Anak Mesej Tak Ada Wang Belanja, Mak-Mak Jangan Risau Setiap Kali Anak Minta Duit Insyaallah Allah Ganti. Sememangnya sebagai seorang ibu kebahagiaan anak-anak sememangnya yang paling didambakan.
Walau susah bagaimana seorang ibu pasti akan dipenuhi permintaan anak-anak. Apatah lagi bagi mereka yang bergelar ibu tunggal.
Menerut perkongsian dari Facebook Puan Dzuriasikim Dzulkefli ada rakan yang mengadu kehidupan hari ini memerlukan wang yang banyak. Apatah lagi apabila anak-anak sudah meningkat dewasa dan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Anak Mesej Tak Ada Wang Belanja
Nasihat dari ibu tunggal ini begitu berkesan di hati mak-mak. Sebenarnya dia mendidik anak hidup berdikari dan susah namun apabila anak perlukan bantuan dia akan menghulurkan pada kadar termampu.
Kata-katanya, “Setiap kali anak minta duit, kita beri sahaja. Pada jumlah yang kita mampu dan berpada. InsyaAllah Allah ganti. Kadang segera… serta merta Allah ganti. Kadang lambat. Tapi yakin Allah ganti….” Begitu terkesan di hati. Ikuti kisah yang dikongsikan.
“Suatu hari seorang teman saya berkata…
“Aku kadang rasa seram bila anak aku mesej. Bukanlah seram apa, tapi aku macam boleh rasa bila anak aku nak minta duit. Ni mesti takde lain, duit dah habis. Aku bukan tak boleh bagi. Tapi kau tahu lah business aku tak bagus macam dulu lagi.
“Aku bukan tak bersyukur. Aku tahu orang lain lebih sudah dari aku. Tapi kan, belanja untuk anak-anak sekarang sangat tinggi. Engkau pun tahu kan. Kau lagi lah, anak kau semua belajar (merujuk kepada saya dan anak-anak saya). Aku tak tahu macamana nak cakap. Aku tengok kau ni relaks je. Macamana nak buat ya…”.
Saya faham benar perasaan kawan saya itu. Dia seorang ibu yang berkerja keras bagi membantu ekonomi keluarga. Memberikan yang terbaik kepada anak-anaknya. Mengenepikan sakit demam untuk membuat keluarganya bahagia. Dia berkata demikian bukan kerana tidak suka bila anak minta belanja. Dia masih ada simpanan yang baik biarpun perniagaannya sedang diduga.
Hanya dia merasakan belanja anak-anak kini terlalu besar. Sudah jauh beza dengan dulu. Dia hanya mahu meluah rasa. Kerana dia tak mahu ada perasaan “tak best” bila perlu keluarkan wang yang banyak untuk anak. Atau ketika terlihat mesej dari anak meminta wang belanja…
Saya jawab…
“Sebenarnya anak-anak saya pun serupa. Tapi saya mengajar anak untuk belajar hidup susah sedikit. Anak-anak saya tak ada kereta. Mereka kena berjalan kaki atau naik bas atau grab untuk ke kuliah. Memang ada orang kata, jika hendak dikira, kos untuk naik bas, grab semua tu lebih kurang bayar ansuran kereta sebulan. Bukan kereta besar, tapi kereta Malaysia yang murahlah. Cuma bagi saya, “surviving skill” yang mereka belajar melalui kepayahan itu yang tak dapat kita beli. Saya nak anak-anak jadi lebih berdikari. Belajar untuk menjadi kuat mental dan hati…
Saya beritahu kawan saya lagi…
“Setiap kali anak minta duit, kita beri sahaja. Pada jumlah yang kita mampu dan berpada. InsyaAllah Allah ganti. Kadang segera… serta merta Allah ganti. Kadang lambat. Tapi yakin Allah ganti….
“Lepas tu kawan saya kata lagi…
“Memanglah aku tahu Allah ganti. Tapi kan duit tu macam air kan. Dulu duit aku banyak. Sekarang dah tak merasa lagi macam tu…”.
Saya jawab…
Tak apa… Fokus pada perkara yang baik-baik sahaja yang masih ada. Sebenarnya, banyak mana pun wang yang kita ada dan mampu belanja, kena ingat… Boleh jadi, suatu hari nanti duit yang kita rasa kecil hari ini akan menjadi jumlah wang yang besar yang kita harap masih kita miliki nanti – ketika kita memerlukan. Masa tu duit tu dah tak ada…” Dzuriasikim.
Baca Disini : Isteri Sanggup Berhenti Kerja Bimbang Hilang Momen Bersama Anak, Pilihan Hidup Tidak Sia-Sia
Mingguan Wanita: Didiklah anak-anak dengan baik.
Sumber / Sumber Foto : Facebook Dzuriasikim Dzulkefli
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI