“Azura…
Kaulah sinar hidupku
Yang mengalirkan cinta
Di dalam jiwaku”

“Oh Azura…
Kaulah sinar hidupku
Moga takdir menyatukan
Cinta kau dan aku
Azura…”

Lagu dan filem Azura cukup sebati dan memberi makna buat Raja Pop Datuk Jamal Abdillah. Sempena kelahiran anaknya yang ketiga, penyanyi ini turut mengabadikan nama Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober lalu dengan nama indah ini.

Meskipun perjalanan untuk mendapatkan cahaya mata ini tak mudah, kerana isteri penyanyi ini, Datin Zai Izzati Khairuddin,25, pernah mendapatkan rawatan pakar bagi menguatkan rahim setelah tiga kali keguguran sejak mendirikan rumahtangga. Kelahiran Nur Azura Yamani dianggap anugerah terindah dan melengkapkan kehidupan penyanyi ini dan isteri.

“Alhamdulillah ia adalah anugerah terindah daripada ALLAH SWT kerana sudah lama saya menanti kehadiran cahaya mata perempuan sekali gus melengkapkan rumah tangga,” katanya.

“Anak Meragam Diam, Setiap Kali Jamal Abdillah Nyanyikan Lagu Azura”

Anak Meragam, Nyanyi Lagu Azura

Setelah dua bulan kelahiran, Datuk Jamal Abdillah mengadakan Majlis Akikah Nur Azura Yamani di kediamannya, di Shah Alam, baru-baru ini. Istimewanya penyanyi ini ada membuat kejutan menyanyikan beberapa rangkap lagu Azura disamping anaknya. Malah Jamal menjelaskan setiap kali anaknya meragam akan senyap, apabila mendengar lagu Azura dinyanyikan olehnya dan bagaikan mengerti lagu tersebut ditujukan buat dirinya.

“Dia akan diam kalau saya nyanyikan lagu Azura,” katanya

Ads

Dia mula menyedari perkara itu selepas sebulan anaknya dibawa pulang ke rumah apabila selamat dilahirkan pada 10 Oktober lalu.Menurut Jamal, reaksi itu dianggap unik dan menyifatkan seolah-olah anaknya mengerti lagu itu ditujukan buat dirinya.

“Agak unik juga. Bulan pertama balik rumah dulu, setiap kali dia meragam saya akan nyanyikan lagu ini.

“Dia terus senyap apabila dengar lagu ini. Maknanya dia tahu lagu ini memang untuk dirinya. Dalam majlis tadi pun, dia asyik saja dengar saya nyanyi.

“Saya namakan anak Azura kerana nama ini dekat dengan hidup saya,” katanya.

Menerusi perkongsian Osama Yamani di Instagram, anak sulung kepada penyanyi kelahiran Ipoh, Perak ini ada kongsikan ayahnya mendendangkan beberapa rangkap lagu Azura pada Majlis Akikah adiknya, disamping turut meraikan Hari Lahirnya.

Ads

Rutin Ada Anak Kecil

Sementara itu, berkongsi mengenai kehidupannya selepas lebih dua bulan mempunyai anak kecil, Jamal berkata rutin hariannya berubah.

“Saya masih lagi belajar macam mana nak uruskan anak kecil. Maklumlah sudah lama tak ada anak kecil. Namun, tidaklah sampai kekok. Azura senang dijaga.

“Apatah lagi dia menyusu badan. Jadi, saya tak banyak kerja. Kalau dulu, sewaktu Osama dan Zaki bayi, mereka minum susu formula jadi saya kena bangun malam.

Ads

“Kalau keluar kerja pula, saya kerap menghubungi isteri. Saya nak anak dengar suara saya,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan menambah cahaya mata, Jamal tidak menolak rezeki.

“Insya-Allah, nak tambah lagi. Isteri pun minta lagi dua atau tiga,” katanya.

“Anak Meragam Diam, Setiap Kali Jamal Abdillah Nyanyikan Lagu Azura”

Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 1 April 2017 dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat masing-masing.Ia merupakan perkahwinan keempat buat penyanyi lagu Azura ini. Sebelum ini, Jamal berkahwin pernah berkahwin sebanyak tiga kali, dengan Basariah Abdul Latiff, Intan Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad, namun ketiga-tiganya berakhir dengan penceraian. Penyanyi ini juga mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki Osama Yamani, 18 dan Ahmad Zaki Yamani,12 daripada perkahwinannya yang terdahulu.

MW: Tahniah buat Datuk Jamal Abdillah dan isteri atas kelahiran puteri kesayangan. Semoga Nur Azura Yamani menjadi anak yang solehah, membesar dengan sihat dan melimpahkan rezeki dan kebahagiaan buat keluarga kecil ini.

Sumber: Sinar Harian, Hmetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI