Ketam antara makanan lauk yang disukai ramai. Sedap masak lemak cili padi, goreng cili, kari dan sebagainya. Dengan harganya yang agak mahal, sangatlah rugi jika mak-mak tak pandai pilih ketam yang segar, banyak isi dan telur.
Puan Siti Aminah Yousoff ada kongsikan tips memilih ketam agar puas hati bila beli.Ia dipelajari berdasarkan pengalaman ayahnya yang merupakan seorang nelayan.
“Ok harini saya nak bagi tips untuk pilih ketam yang isinya padu dan penuh dengan telur.Mungkin ramai yang dah tau, tapi harini saya nak share pada yang belum tau.”
1.Semasa memilih ketam, pastikan ketam yang kita pilih tu berat, kecik tak pe yang penting berat.
2.Gambar nie saya pinjam, sebab saya nak bagitau perbezaan diantara ketam jantan dan betina. Ketam jantan bentuk 3 seginya kecik, ketam betina 3 seginya besar. Jadi kalu nak isi padu dan banyak telur, pilih ketam betina. Ketam betina isi lebih manis dan sedap.
3.Lihat tempat bertanda tu, pastikan tempat tu berwarna kuning atau keorenan.Maksudnya dalam tu memang ada telur dan isi memang padu.
4.Saya beli 4 ekor ketam tadi.Nampak tak telur ketam tu. Memang tak mengecewakan. Tak sabar nak masak untuk berbuka nanti.
5.Setelah dicuci dan dibersihkan.Ni la hasil nya.Alhamdulillah isi padu dan telur memang banyak.
6.Ini la hasilnya, ke 4 ketam yang saya pilih memang padu isi nya. Kalau rasa tips saya berguna, boleh la try nanti.Alhamdulillah.#SayaAnakNelayan
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
MW: Jadi buat mak-mak yang suka makan ketam dan selama ini tak tau macam mana nak pilih ketam yang banyak telur serta isinya padu, boleh lah jadikan tips ini sebagai panduan.Memang puas hati bila beli ketam macam ni.
Sumber:Siti Aminah Yousoff