Sesunggguhnya hati ibu mana yang tidak sedih bila anak yang dikandung, dilahirkan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang pergi dahulu sebelumnya.
Apatah lagi pemergiannya yang tiba-tiba dan ibunya tidak mampu untuk melihat wajah anaknya buat kali terakhir gara-gara beberapa kekangan disebabkan Covid-19.
Ternyata ibu ini cukup kuat biarkan diuji begini. Setelah mendapat berita anak kelimanya meninggal di New Zealand, mak ini redha Allah pinjamkan anaknya buat seketika.
Anak Meninggal Di New Zealand
“Saya reda dengan pemergiannya, saya tahu Allah lebih sayangkan dia dan hanya pinjamkan dia seketika buat saya,” kata Azdiah Ali, ibu kepada Muhammad Ehsan Zakaria yang meninggal dunia akibat lemas di Pinders Pond, Roxburgh, New Zealand.
Muhammad Ehsan, 24, yang juga anak kelima daripada lapan beradik dilaporkan lemas ketika beriadah bersama beberapa rakan jam 7.30 malam semalam waktu tempatan.
Azdiah, 56, yang menetap di Sungai Petani, Kedah, berkata, suaminya menerima panggilan berhubung kematian Muhammad Ehsan daripada pengurus ladang buah tempat anaknya bekerja kira-kira jam 6 petang semalam.
Katanya, berita itu amat mengejutkan seluruh ahli keluarga dan lebih menyedihkan kerana Muhammad Ehsan adalah anak lelaki keduanya yang meninggal dunia selepas pemergian anak sulung, Muhammad Aiman Zakaria, 32, tahun lalu akibat leukemia.
Mak Redha Allah Pinjamkan Buat Seketika
“Kami selalu berhubung menerusi WhatsApp dan kali terakhir pada Ahad lalu yang mana dia mahu meminjam wang daripada saya untuk kegunaan belanja di sana.
“Saya sempat kirimkan wang bagi membantunya yang baru bekerja sebagai pemetik buah di ladang dekat Roxburgh pada bulan lalu.
Ads
“Keadaannya baik dan sihat saja tetapi tiba-tiba, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita ini,” katanya.
Meninggal Ketika Mandi Di Tasik
Menurut Azdiah yang juga guru Sains Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinang Tunggal, Sungai Petani, berdasarkan maklumat diterima, anaknya meninggal dunia ketika mandi di tasik bersama enam lagi rakan.
Katanya, Muhammad Ehsan tidak berenang sehingga ke seberang sebaliknya sempat berpatah balik ke tebing bersama seorang rakannya .
“Setibanya di tebing, dia sempat memegang kaki rakannya sebelum lemas.
“Arwah pandai berenang tetapi sudah sampai ajalnya dan saya bersyukur kerana polis tidak mengambil masa lama untuk menemui mayatnya.
“Mayat dibawa ke hospital untuk dibedah siasat dan masih menunggu keputusannya. Selesai urusan itu, jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan di sana kira-kira jam 1 tengah hari waktu New Zealand,” katanya.
Di sebalik ujian itu, Azdiah sekeluarga bersyukur kerana komuniti Islam Malaysia di New Zealand menawarkan bantuan untuk menguruskan jenazah dan proses pengebumian anaknya .
Ads
“Jika ke sana sekalipun, kami sekeluarga perlu menjalani kuarantin dan tidak dapat melihat jenazah buat kali terakhir.
“Jadi, kami sekeluarga serahkan urusan pengurusan jenazah kepada komuniti di sana dan berdoa semuanya dipermudahkan.
“Arwah anak yang baik, manja, peramah dan tidak berkira termasuk dengan rakannya malah dia tiada dosa dengan saya. Cuma dia pernah nyatakan hasrat mengumpul wang untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi tetapi hasrat itu tidak kesampaian, ” katanya.
Bapa Anggap Ini Ketentuan Allah
Sementara itu, bapa Muhammad Ehsan, Zakaria Muhammad Isa, 60, juga reda dengan pemergian anaknya yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti Auckland, New Zealand.
“Tak boleh nak kata apa, sudah ketentuan ajalnya di sana.
“Kami sekeluarga hanya mampu doakan yang terbaik untuknya malah mulai semalam sudah mengadakan bacaan tahlil.
“Saya bersyukur kerana dia meninggal dunia di tempat adanya ramai komuniti Islam dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu, tidak lupa juga kepada Kedutaan Malaysia di New Zealand,” katanya yang juga bekas pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Daeratul Ma’arifil Wataniah Guar Perahu, Kepala Batas, Pulau Pinang.
MW: Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Muhammad Ehsan dan menempatkannya di kalangan orang beriman. Al-Fatihah dan MW mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Muhammad Ehsan.
Sebenarnya bila kena teman asben, masa ni lah kita kena ‘pasang badan’ dan banggakan dia. Barulah sempurna, bukan pandai jaga anak jer tau malah cantik dan bergaya!
Mujurlah tempoh hari hari dapat tengok banyak selebriti di majlis Nona Superwoman Award 2018. Gaya diorang ni boleh dijadikan inspirasi tau. Jom tengok mana yang boleh ditiru.
