Anak Mula Tantrum Bila Masuk 2 Tahun, Doktor Ini Kongsi Cara Terbaik Pujuk Si Kecil Bagi Diam

Share

Normal ke anak-anak mula tantrum apabila masuk umur 2 tahun? Mungkin ramai mak ayah yang sedang berdepan situasi ini tetapi tak semua pandai hentikan anak yang sedang mengamuk.

Lebih teruk ramai ibu ayah yang mengambil jalan mudah dengan memukul dan menjerit dengan harapan anak akan berhenti mengamuk. Nak tahu macam mana cara yang betul, baca perkongsian dari Dr Jaa Fauzi ini…

Umur 2 tahun adalah waktu yang nightmare buat sesetengah ibu bapa. Its called as the terrible twos. Ketika umur 2 tahun biasanya anak-anak akan mula tantrum seperti menangis sambil menggelupur, bertempik, lempar barang atau mungkin pukul ibu!!

Umar tidak terkecuali. Pertama kali kami ke occupational therapy, sesi temuramah tidak berjalan dengan baik kerana saya di pukul dan dilempar barang oleh umar. Buntu memikirkan apakah caranya… pelbagai yang dicuba alhamdulillah minggu lepas ditegur therapist umar, en din; ‘eh, umar dah tak pukul ummi?’

Tips dari therapist untuk pujuk anak tantrum…

1. Jangan rotan ketika anak mengamuk, biarkan sekejap anak layan perasaan.

2. Peluk anak kuat kuat, rapatkan badan tangan, rangkul sekali dengan kaki.

3. Bisikkan kata kata yang baik seperti ibu sayang, ibu minta maaf atau apa saja, atau doa dan selamat buat 1-3min.

4. Duduk sama level dengan badan dan mata anak, tengok dengan kasih sayang kerana pasti ada sesuatu yang dia tidak puas hati dengan anda

5. Setelah anak reda, bercakap cakap la dengan anak tentang rasa hati nya… tanya nak apa, kenapa marah, kenapa kita tak izinkan dan sebagainya, jangan marah anak sewaktu baru reda amuk.

Hamzah selalu amuk jika tak bermain atau kurang perhatian atau jika saya lama tak dukung dia.

Bagi ibu bekerja, pulang ke rumah, dah beribu plan dalam otak; keluarkan ayam, angkat baju, nak masak apa, sampah belum buang, nak ambik anak di taska dan sebagainya.

Walaupun sejuta tugas kita, berikan 15-30min pertama adalah dengan melayan anak-anak dengan permainan atau senda gurau, jika perhatikan, 2 jam lepas tu, dia tidak memerlukan anda lagi dan boleh bermain sendiri.

Cuba untuk seminggu, setiap hari, anda akan nampak perbezaannya. Kerana apa yang anak perlukan adalah sentuhan anda.

Published by
Nadia