Anak Norzie Pak Wan Chek dan Aidid Marcello bergelar hafiz selepas 11 bulan 20 hari. Anak kepada pasangan personaliti televisyen, Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek, Muhammad Iman Aidid Marcello telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran. Muhammad Iman kini sah bergelar hafiz al-Quran.
Anak Norzie Pak Wan Chek & Aidid Marcello Bergelar Hafiz Selepas 11 Bulan 20 hari
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan Akademi Al-Quran AKMAL di TikTok, Iman bersama ibu dan bapanya hadir di majlis penyampaian sijil yang diadakan pusat pengajian tersebut, baru-baru ini.
Difahamkan, Iman berjaya menghafaz kesemua juzuk di dalam al-Quran dalam masa 11 bulan 20 hari.
Menerusi video tersebut juga, Aidid turut menitipkan rasa syukur atas kejayaan Iman dan berpesan kepada anaknya itu untuk sentiasa menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.
Wahai anakandaku, Alhamdulillah. Anakanda telah menunaikan amanah bonda dan ayahanda untuk menyempurnakan 30 juzuk al-Quran.
Ianya juga adalah amanah dan tanggungjawab termulia yang anakanda akan pikul sehingga ke akhir hayat.
Maka, pada hari ini bonda dan ayahanda memberi amanah kepada anakanda menjaga, mengulang, mengingati serta memperjuangkan al-Quran sepanjang hidup anakanda.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
Ads
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Ads
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sangat penting untuk mengatur perbelanjaan keluarga. Tapi bagaimana pula jika si isteri seorang yang boros?
Setiap bulan suami akan serahkan sejumlah wang kepadanya untuk menguruskan segala perihal rumah tangga. Itu belum lagi nafkah untuk dirinya sendiri. Tapi pasti tidak berbaki malah kadangkala dia akan meminta tambahan lagi kerana sudah ‘terguna’ wang untuk urusan rumah tangga. Tentu anda bengang bukan?
Tak bermaksud suami hendak berkira dengan isteri sendiri, tapi kalau kewangan tak dirancang betul-betul, boleh menjadi satu masalah besar di kemudian hari.
Sifat boros memang sulit untuk dihilangkan, tetapi tidak boleh dibiarkan begitu saja. Ada langkah-langkah yang boleh diusahakan untuk menghilangkan sifat boros daripada isteri anda.
Bicara Dari Hati
Langkah pertama yang sangat penting dan harus dilakukan adalah membicarakan permasalahan yang terjadi. Kadangkala isteri tidak sedar bahawa dia tidak mengamalkan sikap berjimat cermat saat berbelanja. Kadangkala alasan yang diberi; dia bukan beli untuk dirinya sendiri tapi untuk anak misalnya. Tapi kalau setiap minggu nak shopping baju anak, boleh botak kepala suami dibuatnya!
Memang memberi nafkah isteri adalah kewajiban seorang suami, tetapi jika sudah pada tahap yang berlebihan harus dihentikan. Bicaralah secara terbuka dengan isteri agar dia menyedari kesalahannya dan akhirnya bersedia untuk mula mengatasi permasalahan tersebut. Jika isteri tidak mengetahui apa kesalahannya, masalah tidak akan dapat diatasi sampai bila-bila.
Tunjukkan Jumlah Belanja Bulanan
Anda boleh ajak isteri bersama-sama untuk mengira perbelanjaan bulanan keluarga. Mungkin selama ini dia tak perasan kerana setiap kali minta duit, anda akan berikan saja. Dia tidak sedar kebiasaan itu sebenarnya membebankan anda sebagai suami. Apatah lagi jika dia suka membeli sesuatu yang bukan keperluan. Setelah menyedari jumlah perbelanjaan bulanan, mungkin baru isteri akan menyedarinya.
Rancang Kewangan
Membuat perancangan kewangan untuk jangka masa panjang sangat berkesan untuk mengubah mindset seseorang. Mungkin ketika ini isteri berbelanja dengan boros kerana tidak menyedari keperluan wang itu pada masa hadapan. Mungkin kerana anak-anak masih kecil dan ahli keluarga belum ramai. Bayangkan jika anak-anak semakin ramai dan semakin besar. Perbelanjaan pasti semakin tinggi diperlukan terutama untuk pelajaran mereka. Jadi, ajak isteri untuk duduk dan rancang kewangan keluarga agar dia tahu kedudukan kewangan keluarga.
Jangan Beri Sekali Gus
Sekiranya isteri anda seorang yang suka menghabiskan wang belanja bulanan secara sekali gus, anda mungkin boleh ubah taktik dengan memberikannya secara sedikit demi sedikit. Misalnya memberinya secara mingguan. Mungkin jika memberikan sekali gus di awal bulan, isteri berasakan wang yang dimilikinya banyak dan boleh berbelanja dengan mudah sedangkan wang itu adalah untuk sebulan!
Komitmen Bersama
Ajak isteri membuat komitmen bersama. Misalnya isteri gemar Melancong. Jadi boleh pujuk isteri untuk sama-sama menabung dan menjaga bajet keluarga sekiranya di hujung tahun ingin bercuti sekeluarga ke tempat yang diidamkannya, misalnya ke luar negara. Dengan cara ini dapat mendidik isteri untuk bersama-sama menjaga bajet keluarga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rezeki mentua baik, Datuk Yusof & isteri kesat air mata ucap selamat jalan tunaikan umrah buat Puteri Sarah, cucu. Allahu, rezeki pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37 ini yang dikurniakan keluarga mentua yang sangat baik.
Seperti sedia maklum isteri kepada Syamsul Yusof dan ibu kepada dua cahaya mata Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 2 itu berhadapan dengan kemelut rumah tangga.
Rezeki Mentua Baik
Walaupun kelibat suaminya tidak kelihatan namun begitu terharu apabila melihat ibu dan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail berada di KLIA bagi menghantar Sarah ke Tanah Suci bersama dua anaknya.
Malah keduanya dilihat mengesat air mata bagi mengucapkan selamat jalan buat menantu dan cucu-cucu kesayangannya.
Moga Ada Jalan Penyelesaian
Menyatakan dirinya tak sabar untuk mengejar Lailatul Qadar di tanah suci, Sarah juga mahu memohon agar segala urusannya dipermudahkan.
“Walaupun banyak dugaan saya rasa tak sabar untuk kejar Lailatul Qadar dekat sana, saya mohon urusan saya dan anak-anak dipermudahkan.
“Semoga balik nanti ada keputusan gembira, InsyaAllah, tak kisahlah apa keputusan yang Allah bagi petunjuk, saya akan ikut.
“Moga ada jalan keluar dan penyelesaian, apa pun yang terjadi bukan perkara buruk kerana saya anggap itu kehidupan baharu,” ujarnya seperti mana dilaporkan mStar.
“Baiknya Keluarga Mentuanya, Ahamdulillah” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang memberikan sokongan dan doa buat Puteri Sarah. Malah Sarah juga dikatakan beruntung kerana mempunyai keluarga mentua yang baik hati.
Kesabaran Akhirnya Meletus
Bukan mudah untuk mempertahankan rumah tangga yang diganggu orang ketiga. Pasangan yang melalui saja tahu bagaimana deritanya. Sampai satu masa selepas puas bertahan, akhirnya ‘meletup’ juga.
Sebelum ini selepas puas mengelak, Sarah telah mendedahkan punca gosip rumahtangganya diketahui umum.
Akhirnya Puteri Sarah meluahkan rasa berangnya pada individu wanita yang mengganggu keamanan rumah tangganya itu.
Dakwanya di dalam instagram story miliknya, sejak tahun 2019, wanita bernama Ira Kazar ini menggangunya dengan fake akaun dan komen-komen menyakitkan hati.
Kesabaran yang dipertahankan Puteri Sarah akhirnya meletus jua bila mana Ira mula menyentuh tentang anak-anaknya.
Rezeki dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin merupakan impian bagi setiap pasangan suami isteri bagi melengkapkan lagi kebahagiaan rumahtangga. Namun demikian, ada pasangan yang cepat dikurniakan anak dan ada juga sebaliknya.Segalanya merupakan ketentuan rezeki daripada tuhan. Paling penting tidak pernah berputus asa berusaha dan terus berdoa supaya dikurniakan zuriat sendiri.
Ini nasihat yang dikongsikan oleh pelakon yang terkenal dengan aksi lagak ngeri Adam Corrie,55 bagi pasangan suami isteri yang sedang diuji dan berusaha untuk mendapat cahaya mata.
15 tahun usia perkahwinan, 10 tahun tempoh Adam Corrie dan isteri menanti penuh sabar kelahiran cahaya mata pertama mereka, Adam Fateh Lee yang kini telah berusia 5 tahun.
Nak kahwin lagi sebab tak ada anak? Dah usaha pergi jumpa doktor cek suami isteri?
Kadang-kadang suami yang ada masalah bukan isteri. Kalau suami ada masalah pon, boleh berubat. Kalau isteri pun ada masalah, pun boleh berubat.
Ini pengalaman saya. Usaha dulu.. Positif..bukan nak perli sesiapa. Ambil yang positif ye.
Usaha dahulu..cari jalan sama-sama.. usaha itu kena sungguh-sungguh..
ia bukan esok lusa boleh dapat anak. Makan masa. Ada cepat dan ada yang makan tahun.
Dalam dunia perubatan sekarang dah canggih, macam-macam cara boleh buat dengan mengikut syariat.
Jika dah usaha semuanyaa dan gagal.. cuba lagi , gagal juga..
Berdoa Minta Petunjuk Dari Allah
Berdoalah kepada Allah SWT sekali lagi. Minta pertunjuk adakah dengan adanya zuriat itu membuatkan aku, isteri aku bahagia bahagia berikanlah pertunjuk.
Boleh ambil anak angkat jika berkemampuan tapi jika nak ada zuriat sendiri dengan berkahwin lain. Adakah perkahwinan itu akan membahagiakan isteri kita sekarang dengan harapan perkahwinan lagi boleh dapat zuriat?
Tepuk dada tanya iman.Kita nak bahagia sekeluarga. Qanaah, asal punya rasa cukup. Hidup ini pasti indah, Nasihat untuk diri sendiri
Pengalaman sendiri, tiada zuriat selama 10tahun. Sekarang dah 15 tahun usia perkahwinan kami. Dapat zuriat ketika saya 50 tahun. Isteri 40tahun. Sekarang Fateh dah 5 tahun. Alhamdullilah.
Poligami adalah halal di sisi agama Islam. Kebahagian di tangan masing-masing. Posting saya tentang zuriat. Bukan halang orang lain orang berpoligami dan perli-perli orang lain.
Situasi ini ramai orang lalui. Bukan dituju kkhas kepada orang tertentu sahaja. Buat TTC , dah kahwin lama tapi tiada zuriat.
Harap maklum.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...