“Kena banyak bersabar & reda” Elfira kongsi tip tunaikan umrah bawa dua anak kecil. Sememangnya melakukan ibadah umrah banyak cabarannya.
Jika pergi bersama pasangan tidak ada masalah namun jika bawa bersama anak-anak kecil sememangnya sesuatu yang sukar.
Pelakon Elfira Loy yang kini berada di tanah Suci Mekah menunaikan umrah berkongsi pengalamannya.
Elfira dan suami, Faris Khairol serta dua anak mereka, Rayyan, 4, dan Aria sudah berada di Mekah sejak minggu lalu.
“Kena banyak bersabar & reda”
Berkongsi di akaun Instagramnya, Elfira akui pengalaman pertama menunaikan umrah bersama dua anaknya yang masih kecil mencabar kerana anak bongsunya, Aria yang berusia lapan bulan masih menyusu badan.
“Hajjah kecil ini (Aira) kalau dah tidur, baru saya boleh bernafas sikit. Saya berasa ‘part’ (bahagian) paling susah sikit sebab Aria jenis ‘melekat’ je dengan saya.
“Lepas tu ‘breastfeeding’ (menyusu badan) lagi kan, jadi mencabar sikit. Tapi sebab memang dah tetapkan dalam fikiran, ‘trip’ (perjalanan) ini untuk anak-anak, jadi saya dan suami lebih ‘chill’ (tenang) sedikit,” tulisnya.
Gementar Bawa Dua Anak
Elfira turut menjelaskan dia memang gementar untuk membawa dua anaknya bersama.
“Tapi bila kami sudah sampai di Tanah Suci, alhamdulillah, boleh dengan izin Allah,” luahnya.
Sabar & Reda
Ibu kepada dua anak itu juga berkongsi tip buat mereka yang mahu membawa anak-anak kecil ke Mekah.
“Tips saya untuk membawa anak-anak buat umrah ini kena banyak bersabar. Kena banyak reda kalau kita tak dapat banyak peluang untuk melakukan ibadah.
“Contohnya pergi Raudhah. Hari tu saya sudah ‘book’ (tempah) slot tapi terlewat 10 minit terus tak boleh masuk.
“Siapa tak sedih kan takkan nak marah pada anak-anak? Apa yang perlu kita buat? reda je. Insya-Allah, doa dekat mana pun Allah dengar, ‘hopefully’ (harap) masih ada peluang untuk saya, doakan ok.
“Tapi kalau nak betul-betul beribadah, saya tak cadangkan anda (ibu bapa) untuk bawa anak kecil kecuali ada orang yang boleh tolong dan dia betul-betul faham ini untuk tolong jaga anak-anak,” tulisnya.
Lucu kisah cikgu Mohd Fadli Salleh dan anak ini. Puncanya tertinggal botol air anak je kat sekolah. Jangan main-main kalau tertinggal botol air dekat sekolah.
Macam-macam kemungkinan boleh jadi, bila hilang. Kata cikgu Fadli lagi, duit hilang masih boleh niatkan sedekah. Tapi hilang botol air.. nyawa pun boleh hilang.
Anak Tertinggal Duit Dalam Kelas, Ayah Masih Boleh Relaks
Pergi ambil anak kat sekolah tadi dah jam 6:30 dah pun. Sampai kat jaga, Asyraff naik motor aku. Baru nak gerak, dia cakap,
“Ayah. Beg duit adik tertinggal kat kelas. Ada duit RM8 lagi dalam tu untuk untuk belanja esok dan lusa.”
“Biar la beg duit tu. Esok pagi ayah pergi tengok.”
Aku malas nak masuk dalam sekolah dah. Jauh juga pagar ke kelas dia. Kami pun bergerak pulang. Baru sekejap bergerak, Asyraff cakap lagi,
“Botol air pun tertinggal ayah.”
“Sreeettttt!”
Terus aku brek emergency.
Bila Anak Cakap Botol Air Pun Tertinggal Sama, Ayah Terus Panik!
“Kenapa tak cakap? Duit hilang ayah boleh niatkan sedekah. Kalau botol air hilang, bukan setakat Adik kena marah. Ayah pun mungkin hilang nyawa. Tupperware ke dik?”
“Tak tahu jenama apa.”
Ah, Tupperware ke, Tipuware. Kalau tinggal botol air kat sekolah boleh hilang nyawa woih.
Yang kelakarnya, waktu anak aku masuk kelas, ada seorang lagi lelaki di temani anaknya baru keluar dari kelas darjah 3 tingkat atas. Dari jauh aku laung,
“Kenapa tu bang?”
“Tertinggal botol air cikgu!” Balasnya dari kejauhan.
“Tupperware ke?” Jerit aku lagi.
“Yaaaaa!”
“Kahkahkah.”
Bahaya Main Dengan Kaum Wanita Ni..
Kami gelak bersama. Laju dia gerak balik. Tak sempat nak ambil gambar bukti. Lewat balik pun boleh kena soal siasat juga weh. Bahaya main dengan kaum wanita ni. Seram.
Waktu keluar pintu sekolah, guard pula tegur,
“Tertinggal apa cikgu?”
“Nyawa.”
Senyum je guard dengar jawapan aku. Entah dia faham entah tidak. Lantakkan.
Gitu je aku jawab lantas pecut balik rumah dengan penuh kelegaan.