sayang abang’ atau ‘Terima kasih abang belanja sayang dan anak-anak makan’.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sehabis boleh memang nak elakkan daripada jatuh hati pada suami orang, tetapi kalau tetiba hati teruska juga macam mana ya?
Bercinta dalam diam dan anggap itu takdir yang Allah tentukan? Mudahnya nak bina kebahagiaan atas derita orang lain. Sepatutnya, cubalah mengelak dan fikir perasaan orang sekeliling. Ini termasuk hati perempuan yang berstatus isteri kepada suami orang yang kita tersuka tadi.
Isu ini lebih mudah dihadam kalau anda boleh berlapang dada dengan pandangan saudara Firdaus Shakirin ini, mudah bagi kita tapi belum tentu mudah bagi orang lain.
Bila Dah Jatuh Hati Suami Orang
Saat kita didekati oleh suami orang, saat kita jatuh hati pada suami orang, saat kita rasa bahawa suami orang itu yang terbaik untuk kita dengan sifatnya, sikapnya dan cara dia melayani kita, maka ingatlah kata-kata diatas.
Mudah bagi kita untuk rasa semua tu.
Kita minta urusan kita dan si dia dipermudahkan, dapat bersatu, hidup bersama… tapi bagaimana urusan orang lain iaitu isterinya?
Belum tentu mudah untuk isterinya menerima, belum tentu mudah untuk dia memahami apa yang terjadi. Belum tentu mudah untuk dia berkongsi dan belum tentu mudah untuk dia memulakan hidup dengan anak-anaknya jika dia memilih untuk pergi dari hidup suaminya.
Belum tentu mudah untuk dirinya.
Jadi, jatuh hati pada suami orang itu bukanlah satu kesalahan, ingin memiliki suami orang itu boleh jadi satu kemungkinan, dan berharap supaya dapat berkongsi itu bukanlah sesuatu yang diharamkan.
Fikirlah Nasib Isterinya
Cuma fikir, apa yang kita inginkan ini mungkin mudah bagi kita, namun belum tentu mudah bagi orang lain.
Isterinya sangat memerlukan dia untuk terus menjadi seorang suami dan anak-anaknya juga sangat memerlukan dia untuk terus menjadi seorang ayah. Mereka memerlukan dia lebih dari kita perlukan dia.
Jadi, biarlah dia hidup dengan keluarganya, carilah orang lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!