Anak Menangis Jangan Suruh Berhenti Segera, Emosi Mereka Boleh Terbantut

Share

Anak menangis jangan suruh berhenti segera, emosi mereka boleh terbantut, silap-silap perkembangan emosinya boleh terus terhenti.

Jadi mak, ayah bila berdepan dengan sikap anak yang mengada-ngada dan kuat menangis, jangan disuruh berhenti melulu. Sebaliknya ikuti langkah yang dikongsikan Mohd Fhais Salim ini baik-baik.

Anak Menangis

“Diam, jangan mengada-ngada boleh?”

Depan mata saya kejadian ni berlaku.

Kasihan.. Seorang anak menangis kerana takut di paksa pegang arnab, lepas tu kena marah dan di arah berhenti segera.

Semua parent kena dengar ni betul-betul.

Baca Di Sini: Marah Anak Tak Perlu ‘Jerit’ Nanti Makin Melawan, Ada Cara Nak Lembutkan Hatinya

Jangan Suruh Berhenti Segera

Bahaya suruh anak berhenti menangis gitu!

Otak emosi dia boleh terbantut dan berhenti berkembang. Ish, bahaya, memang…

Anak menangis bukan sebab mengada-ngada, tapi itu tanda emosi dia sedang sakit.

Emosi sedang sakit, dia perlukan penawar bukan sindiran begitu.

Otak kita ni terbahagi kepada 3 layer.
1 – Otak cortex ( fikir )
2 – Otak limbic ( emosi )
3 – Otak reptilia ( survival )

Menarik Di Sini: MARAH Anak Jangan Sampai Jatuh Air Mukanya. Gunalah ‘ISYARAT TANPA SUARA’

Emosi Mereka Boleh Terbantut

Ketika anak menangis atau tantrum, otak limbic jadi berkuasa. Otak cortex dah hilang kuasa.

Sebab ini la tingkah laku anak kita ketika menangis dan tantrum boleh jadi sangat tak terkawal.

Anak bukan mengada-ngada, tapi memang dah lost control sungguh…

Masalah ini boleh jadi makin teruk!

Timbul Masalah Lain

Jika terlalu kerap anak di sindir begitu, lambat laun otak reptilia pula yang jadi masalah.

Masa tu anak kita boleh jadi super pasif dan Fearloop tau. Terus jadi budak yang sentiasa di hurung ketakutan. Aduh..

Sebab tu la tak boleh suruh anak diam bila dia sedang menangis, tantrum atau menjerit…

Baca Juga Di Sini: Marah Anak Jangan Keterlaluan Sehingga Lukakan Hati, Lagi Parah Timbul Dendam 

Lakukan Ini:

Sebaliknya cuba cara ni ( rapport ) :
1 – Kita datang dekat pada anak
2 – Pandang muka anak dengan tenang
3 – Pastikan jauh dari gangguan
4 – Beri sentuhan ( peluk, bahu atau kepala )
5 – Tunggu 1 hingga 2 minit ( emosi bertahan 90 saat saja )
6 – Lepas tu baru kita cuba slow talk dengan dia atau alihkan perhatian dia dengan lakukan sesuatu aktiviti yang mereka suka

Insyallah. Cara ini lebih selamat dan anak pun tak terasa tertekan..
Cuba la kalau sungguh sayang anak.
Jangan cakap diam atau mengada-ngada lagi.

Mingguan Wanita : Tidak dinafikan, kadang-kadang boleh hilang sabar bila anak buat perangai. Tetapi juga kawal emosi dan jangan cepat marah bila anak-anak uji kesabaran mak, ayah.

Sumber : Mohd Fhais Salim

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar.  Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.   

Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura  

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat