Masalah anak kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi terutama berumur kurang dari enam bulan. Selalunya kembung perut ini berlaku beberapa kali dalam seminggu.
Tetapi mak ayah tidak perlu risau sebab masalah kembung ini akan berkurangan apabila bayi makin membesar kerana penyusuan yang semakin baik.
Nak tahu punca dan macam mana nak hilangkan kembung perut anak, boleh ikut tip yang dikongsikan Puan Amalina Mohd Daud ini…
Bila bayi dilahirkan, bayi dilahirkan dengan organ-organ di dalam perut seperti limpa, hati, usus, dan lain-lain lebih besar daripada ruang di dalam abdomen (abdominal cavity). Justeru, perut bayi kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya ianya normal. Lebih-lebih lagi bila bayi memang kurang dari 6 bulan.
Kembung perut selalu dikaitkan dengan colic – keadaan di mana bayi menangis tanpa henti tanpa sebab yang spesifik dan kemudian akan ok semula. Keadaan ini berulang-ulang terjadi. Namun, jangan bimbang sebab semakin bayi besar colic ni akan kurang kekerapan dan hilang dengan sendirinya.
Kenapa bayi kembung?
Cara menyusu yang salah
Untuk bayi yang menyusu botol, cara pemberian susu yang salah menyebabkan bayi mudah kembung. Botol terlalu condong atau lubang pada puting terlalu besar menyebabkan bayi mudah kembung. Kalau boleh dan mampu, gunakan anticolic bottle yang terdapat di pasaran untuk kurangkan masalah colic pada bayi. Lepas minum susu pulak, jangan lupa sendawakan bayi ya!
Overstimulation
Baby crying – parents kissing
Kadang-kadang bila terlalu aktif akibat terlalu banyak kita stimulate kan, bayi akan menangis. Bayi mungkin berasa penat dan tertekan kerana terlebih aktif. Pujuk-pujuk bayi dengan tenang dan beri urutan lembut. insyaAllah bayi akan lebih tenang
Susu tidak sesuai
Sesetengah susu tidak sesuai buat bayi. Bila susu dihadam, ia menghasilkan banyak gas dan buat bayi kurang selesa.
Apa nak buat bila bayi kembung?
Pertama, jangan #panik sebab panik memang tidak membantu. Hanya bertenang, ambil nafas dan lakukan #urutan dengan menggunakan essential oil (khas untuk bayi) pada bayi di bahagian perut dan belakang. Buat teknik urutan I LOVE U untuk membantu melegakan ketidakselesaan pada perut.
Anda juga boleh mengurangkan rangsangan pada bayi dengan #membedung bayi dan masuk ke dalam bilik yang gelap. Dukung, dodoi dan tenangkan bayi sehingga tertidur.
Sekiranya anda rasa susu menyebabkan anak anda kembung, #gantikan kepada susu yang lain. Bagi ibu yang menyusu badan, harus berjaga-jaga sebab pemakanan kita kadang-kadang buat bayi kembung perut.
Tanda-tanda kembung perut berbahaya!
Namun… anda perlu memastikan perut bayi anda lembut dan tidak sakit apabila ditekan. Apabila anda rasa perut bayi kembung dan keras, cepat-cepat bawa berjumpa doktor sebab kemungkinan besar bayi mempunyai masalah usus. Antara tanda-tanda lain yang harus anda waspada:
kurang berat badan
muntah-muntah
cirit-birit
najis berdarah
perut keras
bayi lemah dan tidak aktif
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI