Keibubapaan

Anak Norzie Pak Wan Chek & Aidid Marcello Bergelar Hafiz Selepas 11 Bulan 20 hari

Share

Anak Norzie Pak Wan Chek dan Aidid Marcello bergelar hafiz selepas 11 bulan 20 hari. Anak kepada pasangan personaliti televisyen, Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek, Muhammad Iman Aidid Marcello telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran. Muhammad Iman kini sah bergelar hafiz al-Quran.

Anak Norzie Pak Wan Chek & Aidid Marcello Bergelar Hafiz Selepas 11 Bulan 20 hari

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan Akademi Al-Quran AKMAL di TikTok, Iman bersama ibu dan bapanya hadir di majlis penyampaian sijil yang diadakan pusat pengajian tersebut, baru-baru ini.

Difahamkan, Iman berjaya menghafaz kesemua juzuk di dalam al-Quran dalam masa 11 bulan 20 hari.

Menerusi video tersebut juga, Aidid turut menitipkan rasa syukur atas kejayaan Iman dan berpesan kepada anaknya itu untuk sentiasa menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

Wahai anakandaku, Alhamdulillah. Anakanda telah menunaikan amanah bonda dan ayahanda untuk menyempurnakan 30 juzuk al-Quran.

Ianya juga adalah amanah dan tanggungjawab termulia yang anakanda akan pikul sehingga ke akhir hayat.

Maka, pada hari ini bonda dan ayahanda memberi amanah kepada anakanda menjaga, mengulang, mengingati serta memperjuangkan al-Quran sepanjang hidup anakanda.

@akademiakmal Tahniah Muhammad Iman Al-Hafiz, putera Aidid Marcello, atas kejayaan khatam 30 juzuk Al-Quran dalam masa 11 bulan 20 hari. Buat para huffaz, ingatlah bahawa setiap huruf yang kalian hafal adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh istiqamah. Teruskan usaha, kerana setiap pengorbanan di jalan ini akan dibalas dengan kemuliaan di sisi Allah. #akmalspeedtahfizprogramme #akademiakmal #hafizsetahun #tahfizmalaysia #hafizahquran #motivasi #tahfizquran #quran #imanaididmarcello #fyp #haflahtakrimi ♬ original sound – Akademi Al-Quran AKMAL

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan ucapan tahniah buat Iman atas kejayaannya bergelar hafiz al-Quran.

Berikut antara komen-komen warga maya:

Sumber: TikTok akademi akmal

Baca artikel lain juga: Sweet Cara Aidid Marcello Bahagiakan Isteri, Norzie Pak Wan Chek

Anak Lelaki Pertama Aidid Marcello Khatam Al Quran, Ini Pesanan Daddy Agar Iman Tak Lupa

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Has